WorksheetsBAHASA MELAYU PT3 SET 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pokok kelapa yang _________ke arah jalan masuk utama ke Kampung Gelam akan ditebang untuk keselamatan penduduk.
condong
serong
bengkok
senget
"__________Ali sudah pergi ke pejabatnya,"kata Natasya kepada Syafiqah.
Jika-jika
Tahu-tahu
Kalau-kalau
Entah-entah
Murid yang teramat pandai di dalam kelas itu sentiasa cemerlang dalam semua mata pelajaran.
terpandai amat di dalam kelas
terpandai di dalam kelas
amat terpandai dalam kelas
teramat pandai di dalam kelas
Pihak Tenaga Nasional akan memastikan projek menggantikan wayar elektrik lama berjalan dengan lancar.
projek penggantian wayar elektrik lama
projek ganti wayar elektrik lama
projek penggantian elektrik wayar lama
projek menggantikan wayar elektrik lama
Rezeki ayah hanya sedikit pada hari ini kerana hujan lebat. Ayah meminta anak-anaknya berkongsi sama rata rezeki tersebut.
Peribahasa ini digambarkan..........
rumah sudah siap pahat masih berbunyi
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
biduk lalu kiambang bertaut
hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
Peneroka-peneroka di ladang itu sedang ________buah kelapa sawit untuk dijual kepada pemborong.
memetik
memangkas
mengait
mengutip
Pasukan Kadet Remaja Sekolah itu mendapat kata _________untuk mendirikan khemah di tepi pokok besar itu.
sepakat
sebulat
sekata
setuju
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengambil tindakan pada pelajar-pelajar yang gagal membayar pinjaman pelajaran mereka kembali.
tindakan kepada pelajar-pelajar
tindakan akan pelajar-pelajar
tindakan terhadap pelajar-pelajar
tindakan pada pelajar-pelajar
Komputer yang rosak itu telah Nadine perbaiki.
telah dibaiki oleh Nadine
telah diperbaiki oleh Nadine
Nadine telah baiki
telah Nadine perbaiki
Kamil kurang disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia suka membesarkan perkara yang kecil.
Peribahasa ini digambarkan.............
seperti rusa masuk kampung
seperti rumput di tepi jalan
menanam tebu di tepi bibir
laksana katak, sedikt hujan banyak bermain
Juliana ___________badannya untuk mengambil buku yang terjatuh di atas lantai.
melenturkan
membengkokkan
menundukkan
membongkokkan
Semasa tarian zapin dipersembahkan penonton ________oleh kehebatan penari-penarinya.
tergamam
terpukau
ternganga
terleka
Balai polis itu terletak antara pasar dan masjid.
di antara pasar dan masjid
di antara pasar dengan masjid
antara pasar dengan masjid
antara pasar dan masjid
Laporan itu dibuat dengan berdasarkan kepada maklumat yang ada dalam garis panduan.
berdasarkan maklumat
berdasarkan kepada maklumat
berdasarkan pada maklumat
berdasarkan kepada maklumat
Hidup Anis sungguh beruntung sejak dia berkahwin dengan seorang usahawan berjaya. Segala kehendaknya dipenuhi suami.
Peribahasa ini digambarkan.........
seperti kera mendapat bunga
seperti tikus jatuh ke beras
bagai mencurah air ke daun keladi
laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
Pemain bola sepak yang cedera itu ___________di tengah padang.
terbaring
terkapar
terlantar
meniarap
Syarikat itu akan ______________dua buah buku tentang masa depan industri automobil di Malaysia di Hotel Hilton pada minggu hadapan.
menghasilkan
menyiarkan
menerbitkan
melancarkan
Yong lebih berminat untuk melawat Shanghai.
berminat untuk melawat ke Shanghai
minat untuk lawati ke Shanghai
meminati untuk melawat ke Shanghai
berminat untuk melawat Shanghai
Orang ramai tidak dibenarkan jaja di luar kawasan sekolah.
tidak dibenarkan menjaja
tidak benar menjaja
tidak dibenarkan berjaja
tidak dibenarkan jaja
Sarjan Hassan telah berkorban demi mempertahankan tanah air.
Peribahasa ini digambarkan.......
biar putih tulang, jangan berputih mata
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
ikut hati mati, ikut rasa binasa
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
