wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL KBSM - BIDANG 1 & 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGATASI GEJALA RASUAH DARIPADA TERUS BERLELUASA...

a)

Mengurangkan kadar denda atau hukuman / memberi Pengampunan kepada pelaku rasuah

b)

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah

c)

Memberikan pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat

d)

Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah

2.

APAKAH AKTA YANG DIGUBAL UNTUK MEMERANGI GEJALA RASUAH?

a)

Akta Pencegahan Rasuah 1977

b)

Akta Pencegahan Rasuah 1987

c)

Akta Pencegahan Rasuah 1997

d)

Akta Pencegahan Rasuah 1167

3.

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) TELAH DIBUAT PENJENAMAAN SEMULA IAITU SPRM.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SPRM?

a)

Suruhanjaya Majlis Pencegahan Rasuah Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Suruhanjaya Pembasmi Rasuah Malaysia

d)

Suruhanjaya Kementerian Dalam Negara Malaysia

4.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) KEPENTINGAN MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

a)

Dapat mengelakkan pembaziran masa – masa dapat diguna secara optimum

b)

Dapat mengelakkan kerja tertangguh – kerja siap dalam tempoh masa yang ditetapkan

c)

Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan

d)

Dapat melakukan semua aktiviti yang disukai tanpa mengira masa

5.

BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK), KECUALI

a)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

b)

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

c)

Mempertingkat kualiti kehidupan manusia

d)

Membolehkan negara lain menghormati Malaysia

6.

ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?

a)

N. Mohandas

b)

V. Saravanan

c)

K. Mohan

d)

G. Shanti

7.

BERIKUT ADALAH TIGA (3) JENIS CUKAI YANG PERLU DIBAYAR OLEH RAKYAT

a)

Cukai jalan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai tanah

d)

Cukai perbelanjaan

8.

APAKAH TUJUAN UTAMA KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI?

a)

Mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan negara

b)

Untuk mengaut keuntungan

c)

Membayar gaji pemimpin negara

d)

Membayar / menjelaskan hutang negara

9.

APAKAH MAKSUD SUHAKAM?

a)

Suruhanjaya Hak Asasi Masyarakat Malaysia

b)

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

c)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

d)

Suruhanjaya Hak Kebajikan Manusia

10.

TIGA (3) PERANAN / FUNGSI PENUBUHAN SUHAKAM ADALAH

a)

Menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia

b)

Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia

c)

Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan berkaitan

d)

Memastikan masyarakat dunia mendapat bantuan makanan secukupnya

11.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Penderaan seksual

b)

Penderaan fizikal

c)

Penderaan hati

d)

Penderaan emosi

12.

BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Panas baran

b)

Faktor kemiskinan / kewangan

c)

Didorong oleh pasangan

d)

Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal

13.

Yang berikut adalah maklumat mengenai dua orang pemuda

Pemuda 1 Gemar berpeleseran dengan kumpulan mat motor pada setiap malam minggu.


Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh Pemuda 1.

a)

Bertanggungjawab: Pemuda 1 harus tahu peranannya sebagai seorang anak

b)

Harga diri: Perbuatan tersebut akan mencemarkan imej / nama baik diri

c)

Hidup bersama secara aman:tidak bergaduh dengan orang lain

14.

Pemuda 2 Meminjamkan wang untuk membantu rakan-rakannya yang berada dalam kesusahan.

Jelaskan perasaan anda apabila melihat tindakan Pemuda 2 yang telah membantu rakannya. Berikan alasan anda.

a)

Gembira / Bangga / Terharu Sebagai erti kemanusiaan

b)

Gembira dapat meminjam wang

15.

Keratan akhbar berikut adalah merujuk kepada isu berkaitan kekeluargaan.


Kemajuan teknologi pada hari ini menyebabkan ramai kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah memiliki telefon pintar sendiri yang pada awalnya untuk perhubungan dengan bekeluarga, namun akhirnya berubah kepada ketagihan permainan video dan menonton pornografi secara sengaja. Memberi anak gajet sehingga mereka ketagih, tidah ubah seperti memberi mereka dadah. Masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak diberi perhatian, keadaan ini akan mencalit seribu satu sejarah itam kepada institusi kekeluargaan.


Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh ibu bapa dalam membendung isu ini agar tidak menjadi lebih serius. Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai murni.

a)

Kasih sayang terhadap keluarga -Ibubapa mahir ilmu teknologi penggunaan gajet - Menghadkan masa penggunaan gajet di rumah

b)

Tanggungjawab terhadap keluarga -Menyertai kempen yang menekanan kesedaran ibubapa - Menerangkan fungsi sebenar gajet kepada anak-anak

c)

Rasional-Menerangkan fungsi sebenar gajet kepada anak-anak - Gunakan laman sosial secara interaksi dua hala dari jarak jauh - Lakukan aktiviti luar rumah untuk mengawal penggunaan gajet - Menggalakkan anak-anak memuat turun aplikasi keagamaan

16.

Seorang ayah mesti bertanggungjawab dalam melaksanakan kewajipannya sebagai seorang ketua keluarga. Antara kewajipan tersebut ialah

a)

Kewajipan ekonomi

b)

Kewajipan sosial

c)

Kewajipan politik

d)

Kewajipan agama

17.

Hari Bapa mula-mula disambut di negara...

a)

Kanada

b)

Switzerland

c)

New Zealand

d)

Amerika Syarikat

18.

"Kurakamkan seribu kasih dan sejuta sayang atas bimbingan ibu". Nilai-nilai yang boleh dikaitkan dengan ungkapan di atas ialah

a)

Kasih sayang terhadap keluarga

b)

Tanggungjawab terhadap keluarga

c)

Mengekalkan tradisi kekeluargaan

d)

Hormat dan taat kepada anggota keluarga

19.

jumlah nilai moral adalah

a)

12+7

b)

12+4+4+3+5+5+3

c)

3+5+5+3+4+4+4+12

d)

36+7

e)

10+2+5+5+4+4+3+4+12

20.

bidang pembelajaran pendidikan moral terbahagi kepada

a)

17 bidang

b)

12 bidang

c)

7 bidang

d)

36 bidang