wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI T3 BAB 10: SUMBER HUTAN

Total questions: 58

Worksheet time: 58mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah ciri iklim hutan di Malaysia?

a)

Suhu yang tinggi

b)

Suhu yang rendah

c)

Taburan hujan rendah

d)

Taburan hujan tinggi

2.

Apakah agensi yang menjalankan penyelidikan sumber hutan di Malaysia?

a)

GEC

b)

SAM

c)

WWF

d)

FRIM

3.

Antara berikut, yang manakah ciri hutan Khatulistiwa di Malaysia?

a)

Akar banir

b)

Daun kecil

c)

Malar hijau

d)

Tiga lapisan

4.

Antara berikut, yang manakah kepentingan pengurusan hutan di Malaysia?

a)

Menjamin sumber bahan mentah

b)

Mengekalkan harga kayu balak

c)

Peningkatan pelabur asing

d)

Keseimbangan ekosistem

5.

Mengapakah pengurusan hutan penting kepada pembangunan negara?

a)

Bekalan oksigen

b)

Kawasan tadahan air

c)

Keseimbangan biotik

d)

Sumber yang berterusan

6.

Maklumat berikut merupakan kawasan taman negara di Malaysia.

*Endau-Rompin (Johor)

*Niah (Sarawak)

Apakah kepentingan taman negara kepada ekonomi Malaysia?

a)

Habitat flora

b)

Ekopelancongan

c)

Sumber makanan

d)

Agropelancongan

7.

Maklumat berikut merupakan sumber hutan di Malaysia.


*Hutan paya bakau

*Hutan hujan tropika


Apakah kesan penerokaan sumber hutan tersebut secara berterusan tanpa kawalan?

a)

Pencemaran udara

b)

Peningkatan humus

c)

Rantaian makanan terjejas

d)

Permintaan kayu meningkat

8.

Maklumat berikut berkaitan langkah pengurusan hutan di Malaysia.


*Hutan simpan

*Taman Negara

Mengapakah pengurusan hutan perlu dilaksanakan di Malaysia?

a)

Menjana pendapatan negara

b)

Keseimbangan ekosistem hutan

c)

Mengurangkan harga kayu balak

d)

Peningkatan taraf hidup penduduk

9.

Bagaimanakah penerokaan sumber hutan dapat dikurangkan untuk menjamin bekalan berterusan?

a)

Penubuhan ladang hutan

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Meningkatkan pengeluaran kayu

d)

Mewujdkan aktiviti ekopelancongan

10.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang pemeliharaan hutan di Malaysia?

a)

Mewartakan taman negara

b)

Mewujudkan ladang hutan

c)

Penanaman semula pokok

d)

Penguatkuasaan undang-undang

11.

Mengapakah tapak ramsar diwujudkan untuk pemeliharaan hutan di Malaysia?

a)

Penghutanan semula

b)

Aktiviti ekopelancongan

c)

Meningkatkan industri kayu arang

d)

Mengawal pengeluaran kayu balak

12.

Bagaimanakah agensi FRIM menguruskan sumber hutan di Malaysia?

a)

Mewartakan hutan simpan

b)

Mewujudkan pusat konservasi

c)

Penyelidikan dan pembangunan

d)

Penguatkuasaan undang-undang

13.

Apakah fungsi agensi WWF dalam pengurusan sumber hutan di Malaysia?

a)

Menjamin sumber bekalan kayu

b)

Memelihara kepelbagaian biologi

c)

Melindungi kawasan tanah lembap

d)

Meningkatkan kegiatan ekopelancongan

14.

Berapakah keluasan hutan di Malaysia pada tahun 2016?

a)

18.56 juta hektar

b)

19.20 juta hektar

c)

20.45 juta hektar

d)

21.32 juta hektar

15.

Berikut adalah kepentingan sumber hutan kecuali

a)

Keseimbangan ekosistem

b)

Keperluan masyarakat setempat

c)

Ekopelancongan

d)

Pembakaran

16.

