WorksheetsPERNIAGAAN TING. 4 - BAB 3
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Apakah halangan dalaman yang boleh membantutkan pencapaian wawasan?
Ekonomi semasa
Kemahiran teknikal
Kemudahan infrastuktur
Penguatkuasaan undang – undang
Rajah 3 berkaitan dengan graf kos dan hasil yang terlibat dalam suatu pengeluaran
Titik pulang modal berlaku pada titik?
W
X
Y
Z
Syarikat Smartees Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Kos tetap yang ditanggung oleh syarikat ialah RM350 000. Beg dijual dengan harga RM60 seunit. Kos berubah seunit RM25. Modal syarikat berjumlah RM400 000.
Berapakah titik pulang modal?
10 000 unit
14 000 unit
16 000 unit
20 000 unit
Pernyataan manakah yang tepat menerangkan misi perniagaan?
Satu perancangan jangka panjang
Maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus
Pernyataan ringkas tentang tujuan kewujudan sesebuah organisasi
sebagai hala tuju sesebuah organisasi dalam membuat keputusan atau tindakan
"Syarikat Neomotor Sdn Bhd akan mengeluarkan sebanyak 100,000 unit kereta dan sebanyak 50,000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan".
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Syarikat Neomotor Sdn Bhd?
Boleh diukur (Measurable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (Attainable)
Jangka Masa (Time Frame)
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?
Ekonomi
Sumber Manusia
Undang-undang
Sosiobudaya
Apakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan?
Gagal dalam persaingan
Kualiti produk terjejas
Produktiviti pekerja menurun
Pengeluaran produk berkurang
Apakah maksud Visi?
Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi
Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi
Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi
Visi menyatakan maklumat tentang tujuan perniagaan yang tepat dan khusus
Apakah faktor yang perlu di ambil kira oleh Syarikat Pembinaan Daya untuk menghasilkan visi dan misi perniagaannya?
I- Belian
II- Pemasaran
III- Daya Saing
IV- Syer Pasaran
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh satu penetapan visi untuk mencapai matlamat sesebuah perniagaan?
Melebihi 3 tahun
Melebihi 5 tahun
Melebihi 7 tahun
Melebihi 10 tahun
Manakah bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?
Pemilik mengubah lokasi perniagaan
Pemilik meningkatkan bilangan pekerja
Hasil meningkat dari semasa ke semasa
Pemilik membawa masuk modal tambahan
Manakah antara berikut merupakan ciri objektif bagi sesebuah perniagaan?
Analitik
Spesifik
Relevan
Untung
Pernyataan berikut berkaitan dengan Enak Frozen Food
Enak Frozen Food bercadang meningkatkan jualan dengan menerima tempahan secara atas talian dan membuat penghantaran ke premis pembeli
Apakah faktor utama yang mempengaruhi perubahan strategi tersebut?
Mempunyai sumber kewangan bagi menampung kos berkaitan
Mempunyai tenaga pekerja yang mahir dan berpengalaman
Perniagaan dilindungi oleh undang-undang
Perubahan dalam teknologi
Mengapakah sektor awam menerapkan budaya kerja korporat untuk mencapai visi,misi dan objektifnya?
Meningkatkan keuntungan
meningkatkan daya saing
Meningkatkan kecekapan
Meningkatkan motivasi
Apakah tujuan carta gantt disediakan?
Memastikan objektif boleh diukur
menunjukkan sesuatu objektif itu munasabah
mengukur keupayaan perniagaan mencapai objektif
mencapai objektif dalam jangka masa yang ditetapkan
Terangkan ciri-ciri SMART yang perlu ada dalam spesifik dan jangka masa. (4 m)
Encik Amri seorang pemilik kedai buku yang terkenal. Beliau sedar bahawa permintaan terhadap buku rujukan pada masa kini telah semakin berkurangan kerana terdapatnya banyak laman sesawang yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat.
i. Apakah definisi objektif perniagaan? (1 m)
ii. Cadangkan tiga objektif perniagaan yang boleh meningkatkan jualan Encik Hakim. (3 m)
Senaraikan empat faktor luaran yang boleh memberi kesan kepada visi, misi dan obektif sesebuah organisasi perniagaan. (4 m)
Jelaskan ciri-ciri fizikal sesuatu produk yang menarik perhatian pembeli. (4 m)
Rajah menunjukkan titik pulang modal Perniagaan Pastri Delicia yang beroperasi di MyTown Kuala Lumpur.
