wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA 1

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Mak Senah dan anaknya, Lina sedang _____________ bunga di ruang tamu rumahnya.

a)

mengubah

b)

menggubah

c)

menukar

d)

merobah

2.

Ketika kejadian gempa bumi, beberapa deret bangunan di kawasan itu_______________.

a)

berdetar

b)

bergetar

c)

bergegar

d)

bergoncang

3.

” Janganlah asyik ______________ sahaja di bilik. Rajin-rajinlah bergaul dengan masyarakat sekeliling,” kata Sara kepada rakannya.

a)

terserap

b)

terperangkap

c)

terperap

d)

teresap

4.

Encik Mural ______________ maklumat peribadinya bersama-sama dengan borang permohonan itu.

a)

melampirkan

b)

lampiran

c)

dilampirkan

d)

lampir

5.

Sebagai akibat kegawatan ekonomi negara, projek pembangunan di kawasan itu telah ________________ .

a)

musnah

b)

sia-sia

c)

selesai

d)

terbengkalai

6.

” _______________ kamu sudah ditipu oleh jurujual itu,” kata Lim kepada Ramlan.

a)

Entah

b)

Entah-entah

c)

Jangan

d)

Bukan-bukan

7.

Dalam pertengkaran itu, saya tidak menyebelahi ______________pihak.

a)

apa-apa

b)

mana-mana

c)

sapa-sapa

d)

bila-bila

8.

Mak Limah _____________apabila diberitahu bahawa anak kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

a)

tercengang

b)

tergamam

c)

terpukau

d)

terpacul

9.

Akibat terlalu asyik menonton televisyen, nasi yang dimasak oleh kakak berbau ______________.

a)

hangus

b)

tengik

c)

hangit

d)

panas

10.

______________tindakan dan usaha telah dilakukan oleh Encik Ali dan Puan Aini untuk mencari anak gadis mereka yang hilang.

a)

Bertubi-tubi

b)

Berkali-kali

c)

Berlembar-lembar

d)

Bermacam-mcam

11.

Kepetahan ________________tersebut menyampaikan hujah-hujahnya mengagumkan para tamu yang hadir.

a)

pemidato

b)

pengacara

c)

pengerusi

d)

penceramah

12.

Samad dan Salleh yang sedang belajar ilmu silat itu sedang asyik mendengar sambil memerhatikan tunjuk ajar ________mereka.

a)

pengajar

b)

jurulatih

c)

mahaguru

d)

penyelia

13.

Amirul amat pandai sekali mengarang novel sejak menghadiri bengkel penulisan novel remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

a)

teramat pandai sekali

b)

amat terpandai sekali

c)

teramat terpandai sekali

d)

amat pandai sekali

14.

Kebanyakan ramai remaja-remaja sekarang suka menghabiskan masa dengan media sosial.

a)

Ramai remaja-remaja kebanyakan

b)

Kebanyakan remaja

c)

Ramai remaja-remaja

d)

Kebanyakan ramai remaja

15.

Perdana Menteri mengingatkan rakyat agar hidup saling membantu antara satu sama lain.

a)

saling bantu-membantu

b)

saling berbantu-bantu

c)

saling bantu-bantu

d)

saling membantu