3 fungsi hutan kepada masyarakat setempat penting sebagai

a)

sumber bahan makanan

b)

menyediakan pelbagai peralatan

c)

sumber pendapatan

d)

sumber pemerdagangan hidupan liar

17.

Pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi seperti hutan lipur, air terjun dan melihat kepelbagaian flora dan fauna. Yang manakah contoh kawasan ekopelancongan

a)

Zoo Negara

b)

Taman Negeri Royal Belum

c)

Muzium Negara

d)

Pusat Atom Negara

18.

Apakah maksud pemeliharaan hutan?

a)

usaha-usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber hutan agar tidak musnah.

b)

usaha-usaha membaik pulih sumber hutan yang telah diganggu supaya kembali kepada keadaan asal.

19.

Contoh usaha pemuliharaan tapak ramsar

a)

Jabatan Perhutanan berperanan mengawal pengeluaran hutan bakau, terutamanya bagi industri kayu arang untuk keseimbangan ekosistem

b)

Tapak Ramsar dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan di Malaysia

c)

Tapak Ramsar dipelihara sebagai salah sebuah destinasi pelancongan supaya tidak digunakan untuk aktiviti pembangunan

20.

Berikut adalah usaha pemuliharaan Geopark kecuali

a)

biologi, geologi dan budaya

b)

bersepadu antara warisan budaya dengan alam semula jadi

c)

Penggunaan sumber warisan secara lestari tanpa memusnahkannya

d)

menjadikannya sebagai pusat ekopelancongan

21.

Apakah maksud pembangunan lestari?

a)

Merupakan satu kawasan atau tempat yang dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan.

b)

Pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa hadapan tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka orang lain

c)

Pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri

d)

Program pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar kawasan asal seperti di ladang, taman botani dan taman pertanian

22.

Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta strategi berkaitan biodiversiti dan perhutanan melalui:

(a) pengurusan hutan secara berkekalan

(b) penyelidikan dan pembangunan perhutanan

Tugas di atas adalah tanggungjawab

a)

Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)

b)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

c)

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

d)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

23.

Apakah tanggungjawab Malaysian Nature Society (MNS)?

a)

Berperanan mendidik masyarakat umum mengenai keperluan pembangunan lestari

b)

Berperanan menguruskan perdagangan yang mampan melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar tanpa merosakkan integriti sistem ekologi

c)

Melindungi dan memelihara kepelbagaian biologi yang kaya secara berkesan

d)

Menggalakkan perlindungan dan penggunaan lestari hutan serta tanah lembap

24.

Berikut adalah badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber hutan kecuali

a)

Malaysian Nature Society (MNS) • The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC)

b)

Sarawak Forestry Corporation

c)

Global Environment Centre (GEC)

d)

World Wide Fund for Nature (WWF)

25.

Berikut adalah contoh hasil hutan,kecuali..........

a)

gaharu

b)

buah-buahan

c)

biji timah

d)

rotan

26.

Spesis tumbuhan dalam gambar terdapat dalam hutan ...

a)

pantai

b)

paya air masin

c)

hutan hujan tropika

d)

paya air tawar

27.

Antara yang berikut, kawasan yang manakah merupakan pusat ekopelancongan yang terkenal di Sarawak?

a)

Taman Negara Niah

b)

Taman Negara Kinabalu

c)

Taman Negeri Royal Belum

d)

Taman Negara Endau-Rompin

28.

Antara yang berikut, yang manakah hutan yang paling luas di Malaysia?

a)

Hutan pantai

b)

Hutan paya air tawar

c)

Hutan hujan tropika

d)

Hutan gunung

29.

Agensi yang manakah berperanan melaksanakan pengurusan hutan dalam maklumat di bawah?


> Membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pemuliharaan sumber hutan.

