WorksheetsLATIHAN BM 1 (Objektif)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Kakak membantu ibu membersihkan _____________ dengan menggunakan pembersih vakum.
tingkap
akuarium
longkang
permaidani
Nenek saya mempunyai dua ___________ sawah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
buku
berkas
bidang
bentuk
Abang merakam gambar _______________ burung layang-layang yang sedang terbang di udara.
segugus
sepasukan
sekawan
serumpun
Aralyn dan keluarganya menaiki ______________ selama 30 minit sebelum tiba di pulau peranginan itu.
Feri Pulau Perhentian
Bas Ekspres Kesuma
Kereta api Sinaran Malam
Lapangan Terbang Subang
Abang Shauki bertugas sebagai cef di ____________ sejak empat tahun yang lalu.
Masjid As Syakirin
Hotel Putera
Balai Polis Putra Heights
Pejabat Pos Puchong
Amira dikehendaki berjumpa dengan guru kaunseling kerana _____________ sedang mengalami tekanan perasaan.
kamu
awak
kita
dia
"Sof, kamu hendak ikut __________ bersiar-siar di tepi pantai untuk menenangkan fikiran?" tanya Suraya dan Karmila serentak.
kita
kami
kamu
awak
Berehat di taman rekreasi dapat memberikan ketenangan dan ____________ stres.
mengecilkan
mengecutkan
mengurangkan
menambahkan
Doktor Azmi pakar psikologi. _____________ sangat arif tentang masalah kemurungan atau tekanan perasaan.
Beliau
Dia
Baginda
Saya
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu berlangsung dalam suasana yang cukup ______________.
maju
indah
selamat
harmoni
Ketua Kampung Sri Aman amat ____________ terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampungnya.
aktif
bijak
mesra
prihatin
Pihak Jawatankuasa Masjid As Sobirin memberikan bantuan kewangan kepada murid-murid itu ___________ keluarga mereka kurang berkemampuan.
jika
kerana
kecuali
walaupun
Syafia terpilih untuk mewakili pasukan hoki daerah kerana dia amat _______________ menggelecek.
petah
lincah
gagap
laju
Tujuan Cikgu Rahman pergi __________ balai polis adalah untuk membuat laporan tentang kes pecah masuk Makmal Komputer sekolah.
di
pada
kepada
ke
Kejadian peras ugut yang semakin kerap berlaku di kawasan itu ____________ membimbangkan penduduk tempatan.
nian
sekali
benar
amat
Kejadian peras ugut yang semakin kerap berlaku di kawasan itu ____________ membimbangkan penduduk tempatan.
nian
sekali
benar
amat
_______________kah yang mengawal lalulintas di hadapan sekolah?
Apa
Siapa
Mana
Bila
Cikgu Shamsul _____________ memberikan taklimat kepada murid-muridnya tentang keselamatan sebelum bas bertolak ke tempat perkhemahan esok.
akan
sudah
pernah
telah
___________, bagusnya murid-murid di sekolah itu kerana mematuhi arahan pegawai trafik ketika melintas jalan.
Wah
Nah
Aduh
Aduhai
Puan Mazura menasihati anak-anaknya agar tidak berjalan bersendirian _______________ tempat yang sunyi.
ke
di
pada
kepada
Aiman berjalan ______________ sambil dibantu oleh Haikal dan Alif kerana kakinya terseliuh.
terkengkang-kengkang
terkedek-kedek
terincut-incut
terhuyung-hayang
Pihak polis sedang menjalankan ____________ bagi memastikan punca pergaduhan yang berlaku malam tadi.
soal selidik
temu ramah
janji temu
soal siasat
Pasukan kadet polis itu tetap menjalankan latihan kawad kaki ____________ cuaca agak panas.
kecuali
manakala
walaupun
sementara
Murid-murid berdiri ____________ sambil menyanyikan lagu "Negaraku" dengan penut semangat.
lurus
tegap
tegak
segak
"Adam, kamu sangat pandai dan kamu ___________ layak menjadi tokoh murid ini,"kata Syakira.
lagi
juga
memang
hanya
