wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hanna Nadia seperti __________________kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

2.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai kucing kehilangan anak

3.

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya

kerana dia yakin _________________________________

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

belakang parang diasah lagikan tajam

4.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

Seperti lembu dicucuk hidung

b)

Seperti anjing menyalak bukit

c)

Seperti tikus membaiki labu

5.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong

bagai ____________________________________

a)

cincin dengan permata

b)

kucing dengan anjing

c)

aur dengan tebing

6.

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

7.

Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

8.

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

9.

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

a)

i.Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti.

b)

i.Walau ke mana kita pergi, akhirnya akan balik ke negeri asal jua.

c)

Sementara menunggu perkara yang baik, lakukanlah perkara yang berfaedah.

d)

Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya.

10.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
a)
Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk. 
b)
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula.
c)
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarganya sendiri.
d)
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
11.

Ada _ _ _ _ _ _ di sebalik batu bermaksud Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

(a)  

12.

Air _ _ _ _ jatuh ke dalam bermaksud perbuatan berdukacita secara diam-diam yang tidak nampak dari luar.

(a)  

13.

Alang-alang menyeluk _ _ _ _ _ _ _ biar sampai ke pangkal lengan bermaksud kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu selesai dan mendapat hasilnya.

(a)  

14.

Bagai _ _ _ _ terhempas ke batu bermaksud perasaan hati yang sangat sedih kerana mendapat suatu kesulitan atau perkhabaran buruk.

(a)  

15.

Bagai ikan pulang ke _ _ _ _ _ bermaksud orang yang pulang ke tempat asal setelah lama merantau.

(a)  

16.

Bertangguh itu _ _ _ _ _ _ _ masa bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.

(a)  

17.

Hati gajah sama dilapah, hati _ _ _ _ _ sama dicecah bermaksud pembahagian harta atau kerja yang sama rata dan adil.

(a)  

18.

Kalau tidak ada _ _ _ _ _ , masakan pokok bergoyang bermaksud khabar angin yang didengar tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, kerana jika tidak, masakan orang bercakap tentangnya

(a)  

19.

Kalau takut dilambung _ _ _ _ _ , jangan berumah d tepi pantai bermaksud kalau takut berhadapan dengan kesusahan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang sukar.

(a)  

20.

Kerana nila setitik, rosak susu _ _ _ _ _ _ _ _ _ bermaksud disebabkan perbuatan seseorang, semua yang lain turut terkena tempiasnya.

(a)