Jelaskan kesan kepada perniagaan Pastri Delicia sekiranya pengeluaran pastri berada di kawasan B. (4 m)
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Apakah rumus untuk menghitung titik pulang modal (TPM)?
Jumlah hasil - jumlah kos
(Kos tetap) / (Harga - Kos berubah seunit)
Antara berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran? (Jawab 2 jawapan)
Sewa kilang
Gaji pekerja
Bahan mentah
Kos air dan elektrik
"Kilang Permata mengeluarkan serbuk koko dengan jumlah kos tetap ialah RM9000 seunit dan kos berubah ialah RM1.40 seunit. Serbuk koko tersebut dijual pada harga RM2.00 seunit."
Berapakah untung yang diperoleh jika Kilang Permata mengeluarkan 18000 unit serbuk koko?
RM1800
RM800
Maklumat yang berikut diperoleh daripada kilang beg tangan Lai Vin.
Kos tetap RM50,000. Kos berubah RM55. Harga RM80.
Berapakah titik pulang modal bagi pengeluaran beg tengan?
9,600 unit
2,000 unit
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kos berubah dalam pengeluaran? (Jawab 2 jawapan)
Sewa kilang
Gaji pekerja
Bahan mentah
Upah pekerja operasi
Pernyataan manakah yang benar mengenai daya saing?
Perniagaan mampu mengekalkan operasi perniagaan
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang stabil
Apakah peranan pihak pengurusan peringkat atasan?
Mengetuai unti yang terdapat dalam perniagaan
Mengetuai operasi keseluruhan organisasi sesebuah perniagaan
Bagaimanakah teknologi dapat memberikan sumbangan kepada perniagaan?
Dapat menjimatkan pelaburan
Dapat menambahkan keperluan tenaga kerja
Dapat mengiklan produk secara besar-besaran
Dapat menghasilkan produk dengan cepat dan mudah
Apakah matlamat utama perniagaan menguasai syer pasaran?
Dapat meraih keuntungan yang besar
Dapat mengekalkan kesetiaan pengguna
Apakah perkhidmatan yang boleh disediakan oleh Kedai Runcit Aza?
Penghantaran barang ke rumah
Kemudahan membaik pulih barang
Apakah maksud visi perniagaan
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
Pernyataan di bawah menunjukkan sebuah organisasi perniagaan.
Syarikat Sweet Sdn Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis sos. Syarikat ini didaftarkan di bawah Pendaftaran Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?
Menghasilkan produk yang berkualiti baik
Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan
Menetapkan harga produk yang kompetitif
Memaksimumkan keuntungan perniagaan
Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan
Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai
Apakah ciri-ciri SMART tersebut
Spesifik
Munasabah
Jangka sama
Boleh diukur
Encik Asrul telah menubuhkan sebuah perniagaan menjual baju kurung di Sebuyau pada 14 Ogos 2019. Apakah misi yang sesuai bagi perniagaan Encik Asrul
Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan
menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur
Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung
Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan
Persoalan manakah yang perlu dijawab untuk membentuk suatu penyataan visi yang berkesan?
Untuk siapakah kita lakukan
Di manakah kita akan lakukan
Bagaimanakah kita lakukan
Bilakah kita lakukan
"Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan."
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salam?
boleh diukur (measureable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (attainable)
jangka masa (Time frame)
carta gantt ialah
carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh dan masa yang telah ditetapkan
carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Organisasi manakah yang merupakan contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
Apakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?
Ekonomi
Sumber manusia
Sosiobudaya
Undang-undang
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan pengeluaran produk sebuah kilang.
kilang Permata mengeluarkan serbuk koko dengan jumlah kos tetap ialah RM9 000 seunit dan kos berubah ialah RM1.40 seunit. Serbuk koko tersebut dijual pada harga RM2.00 seunit.
Berapakah untung yang diperoleh jika Kilan Permata mengeluarkan 18 000 unit serbuk koko.
RM800
RM1 000
RM1 800
RM3 200
Apakah rumus untuk menghitung titik pulang modal (TPM)?
Kos tetap + kos berubah
kos tetap
______________________
Harga - kos berubah seunit
Jumlah hasil - jumlah kos
Harga
_______________________
kos tetap - kos berubah seunit
Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?
Pemilik mengubah lokasi perniagaan
Pemilik menambah bilangan pekerja
hasil yang diterima pada setiap tahun adalah sama
Hasil yang meningkat dari semasa ke semasa
