NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu (11.11.2020)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perkataan yang mengandungi imbuhan awalan
lari
berlari
larian
melarikan
Sesi __________________ untuk mencari pelakon baharu sedang diadakan di dalam dewan itu.
temu bual
temu ramah
uji bakat
uji kaji
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran.
gugus
cebis
batang
kaki
Semasa perhimpunan pagi, semua pelajar dikehendaki ________________________ ikrar sekolah dengan penuh semangat.
meluahkan
menuturkan
melafazkan
mengucapkan
"Kalian dikehendaki menyerahkan tugasan _________________________ pada hari esok," kata Cikgu Adha.
setiap
setengah
sebahagian
masing-masing
Pagi ___________________ kami akan mendaki Gunung Pulai bersama dengan abang Hadif.
itu
ini
situ
sini
Alfy ___________________ belum tidur walaupun hari sudah lewat malam.
masih
akan
boleh
sedang
Disebabkan sikap Muhaimin yang garang seperti ________________, dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya.
semut
kancil
keldai
singa
Suasana di pasar malam itu ______________________ oleh suara para pengunjung dan peniaga.
punah-ranah
kacau-bilau
kucar-kacir
riuh-rendah
_____________________ pulang ke rumah masing-masing setelah selesai membersihkan kawasan balai raya itu.
Mereka
Dia
Beliau
Baginda
Pilih ayat yang betul.
Nenek baru tiba ke perhentian bas.
Bunga hiasan itu diperbuat daripada daun getah.
Buku rujukan matematik kamu ada kepada Adriana.
Dari kamu menonton televisyen, lebih baik kamu membuat ulang kaji.
Ibu _____________________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu kami.
menatang
menjinjing
menjulang
memegang
Ibu melarang Qistina keluar rumah ____________________ cuaca di luar agak panas.
hingga
malahan
kerana
sungguhpun
Buku yang laris ____________________ pasaran itu dikarang oleh artis terkenal Datuk Siti Nurhaliza.
di
ke
pada
kepada
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Najmi menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
Kaki Najmi terus menendang bola apabila wisel pengadil itu ditiup.
Najmi dan pengadil akan ditendang bola itu apabila wisel ditiup.
Apabila pengadil meniup wiel, Najmi pun ditendang bola.
Apabila wisel ditiup oleh pengadil, Najmi terus menendang bola itu.
"Jemputlah ke majlis kenduri kesyukuran __________________ esok," kata Encik Rizki dan isterinya kepada Puan Intan.
kita
saya
kami
mereka
Pilih perkataan sinonim bagi membasmi.
I. memboikot
II. menjauhkan
III. membanteras
IV. menghapuskan
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih respons yang paling sesuai.
Cikgu Thalasiah bertanya kepada Syamin, "Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?"
Sudah tentu saya akan menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan itu.
Sudah, saya telah menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan semalam.
Maaf, saya belum dapat menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan tadi.
Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam amat mudah untuk saya siapkan.
Pakaian Fauzan dan kawan-kawannya __________________ kerana mereka bermain bola sepak di padang yang becak.
cobak-cabik
coreng-moreng
comot-momot
compang-camping
Encik Aqeel menghadiahkan ________________ cincin berlian kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
seutas
sebutir
sebilah
sebentuk
