wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TASAWWUR SPM (ULANGKAJI KONSEP MUAMALAH)

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Muamalah ialah ________________hubungan sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing mengikut ajaran Islam.

a)

peraturan

b)

jalinan

c)

tatacara

d)

ukhuwah

2.

Antara matlamat muamalah Islam ialah melahirkan masyarakat yang ________, dan ______________ kerana sistem ini berdasarkan prinsip keadilan.

a)

adil, jujur dan amanah

b)

bertaqwa, bijaksana dan berhemah

c)

adil, amanah dan ikhlas

d)

bekerjasama, ikhlas dan adil

3.

Ciri-ciri muamalah Islam ialah:

a)

manfaat berkurangan, sedikit penipuan dan keredhaan sebelah pihak sahaja mencukupi

b)

memberi manfaat, tiada unsur penipuan dan keredhaan kedua-dua pihak berurusan

c)

tiada unsur penipuan, keredhaan kedua-dua pihak berurusan dan kurang bermanfaat

d)

memberi manfaat, ada unsur penipuan dan keredhaan kedua-dua belah pihak berurusan

4.

Berikut adalah syarat-syarat:

Mendapat persetujuan daripada pihak yang melakukan muamalah. Orang yang bermuamalah mestilah berakal. Tiada unsur-unsur penipuan.

a)

syarat-syarat muamalah islam

b)

syarat-syarat muamalah bukan Islam

c)

syarat-syarat sah muamalah secara am

d)

syarat-syarat makruh muamalah

5.

Konsep al-ta'wun dalam muamalah membawa kebaikan seperti dalam___________, __________________ dan ____________.

a)

jual beli

b)

persyarikatan

c)

gadaian

d)

hutang

6.

Berikut adalah ciri-ciri sistem muamalat Islam KECUALI :

a)

Harta sebagai jalan mendekatkan diri kepad Allah.

b)

Menggalakkan umat Islam mendapatkan harta dengan cara yang halal

c)

Mengutamakan keuntungan semata-mata dan mengabaikan kebajikan

d)

Tiada unsur penindasan dan penganiayaan

7.

Pengertian simpanan tanpa faedah dan pajak gadai Islam adalah:

a)

Al-Wadiah dan Al-Rahn

b)

Al-Wadiah dan Takaful

c)

Al-Rahn dan Al-Ijarah

d)

Al-Ijarah dan Takaful

8.

*Pinjaman tanpa faedah

*Simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian

*Upah Simpan


Berdasarkan ciri-ciri yang di atas, nyatakan konsep muamalah Islam yang berkaitan

a)

Al-Murabahah

b)

Al-Ijarah

c)

Al-Rahn

d)

Al-Bait bil Thamanin ajil

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Musyarakah?

a)

sewa-menyewa

b)

insuran Islam berkonsepkan tolong-menolong

c)

berkongsi modal, kerja dan keuntungan

d)

beli secara bayaran ansuran

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Musyarakah?

a)

sewa-menyewa

b)

insuran Islam berkonsepkan tolong-menolong

c)

berkongsi modal, kerja dan keuntungan

d)

beli secara bayaran ansuran

11.

Antara keburukan bermuamalah tidak mengikut cara Islam KECUALI :

a)

Berlaku penindasan terhadap golongan yang lemah

b)

Manusia menjadi kurang kreatif dan inovatif

c)

Melahirkan individu yang tamak haloba

d)

Ekonomi negara semakin berkembang

12.

Puan Suraya telah menggadaikan barang kemasnya kepada pihak bank untuk mendapatkan wang tunai dengan segera. Situasi di atas berkaitan dengan

a)

Al- Rahn

b)

Al- Wadiah

c)

Al- Takaful

d)

Al- Mudharabah

13.

Pilih jenis muamalah yang betul

a)

Al Musyarakah ialah wakilkan barang untuk disimpan

b)

Al- Murabahah ialah berkongsi modal

c)

Al- Wadiah ialah akad jual beli

d)

Ar- Rahn menjadikan harta sebagai cagaran

14.

Gabungan anggota masyarakat untuk saling menjamin dan menolong untuk meringankan beban orang perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan merujuk kepada

a)

Ar Rahn

b)

Al Ijarah

c)

Al Takaful

d)

Al Mudharabah

15.

Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan bayaran secara tertangguh termasuk keuntungannya merujuk kepada

a)

Al Wadiah

b)

Al Musyarakah

c)

Al Murabahah

d)

Al Bai Bithaman Ajil

16.

Yusuf menjual tanahnya dengan mengambil keuntungan lima belas peratus daripada harga asal tanah tersebut. Contoh tersebut merujuk kepada

a)

Al Murabahah

b)

Al Wadiah

c)

Al Rahn

d)

Al Ijarah

17.

Seorang pengusaha kilang mendapatkan modal bagi membesarkan kilangnya dengan pihak bank. Contoh di atas merujuk kepada

a)

Al Rahn

b)

Al Ijarah

c)

Al Takaful

d)

Al Musyarakah

18.

Tatacara perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing- masing yang berkaitan dengan harta, jual beli dan perdagangan- perdagangan lain merujuk kepada

a)

Mudharabah

b)

Murabahah

c)

Musyarakah

d)

Muamalah

19.

Pemodal bersetuju membiayai sesuatu projek dengan pihak pengusaha secara berkongsi untung menurut nisbah keuntungan yang dipersetujui bersama merujuk kepada

a)

Al Wadiah

b)

Al Murabahah

c)

Al Mudharabah

d)

Al Musyarakah

20.

Kontrak jual beli barangan secara ansuran merupakan persamaan dua jenis muamalah iaitu

a)

Al Wadiah dan Al Mudharabah

b)

Al Mudharabah dan Al Musyarakah

c)

Al Murabahah dan Al- Bai Bithaman Ajil

d)

Ar Rahn dan Al Ijarah

21.

Seorang peniaga menyewa sebuah kedai untuk membuka perniagaan barangan runcit daripada tuan kedai tersebut. contoh di atas merujuk kepada

a)

Al- Rahn

b)

Al- Ijarah

c)

Al- Wadiah

d)

Al- Mudharabah

22.

Berikut adalah tujuan Islam menyediakan pelbagai jenis muamalah KECUALI

a)

memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi dengan berkesan

b)

menghadkan penglibatan dalam sesuatu jenis muamalah sahaja

c)

menggerakkan ekonomi dengan lebih pesat lagi

d)

membantu golongan yang kurang berharta

23.

Berikut adalah persamaan antara sistem muamalah Islam dengan sistem konvensional

a)

memenuhi keperluan hidup manusia

b)

memudahkan manusia mendapat harta

c)

melicinkan urusan hidup manusia seharian

d)

melaksanakan sistedm ekonomi berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis

24.

"memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut kemampuan kewangan mereka"


Penerangan di atas merujuk kepada...

a)

Al-Musyarakah / al-Murabahah

b)

Al-Ijarah / al-Bai' bithamanil ajil

c)

Al-Mudharabah / ar-Rahnu

d)

Al-Wadiah / at-Takaful

25.

"Ali sebagai peniaga telah mengurangkan sukatan timbangan dlam urusan jual beli"


Kenyataan di atas adalah muamalah yang tidak sah menurut Islam kerana ia mengandungi unsur...

a)

penipuan

b)

perjudian

c)

penindasan

d)

barangan tidak suci dan najis

26.

Apakah kesan pengabaian sistem muamalah Islam terhadap individu

a)

melahirkan individu yang kaya

b)

melahirkan individu yang mementingkan diri

c)

melahirkan individu yang tamak haloba

d)

melahirkan gplongan miskin yang terbiar