> Meningkatkan kesedaran terhadap peranan alam sekitar.

a)

WWF

b)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

c)

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

d)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

30.

Pengurusan sumber hutan amat penting dari segi pelbagai aspek. Apakah tujuan pengurusan sumber hutan?

a)

Memperbaharu sumber hutan

b)

Mendidik menyayangi sumber hutan

c)

Menggalakkan pertumbuhan sumber hutan

d)

Menjamin bekalan sumber hutan yang berterusan

31.

Berikut merupakan tempat-tempat yang terdapat di Malaysia.


> Taman Negara Bako

> Taman Negara Endau-Rompin


Apakah kepentingan tempat-tempat di atas?

a)

Menjadi pusat ekopelancongan

b)

Tempat pemprosesan bahan mentah

c)

Tempat pengekalan keseimbangan ekosistem

d)

Tempat yang membekalkan keperluan kepada masyarakat setempat

32.

Pernyataan di bawah adalah mengenai suatu agensi kerajaan yang menguruskan hutan di Malaysia.


> Bertanggungjawab memberi perlindungan dan pemuliharaan rizab hutan berdasarkan konsep pengurusan Hutan Lestari (SFM).


Apakah agensi kerajaan tersebut?

a)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

b)

Sabah Forestry Department

c)

Sarawak Forestry Corporation

d)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

33.

Berikan satu contoh kawasan Geopark di Malaysia?

a)

Taman Negara Bako

b)

Taman Wetland Putrajaya

c)

Langkawi Geopark

d)

Taman Negara Pulau Pinang

34.

Apakah maksud “Ex-situ”?

a)

Tapak lembap yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.

b)

Kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh

digunakan oleh semua pihak.

c)

Program pengurusan sumber genetik tumbuhan di luar

kawasan asal.

d)

Kawasan yang dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan.

35.

Berikut merupakan Badan Bukan Kerajaan, kecuali.........

a)

WWF

b)

Global Environtment Centre (GEC)

c)

Sarawak Forestry Corporation

d)

Malaysian Nature Society (MNS)

36.

Apakah peranan WWF?

a)

Menghentikan kemusnahan persekitaran alam semula jadi

b)

Menggalakkan perlindungan dan penggunaan lestari hutan serta tanah lembap

c)

Mendidik masyarakat tentang keperluan sumber hutan

d)

Menguruskan perdagangan yang mampam melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar tanpa merosakkan integriti sistem ekologi

37.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan pengurusan sumber hutan?

a)

Keseimbangan ekosistem

b)

Menjamin bekalan sumber protein yang berterusan

c)

Kawasan pertanian hawa sederhana

d)

Membuka bandar baharu

38.

Apakah kepentingan pengurusan sumber hutan kepada negara?


I Sumber bahan mentah

II Menggalakkan ekopelancongan

III Meningkatkan taraf hidup

IV Pembukaan bandar baharu


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Apakah tujuan pemeliharaan Tapak Ramsar?


I Memulihara kawasan tanah lembap

II Menjadi kawasan ekopelancongan

III Menggalakkan pembangunan lestari

IV Menjalankan penghutanan semula

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Kawasan X adalah lokasi Tapak Ramsar di Malaysia. Apakah kawasan X ?

a)

Gemas di Negeri Sembilan

b)

Kemaman di Terengganu

c)

Pulau Sipadan di Sabah

d)

Tanjung Piai di Johor

41.

Kawasan yang manakah merupakan pusat ekopelancongan yang terkenal di Sarawak?

a)

Taman Negara Niah

b)

Taman Negara Kinabalu

c)

Taman Negeri Royal Belum

d)

Taman Negara Endau-Rompin

42.

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan PERHILITAN ?


I Menjalankan penghutanan semula

II Menguatkuasakan undang-undang

III Menjalankan pendidikan hutan

IV Menggalakkan penyertaan masyarakat menjaga hutan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Apakah kesan program pembangunan lestari yang dijalankan di Malaysia?


