wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UlangKaji ASK BAB 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?

a)

Menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah

b)

Menggunakan konsep asas komputer bagi menyelesaikan masalah dengan berbantukan mesin.

c)

Memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugas

d)

Menyelesaikan masalah berbantukan komputer

2.

Mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional

a)

Membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah

b)

Membolehkan kita memahami cara komputer menyelesaikan masalah

c)

Membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian

d)

Membolehkan penyelesaian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik.

3.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik pemikiran komputasional?

a)

Leraian

b)

Pengekodan

c)

Pengecaman

d)

Peniskalaan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian?

a)

Menambahkan maklumat pada setiap bahagian yang kecil supaya lebih rumit.

b)

Memecahkan masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah diselesaikan

c)

Menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama

d)

Memecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan masalah-masalah tersebut.

5.

Apakah kepentingan meleraikan masalah yang kompleks?

a)

Menjadikan masalah lebih rumit

b)

Menukarkan masalah yang ada

c)

Menjadikan masalah mudah diselesaikan

d)

Menjadikan masalah lebih kecil

6.

Apakah yang dimaksudkan pengecaman corak?

a)

Memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil.

b)

Membina model dari corak

c)

Melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama.

d)

Melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek.

7.

Mengapakah kita perlu melihat corak pengulangan(pengecaman) dalam masalah?

a)

Pengecaman corak membolehkan kita untuk menyelesaikan masalah yang rumit

b)

Pengecaman corak menyebabkan masalah rumit sukar diselesaikan

c)

Kita tidak perlu melihat pengecaman corak

d)

Dapat membuat ramalan tentang sesuatu masalah yang berlaku berdasarkan corak yang berulang dan berbeza

8.

Antara pernyataan berikut, yang manakah mengandungi pengecaman corak?

a)

Semua rumah ada pintu

b)

Rumah saya mempunyai 3 tingkat

c)

Rumah saya mempunyai 5 buah bilik dan satu anjung di hadapan rumah

d)

Belakang rumah saya terdapat sebuah kolam besar

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik peniskalaan?

a)

Mengabaikan ciri-ciri yang tidak perlu bagi sesuatu unsur dalam satu perkara

b)

Satu proses mengenal pasti ciri-ciri yang penting yang dapat membantu menyelesaikan masalah

c)

Satu proses mengambil kira semua ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu perkara.

d)

Proses menambahkan ciri-ciri yang berkaitan dalam sesuatu perkara.

10.

Apakah kepentingan teknik peniskalaan?

a)

Sebagai penambahbaikan bagi membolehkan sesuatu masalah diselesaikan

b)

Membolehkan masalah yang besar diselesaikan

c)

Bagi membantu keputusan untuk menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan

d)

Membolehkan masalah diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat