wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7.2: Sistem Pentadbiran Barat Memberi Kesan (m/s180-183)

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 36mins

Name
Class
Date
1.

Kenyataan berikut merupakan kesan kepada kuasa pemerintahan dan kehidupan masyarakat akibat pentadbiran Barat kecuali..

a)

kehilangan kuasa mentadbir

b)

kehilangan kuasa perundangan

c)

kehilangan kuasa kewangan

d)

memberikan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan

2.

Apakah kesan sistem pengenalan Barat kepada pentadbir tempatan di Negeri Sembilan?


i. Menggugat kewibawaan dan mencabar kedudukan

Yamtuan Antah

ii. Membantu sultan mengekalkan kuasa

iii. Pembesar kehilangan kuasa di Naning

iv. British menguasai Rembau dan Jelebu dengan cara

menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

3.

British telah menempatkan pegawai Barat untuk menguasai kawasan berikut di Negeri Sembilan.


i. Rembau

ii. Jelebu

iii. Seri Menanti


Siapakah pegawai Barat tersebut?

a)

Majistret

b)

Residen British

c)

Pemungut Hasil

d)

Pegawai Majistret

4.

Apakah muslihat yang diguna pakai British melalui James Brooke dalam menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan?

a)

Mengugut pemimpin tempatan supaya mengikut arahan British

b)

Melantik pembesar tempatan untuk mentadbir Sarawak

c)

Membayar pampasan kepada pembesar tempatan di Sarawak

d)

Mengagihkan keuntungan cukai kepada pembesar tempatan

5.

Siapakah Residen British yang ditempatkan di Perak?

a)

James Brooke

b)

Dol Said

c)

William Treacher

d)

J.W.W Birch

6.

British telah memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato Bahaman. Apakah kesan daripada peristiwa ini?

a)

Dato Bahaman dan dibuang negeri

b)

Berlaku kebangkitan menentang British di Pahang

c)

Sultan kehilangan kuasa

d)

Dato Bahaman menderhaka kepada sultan Ahmad

7.

Berikut merupakan kesan akibat pendudukan British di negeri Perak kecuali

a)

Penempatan Residen British di Perak

b)

Pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W Birch

c)

Sultan Abdullah dan pembesar kehilangan kuasa

d)

British menyelesaikan isu pergaduhan antara pembesar di Perak

8.

Pentadbiran SBUB menggugat kedudukan pembesar X di Sungai Sugut

SBUB memungkiri janji dengan mengambil semula Tambunan dari pembesar X


Siapakah pembesar X yang dimaksudkan?

a)

Mat Sator

b)

Dato Bahaman

c)

Mat Salleh

d)

Dol Said

9.

Maklumat berikut merupakan dasar pentadbiran SBUB terhadap penduduk suku kaum di Sabah.


Suku kaum X

i. Dilarang membuka tanah baru untuk pertanian pindah

ii. Suami isteri dipaksa tinggal secara berasingan


Suku kaum X ialah

a)

Kadazan

b)

Murut

c)

Kedayan

d)

Bajau

10.

Brooke melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbirannya di Sarawak.

Apakah tujuan perlaksanaan dasar tersebut?

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Menjamin perpaduan rakyat

c)

Mengukuhkan kuasa pemerintah

d)

Mempelbagaikan kemahiran penduduk

11.

British telah mendirikan balai polis di Lubuk Terua semasa menduduki negeri Pahang. Apakah kesan daripada tindakan British ini kepada pembesar tempatan?

a)

Pembesar tempatan kehilangan kuasa memungut cukai

b)

Kedudukan pembesar tempatan sebagai penguasa undang-undang tergugat

c)

Penangkapan lebih ramai pembesar tempatan

d)

Pembesar tempatan kehilangan kuasa mengeluarkan waran menangkap

12.

Apakah persamaan faktor penentangan pembesar tersebut?

i. Perak - Menteri Ngah Ibrahim

ii. Pahang - Dato' Bahaman

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pemindahan pusat pentadbiran

c)

Pembatalan pembayaran elaun

d)

Pengenalan perundangan Barat

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British.


Penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk menjalankan beberapa kegiatan.


Apakah kegiatan tersebut?

a)

Mengambil hasil hutan

b)

Menangkap ikan besar

c)

Menternak lembu dan kerbau

d)

Membuka tanah untuk berhuma

14.

Barangan mewah orang Iban telah dirampas oleh pegawai British apabila gagal membayar cukai.

Apakah barang mewah tersebut?

a)

Mutiara

b)

Kain pua

c)

Tempayan

d)

Batu permata

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan SBUB terhadap orang Murut di Sabah.

Mereka dilarang membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan


Apakah kesan tindakan SBUB tersebut terhadap orang Murut?

a)

Menyebabkan kehilangan pekerjaan

b)

Menerima campur tangan pihak luar

c)

Mengalami kekurangan bekalan beras

d)

Melakukan penghijrahan ke hulu sungai

16.

Pernyataan di bawah adalah kesan daripada campur tangan British di dalam pentadbiran masyarakat tempatan.


i. Mengganggu sistem perundangan yang berlandaskan

adat perpatih

ii. Mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimiliki oleh

pembesar X


Siapakah pembesar X yang dimaksudkan?

a)

Dol Said

b)

Dato Maharaja Lela

c)

Yamtuan Antah

d)

Dato Kelana

17.

Kenyataan berikut menyebabkan British semakin dibenci penduduk tempatan di Pasir Putih, Kelantan kecuali...

a)

melibatkan pembesar dalam pentadbiran

b)

pejabat bayaran cukai jauh dari tempat tinggal

c)

sesiapa yang enggan membaya cukai ditangkap

d)

cukai hanya boleh dijelaskan pada waktu pejabat

18.

Berikut merupakan cukai yang dikenakan ke atas penduduk di Pasir Puteh, Kelantan kecuali...

a)

tanah pertanian 40 sen seeekar

b)

pokok durian 12 1/2 sen sepokok

c)

lembu 20 sen seekor

d)

sarang burung 10 sen sekati

19.

Cukai yang dikenakan SBUB di Sabah termasuklah...

a)

memelihara anjing $1.00 seekor

b)

segantang beras 2 sen

c)

cukai sungai 10 sen

d)

rokok 10 sen sebatang

20.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri utama untuk memastikan perjuangan penentangan ketidakadilan Barat dapat dicapai?

a)

permuafakatan

b)

bersatu padu

c)

berebut jawatan

d)

mendapatkan kuasa dengan cara apa sekali pun