I Pertambahan spesies tumbuhan

II Pencemaran udara berkurangan

III Kualiti persekitaran bertambah baik

IV Mewujudkan pusat ekopelancongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Apakah langkah-langkah pemuliharaan yang dikaitkan dengan Geopark?


I Pemuliharaan biologi

II Pembangunan secara lestari

III Kerjasama antarabangsa

IV Pembinaan hotel bertaraf antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Apakah agensi yang berperanan melaksanakan pengurusan hutan seperti dalam maklumat di bawah :


Membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk pemuliharaan sumber hutan Meningkatkan kesedaran terhadap peranan alam sekitar dan pemuliharaan hutan.

a)

WWF

b)

Jabatan Alam Sekitar (JAS)

c)

Sahabat Alam Malaysia (SAM)

d)

Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)

46.

Berikut adalah contoh hasil hutan,kecuali

a)

Gaharu

b)

Buah-buahan

c)

Biji timah

47.

Apakah kesan yang timbul jika keseimbangan ekosistem terganggu?

a)

Rantaian makanan terjejas

b)

Kematian hidupan liar

c)

Penemuan spesies baharu

d)

Sumber fosil berkurangan

48.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan pengurusan sumber hutan?

a)

Keseimbangan ekosistem

b)

Kawasan akuakultur

c)

Sumber bahan bakar

d)

Ekopelancongan

49.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang menggalakkan pertumbuhan sumber hutan

a)

Iklim

b)

Jenis batuan

c)

Hidupan liar

d)

Taburan hujan

50.

Malaysia mempunyai sumber hutan yang banyak kerana mengalami iklim

a)

Monsun tropika

b)

Khatulistiwa

c)

Siberia

d)

China

51.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang keperluan sumber hutan kepada masyarakat setempat?

a)

Sumber bahan makanan

b)

Menghasilkan aliran tenaga

c)

Meningkatkan ekonomi negara

d)

Menyediakan bahan mentah kepada industrian

52.

Apakah langkah kerajaan untuk menjamin bekalan sumber hutan berterusan dan berkekalan?

a)

Meningkatkan eksport kayu-kayan dan hasil sumber hutan

b)

Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan

c)

Meningkatkan rondaan di kawasan hutan

d)

Menarik kembali lesen penebangan hutan

53.

Apakah faktor yang mempengaruhi kerajaan berusaha memelihara dan memulihara sumber hutan?

a)

Harga sumber hutan semakin tinggi

b)

Sumber hutan semakin diancam kepupusan

c)

Permintaa bagi sumber hutan semakin meningkat

d)

Industri berasaskan sumber hutan berkembang maju

54.

Apakah kesan penerokaan sumber hutan secara besar-besaran tanpa dirancang serta dikawal?

a)

Menambahkan peluang pekerjaan

b)

Menjejaskan aktiviti ekopelancongan

c)

Menjejaskan keseimbangan ekosistem

d)

Menambahkan industri berasaskan sumber

55.

Apakah negeri yang mempunyai keluasan hutan yang terbesar di Malaysia?

a)

Sabah

b)

Pahang

c)

Sarawak

d)

Terengganu

56.

Apakah peranan Sahabat Alam Malaysia (SAM)?

a)

pemuliharaan rizab hutan m

b)

pengurusan hutan secara kekal

c)

memberi kesedaran alam sekitar menerusi pendidikan

d)

mendidik masyarakat tentang keperluan pembangunan lestari

57.

Sumber hutan merupakan ____________________.

a)

sumber alam sekitar

b)

sumber boleh baharu

c)

sumber tidak boleh baharu

d)

sumber yang boleh diolah

58.

Apakah kesan pengurusan sumber hutan kepada alam sekitar?

a)

Keseimbangan ekosistem

b)

Peningkatan kesuburan tanih

c)

Kepupusan flora dan fauna

d)

Kejadian hakisan tanih