Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Adik _______ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan pasu kesayangan ibu.

a)

menyusur

b)

menyusup

c)

menusuk

d)

menyusul

2.

Perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan perlu diberikan kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan _________ kemalangan.

a)

tahap

b)

kadar

c)

takat

d)

aras

3.

Sekumpulan samseng itu lari __________ apabila dikejar oleh polis.

a)

kelam-kabut

b)

pontang-panting

c)

lentam-lentum

d)

bolak-balik

4.

Apabila __________ sahaja perisiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

termangu

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

terkenang

5.

Ibu membeli __________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

seikat

b)

secekak

c)

selonggok

d)

setangkai

6.

Aminah _________ semasa balik dari kuliah semalam.

a)

dihujan

b)

dihujani

c)

berhujan

d)

kehujanan

7.

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.

a)

Gula-gula yang saya belikan

b)

Semua gula-gula yang saya beli

c)

Gula-gula yang dibeli oleh saya

d)

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

8.

Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.

a)

dari dua kilometer setengah

b)

daripada dua kilometer setengah

c)

daripada dua setengah kilometer

d)

dari dua setengah kilometer

9.

__________ berita yang terkini dan menarik telah menyebabkan TV3 terus mendapat sambutan penonton.

a)

Lembaran

b)

Hamparan

c)

Paparan

d)

Hantaran

10.

Ahmad datang ke sekolah __________ sahaja kerana sambutan hari guru diadakan di sekolah pada hari itu.

a)

melenggang

b)

melencung

c)

melenggok

d)

melenggong

11.

Encik Salleh __________ dengan panggilan Pak Su dalam kalangan anak buahnya.

a)

merdu

b)

manja

c)

rapat

d)

mesra

12.

Pemuda itu masih lagi __________ walaupun terbukti dialah yang melakukannya.

a)

bertapi-tapi

b)

berbisik-bisik

c)

berura-ura

d)

beriak-riak

13.

Hari kemerdekaan disambut __________ di seluruh negara dengan pelbagai acara menarik.

a)

riang

b)

sambut

c)

megah

d)

meriah

14.

Bagai lebah mengumpul madu.


Peribahasa di atas bermaksud __________ .

a)

rajin berusaha dan tekun bekerja untuk mencapai cita-cita

b)

jangan ambil sesuatu lebih banyak dari apa-apa yang diminta

c)

hendaklah bermanis muka ketika berbicara dengan orang yang lebih tua

d)

janglah melakukan pekerjaan untuk mendapat pujian sahaja.

15.

Juliana sering menangis kerana terpaksa berpisah dengan sahabat baiknya. Hubungan mereka seperti adik beradik sejak dahulu lagi.


Peribahasa yang sesuai untuk situasi di atas ialah _____________________________ .

a)

Seperti bulan dan matahari

b)

Seperti cincin dan permata

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

seperti beliung dengan asahan

16.

Ibu memasak nasi _____________ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.

a)

halus

b)

empuk

c)

lembik

d)

lembut

17.

Fikiran Ammar masih ____________ sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.

a)

bolak-balik

b)

susup-sasap

c)

gelap-gelita

d)

gembar-gembur

18.

Rizal sangat gemar __________ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.

a)

kepada

b)

akan

c)

tentang

d)

terhadap

19.

BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU


Peribahasa di atas menasihati kita supaya tidak __________ .

a)

bersikap memandai-mandai jika tidak tahu akan sesuatu

b)

mencuba sesuatu yang tidak memalukan

c)

menyembunyikan kebolehan yang dimiliki

d)

mengambil tahu tentang hal orang lain

20.

Sikap Cik Suraya Murai yang ______________ menyebabkan rakan sekerjanya berasa tidak selesa semasa bercakap dengannya.

a)

cakap lepas

b)

adu domba

c)

duri berbisa

d)

mulut tempayan