Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 5 (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948)

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Gambar 1 menunjukkan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan? (Bab 5.1)

a)

Menentukan jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum

b)

Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu dan orang Melayu

c)

Menentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

2.

Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (Bab 5.1)

a)

Enggan berkompromi dengan penjajah

b)

Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum

c)

Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu

d)

Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan

3.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan gagasan Malayan Union.

Apakah antara faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (Bab 5.2)

a)

A. Bantahan orang Melayu

b)

B. Bantahan golongan Imigran

c)

C. Cadangan Pesuruhjaya Tinggi British

4.

Dasar Dekolonisasi merupakan saranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik pada bulan Ogos 1941. Bagaimanakah British bertindak mematuhi piagam tersebut di Tanah Melayu? (Bab 5.2)

a)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

b)

Menamatkan gagasan Malayan Union

c)

Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

5.

Raja-raja Melayu banyak memainkan peranan dalam mengembalikan kedaulatan negara dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara pada masa kini? Pilih 2 jawapan yang betul. (KBAT)

a)

Mengukuhkan ekonomi imigran

b)

Mengekalkan perpaduan rakyat

c)

Memelihara kemerdekaan negara

d)

Memastikan penguasaan orang Melayu

6.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai secara rasmi pada 1 Februari 1948.

Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948? Pilih 2 jawapan yang betul. (Bab 5.3)

a)

Gabungan sembilan buah negeri-negeri Melayu dan dua buah Negri-negeri Selat

b)

Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan

c)

Rang undang-undang perlu mendapat perkenan pihak British

d)

Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British

7.

Antara yang berikut, manakah syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang?

a)

Lahir di luar negeri dan ayahnya mestilah rakyat Raja

b)

Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu

c)

Mempunyai tingkah laku yang baik dan tiada rekod jenayah

d)

Bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonan

8.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi kesan terhadap pemerintahan beraja di Tanah Melayu.

Apakah kesan tersebut? (Bab 5.4)

a)

Penubuhan Majlis Raja-raja

b)

Pelaksanaan sistem penasihat

c)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

d)

Penyelarasan sistem Pesuruhjaya Tinggi British

9.

Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia? Pilih 2 jawapan yang betul. (KBAT)

a)

Kewarganegaraan dilonggarkan

b)

Melahirkan identiti bangsa Malayan Union

c)

Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat

d)

Sistem demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan

10.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu? Pilih 3 jawapan yang betul. (Bab 5.4)

a)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

c)

Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

d)

Mewujudkan kerjasama kaum ke arah perpaduan