Font size
WorksheetsBIOLOGI KSSM TING 4 BAB 13 (HOMEOSTASIS)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah faktor fizikal yang perlu dikawal atur?
pH
Tekanan darah
Gula dalam darah
Suhu
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang homeostasis?
Pengawalaturan faktor fizikal dan faktor kimia persekitaran
Mekanisme homeostasis menurunkan faktor yang berkurang di bawah julat normal.
Mekanisme homeostasis meningkatkan semula nilai faktor yang turun di bawah julat normal.
Mekanisme homeostasis meningkatkan faktor yang melebihi julat normal.
Sistem organ yang manakah yang terlibat dalam mengekalkan suhu badan?
Sistem pencernaan
Sistem respirasi
Sistem integumen
Sistem pembiakan
Suhu badan meningkat melebihi julat normal dikesan oleh termoreseptor dalam ___
kulit
bulu roma
hipotalamus
ginjal
Pankreas ialah kelenjar yang bertanggungjawab untuk mengekalkan aras ___ dalam julat normal 75 - 110 mg/ 100 ml.
garam mineral
gula (glukosa) darah
pH
tekanan darah
Bahagian otak yang manakah membantu mengekalkan tekanan separa karbon dioksida di dalam darah?
Medula oblongata
Serebelum
Hipotalamus
Kelenjar pituitari
Antara reseptor berikut, yang manakah mengesan perubahan pH?
Termoreseptor
Baroreseptor
Kemoreseptor
Nosiseptor
Proses pemvasodilatan (a) rintangan pengaliran darah dalam salur darah
Antara struktur yang berikut, manakah penting dalam mengawalatur persekitaran dalaman?
Pengosmokawalaturan ialah proses mengawal atur ___ dan ___ dalam badan supaya tekanan osmosis darah dapat dikekalkan pada julat normal.
air
garam
ion klorida
pH
Antara berikut yang manakah bukan faktor kimia persekitaran dalam?
kepekatan garam mineral
kepekatan gula
tekanan osmosis
nilai pH
Sistem-sistem berikut berfungsi dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan aras glukosa dalam darah kecuali ___.
sistem pencernaan
sistem saraf
sistem endokrin
sistem peredaran darah
Pusat kawalan suhu badan adalah ___.
serebrum
sereblum
hipotalamus
lobus posterior
Salah satu cara pengawalaturan peningkatan suhu badan oleh efektor melalui cara kimia ialah ___.
pemvasodilatan di arteriol
otot rangka kurang mengecut dan mengendur
bulu roma condong ke permukaan kulit
metabolisme berkurang
Perembesan hormon tiroksina yang tinggi menyebabkan ___.
kadar metabolisme meningkat
kadar metabolisme menurun
Kesan pemvasocerutan ___.
lebih haba hilang ke persekitaran melalui konduksi
kurang haba hilang ke persekitaran melalui konduksi
lebih haba hilang ke persekitaran melalui radiasi
kurang haba hilang ke persekitaran melalui radiasi
Sel yang merembeskan hormon glukagon adalah ___.
sel alfa Langerhans pankreas
sel beta Langerhans pankreas
Fungsi hormon insulin adalah ___.
merangsang penukaran glukosa kepada glikogen
merangsang penukaran glikogen kepada glukosa
merangsang penukaran lemak kepada glukosa
merangsang peguraian lemak kepada glukosa
Berikut adalah ___ yang berlaku semasa aktiviti cergas kecuali ___.
nilai pH darah menurun
kadar ventilasi menurun
tekanan separa karbon dioksida meningkat
kadar pernafasan meningkat
Reseptor yang mengesan perubahan tekanan darah adalah ___.
kemoreseptor
termoreseptor
baroreseptor
neuroreseptor
Mekanisme berikut akan berlaku semasa penurunan tekanan darah.
Peningkatan diameter arteri
Pengurangan diameter arteri
Pengenduran otot kardium jantung
Perangsangan otot kardium jantung
Apakah kepentingan homeostasis?
Mengekalkan persekitaran dalaman secara berterusan antara satu julat
Memastikan bahan kumuhan metabolisme disingkirkan dalam masa tertentu
Membolehkan organisma menyesuaikan diri kepada rangsangan luaran dengan mengubah persekitaran dalaman
Antara berikut, manakah tidak dikawal oleh homeostasis?
pH darah
aras gula dalam vena portal hepar
suhu badan
kandungan air dan garam dalam darah
Seorang pendaki berasa pening di altitud tinggi akibat kejatuhan aras oksigen dalam darah.
Apakah proses yang berlaku dalam sistem respirasinya untuk mengembalikan aras oksigen ke normal?
Otot interkosta mengecut dan mengendur dengan lebih cepat
Diafragma mengecut dan mengendur dengan perlahan
Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat
pH darah menurun
Antara berikut, manakah mewakili hormon P dan Q?
P: Adrenalina
Q: Insulin
P: Insulin
Q: Glukagon
P: Tiroksina
Q: Glukagon
P: Glukagon
Q: Insulin
Pengawalaturan suhu badan yang meningkat dikawal oleh efektor berlainan melalui cara berikut kecuali
kelenjar tiroid dan adrenal kurang dirangsang untuk menurunkan kadar metabolisma
arteriol di dalam kulit mengalami pemvasocerutan
otot erektor kurang dirangsang dan menyebabkan bulu roma condong ke permukaan kulit
Otot rangka mengecut dan mengendur dengan cepat menyebabkan badan menggigil
Pengawalaturan suhu badan yang rendah dikawal oleh efektor berlainan iaitu..
kelenjar adrenal dan tiroid dirangsang untuk penghasilan haba.
kelenjar peluh tak dirangsang.
otot erektor dirangsang supaya mengecut menyebabkan bulu roma menegak
arteriol mengalami pemvasolidatan
Kelompok sel (a) dalam pankreas menghasilkan dan merembeskan hormon insulin dan glukagon secara berterusan ke dalam aliran darah untuk mengawal atur aras gula dalam darah.
Apabila aras glukosa dalam darah meningkat, sel .................. dirangsang untuk rembes hormon .............. ke dalam darah.
beta; insulin
beta; glukagon
alfa; insulin
alfa; glukagon
Susun semula turutan pengawalaturan tekanan separa karbon dioksida dalam darah.
i- Perubahan pH dikesan oleh kemoreseptor pusat dalam medula oblongata
ii- Nilai pH darah dan bendalir tisu yang membasahi otak, menurun
iii- Karbon dioksida larut dalam plasma darah membentuk asid karbonik dan akan terurai kepada ion hidrogen dan ion bikarbonat
iv- Tekanan separa karbon dioksida meningkat disebabkan oleh aktiviti respirasi sel
i → ii → iv → iii
iv → iii → ii → i
iv → ii → iii → i
i → ii → iii → iv
