WorksheetsHindari jenayah kanak-kanak(P.Moral Tingkatan 3)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah maksud jenayah kanak-kanak?
Perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam dilakukan oleh golongan remaja
Perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dilakukan oleh golongan remaja
Perbuatan yang positif dilakukan oleh golongan remaja
Antara berikut, yang manakah bukan contoh jenayah kanak-kanak?
Buli
Pecah rumah
Ponteng kelas
Meragut
Nyatakan faktor berlakunya jenayah kanak-kanak?
Ibu bapa terlalu memberikan perhatian
Pengaruh rakan sebaya
Pengabaian ibu bapa dalam mendidik
Pengaruh media massa
Apakah kesan jenayah kanak-kanak terhadap masyarakat?
Menggugat kesejahteraan hidup
Menjejaskan masa depan
Meruntuhkan rumah tangga
Dibuang sekolah
Apakah cara menghindari jenayah kanak-kanak dari aspek keluarga?
Memilih rakan yang boleh memimpin ke arah kebaikan
Ibu bapa memantau pergaulan anak
Masyarakat memberikan teguran dan nasihat
Mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai murni
Nyatakan nilai berdasarkan situasi berikut: -
Saya akan melaporkan kes jenayah kanak-kanak yang berlaku dalam kawasan sekolah kepada guru.
Nilai Berdikari
Nilai Kejujuran
Nilai Bertanggungjawab
Nilai Hormat
Nyatakan nilai berdasarkan situasi berikut:-
Saya akan mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah kanak-kanak.
Nilai Kesederhanaan
Nilai Kerajinan
Nilai Harga diri
Nilai Berterima kasih
Adakah tayangan filem atau drama yang mempunyai unsur keganasan akan menyumbang kepada berlakunya jenayah kanak-kanak?
Ya
Tidak
Adakah ibu bapa yang memberi perhatian kepada anak-anak merupakan satu cara menghindari berlakunya jenayah kanak-kanak?
Ya
Tidak
Adakah seseorang pelajar itu akan dihormati dan dipuji di atas jenayah yang dilakukannya?
Ya
Tidak
