wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 8

Total questions: 15

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam digelar sebagai masyarakat

a)

Hadari

b)

Jahiliah

c)

Madani

d)

Muhajirin

2.

Apakah ciri-ciri kaum Badwi?

a)

Hidup secara nomad

b)

Tinggal di kawasan kota

c)

Mengusahakan tanaman kurma

3.

Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad SAW di

a)

Madinah

b)

Gua Hira'

c)

Bukit Safa

d)

Bukit Uhud

4.

Apakah bukti ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin masyarakat?

a)

mengetuai Perang Badar

b)

menghantar wakil ke Parsi

c)

merangka Piagam Madinah

d)

membina pasar Suq Al-Ansar

5.

Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Khandak?

a)

penggalian parit

b)

serangan hendap

c)

penggunaan bahan letupan

d)

pembinaan tembok pertahanan

6.

Apakah sumbangan tamadun Islam dalam bidang politik?

a)

sistem syura

b)

amalan demokrasi

c)

dasar peluasan kuasa

7.

Apakah bidang yang boleh dikaitkan oleh Ibnu Sina?

a)

Sejarah

b)

Geografi

c)

Pelayaran

d)

Perubatan

8.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala. Apakah maksud jahala?

a)

daif

b)

jahil

c)

degil

d)

kejam

9.

Antara berikut, yang manakah menerangkan cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

menghindarkan ancaman musuh

b)

mengamalkan semangat assabiyah

c)

menghindarkan pergaduhan kabilah

d)

mengamalkan kepercayaan politeisme

10.

Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

mewujudkan kestabilan politik

b)

menimbulkan semangat assabiyah

c)

mengembangkan kemajuan sistem ekonomi

d)

mengeratkan semangat perpaduan antara suku

11.

Sebelum kedatangan Islam. masyarakat Arab melaksanakan pelbagai amalan dan adat yang diwarisi turun temurun. Apakah sikap baik yang diamalkan dalam kalangan mereka?

a)

menepati janji

b)

menghormati kaum wanita

c)

mengutamakan keamanan

d)

memuliakan tetamu

12.

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang kedua, iaitu surah al-Mudassir (ayat 1-7). Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

penyebaran agama Islam

b)

tamatnya zaman Jahiliah

c)

kemunculan kerajaan baharu Islam

d)

berlaku peristiwa hijrah ke Madinah

13.

Islam telah berkembang dengan pesatnya di Tanah Arab dan luar tanah Arab. Apakah kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam?

a)

Paksaan

b)

Diplomasi

c)

hantar utusan

d)

kekuatan tentera

14.

Apakah sumbangan khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam usaha penyebaran agama Islam?

a)

Menghapuskan golongan murtad

b)

menewaskan kerajaan Byzantine

c)

mengembangkan ilmu pengetahuan

d)

mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah

15.

Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW?

a)

penggunaan senjata moden

b)

penglibatan tentera wanita

c)

bantuan tentera dari luar

d)

strategi yang berkesan