wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM BM SEM 1

Total questions: 36

Worksheet time: 2hrs 48mins

Name
Class
Date
1.
  • - Bisaya
  • - Sulu
  • - Bikol


Senarai bahasa di atas termasuk dalam subkeluarga

a)

Nusantara

b)

Kalimantang

c)

Sumatera

d)

Filipina

2.

Bahasa yang manakah yang kesemuanya termasuk dalam kumpulan bahasa Sumatera?

a)

Nias, Melanau

b)

Orang Laut, Sunda

c)

Aceh, Lampung

d)

Batak, Bugis

3.

Pernyataan yang manakah BENAR tentang kelompok keluarga dalam susur galur bahasa Melayu?

a)

Melebihi usia 2500 tahun

b)

Mengekalkan sebahagian besar ciri bahasa induk

c)

Terdapat 200 hingga 300 bahasa dalam keluarga Nusantara

d)

Terdiri daripada Austroasia, Austronesia, dan Tibet-China

4.

Aksara yang manakah yang TIDAK terdapat dalam bahasa Melayu kuno?

a)

a

b)

dh

c)

w

d)

e pepet

5.

Yang manakah batu bersurat yang tertua yang menyebut hal kerajaan Sriwijaya?

a)

Kota Kapur

b)

Talang Tuwo

c)

Kedukan Bukit

d)

Karang Brahi

6.

Kelompok bahasa yang manakah yang menjadi induk atau yang paling tua dalam susur galur bahasa Melayu?

a)

Austris

b)

Melanesia

c)

Nusantara

d)

Austronesia

7.

Bahasa yang berusia antara 2500 hingga 5000 tahun ialah


I Austronesia

II Nusantara

III Austroasia

IV Polinesia

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Batu bersurat yang manakah yang tidak ditulis pada abad ketujuh Masihi?

a)

Karang Brahi

b)

Gandasuli

c)

Talang Tuwo

d)

Kedukan Bukit

9.

Bentuk tulisan yang berasal dari utara India ditemukan pada batu bersurat

a)

di Karang Brahi

b)

di Kota Kapur

c)

di Telaga Batu

d)

di Nagiri

10.

Yang manakah yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik?

a)

Mengalami pengekodan

b)

Mengungkapkan pelbagai laras

c)

Menerima pengaruh daripada bahasa Arab

d)

Berkembang semasa kegemilangan kerajaan Sriwijaya

11.

Yang manakah padanan perkataan dalam bahasa Melayu kuno bagi ditemuinya?

a)

ditemuina

b)

nitemuinya

c)

nitemuina

d)

nipartemuina

12.

Yang manakah BUKAN bukti tentang perkembangan bahasa Melayu klasik?

a)

Batu bersurat di Padang Lawas

b)

Surat Sulten Ternate kepada Raja John III

c)

Penulisan Hikayat Hang Tuah pada abad ke-17

d)

Penggunaan tulisan Jawi yang diambil daripada bahasa Arab

13.

Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu klasik?

a)

Lingua franca

b)

Bahasa persuratan

c)

Bahasa perpaduan

d)

Bahasa pentadbiran

14.

Maka baginda pun berangkatlah mencemar duli ke kampung berkenaan, dengan diiringi segala hulubalang dan pengawal diraja.


Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik yang TIDAK terdapat dalam ayat di atas?

a)

Penggunaan kata partikel

b)

Menggunakan bahasa istana

c)

Penggunaan kata pangkal ayat

d)

Banyak menggunakan ayat pasif

15.

Perkataan yang manakah menggunakan huruf Jawi konsonan yang tidak terdapat dalam bahasa Arab?


I - Maghrib

II - Berbunga

III - Tembaga

IV - Fikiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Yang manakah sumbangan Oman Theodore Dussek kepada perkembangan bahasa Melayu?

a)

Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang

b)

Memperkenalkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu

c)

Menghasilkan buku Malay Grammar bersama dengan Wilkinson

d)

Memperkenalkan pola keselarasan vokal Rumi bahasa Melayu

17.

Siapakah penulis Kitab Pengetahuan Bahasa?

a)

Mohd Said Haji Sulaiman

b)

Zainal Abidin Ahmad

c)

Asmah Haji Omar

d)

Raja Ali Haji

18.

Ciri yang manakah yang sesuai dengan bahasa Melayu moden?

a)

Kesinambungan daripada bahasa Sanskrit

b)

Mempunyai sifat yang dinamik

c)

Tidak berpotensi tinggi

d)

Sukar difahami

19.

Yang manakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?

a)

Mendesak agar bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

b)

Menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu

c)

Membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang

d)

Menerbitkan buku sekolah dan bahan bacaan umum untuk masyarakat Melayu

20.

Siapakah penulis Kitab Pengetahuan Bahasa?

a)

Mohd Said Haji Sulaiman

b)

Zainal Abidin Ahmad

c)

Asmah Haji Omar

d)

Raja Ali Haji

21.

Korpus bahasa yang manakah TIDAK termasuk dalam pengekodan bahasa Melayu?

a)

Istilah

b)

Ejaan

c)

Tatabahasa

d)

Perkamusan

22.

Yang manakah termasuk dalam perancangan taraf bahasa Melayu?

a)

Peruntukan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan

b)

Pembakuan dalam sistem tatabahasa

c)

Penyeragaman sebutan

d)

Penyusunan kamus

23.

Membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967


Pertubuhan yang manakah yang dikaitkan dengan hal di atas?

a)

Universiti Malaya

b)

Universiti Kebangsaan Malaysia

c)

Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan

d)

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

24.

Yang manakah imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit?


I - maha-

II - eka-

III - anti-

IV - wi-

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

25.

Pasangan kata yang manakah yang kesemuanya merupakan kata daripada bahasa Belanda?

a)

Rokok, sepatu

b)

Wabak, wajah

c)

Engsel, senapang

d)

Geran, mentega

26.
  • - Pasar
  • - Takhta
  • - Saudagar


Semua perkataan di atas dipinjam daripada bahasa

a)

Arab

b)

Parsi

c)

Tamil

d)

Jawa

27.

Di manakah lokasi batu bersurat kedukan bukit?

a)

Palembang

b)

Pulau bangka

c)

Kaki bukit siguntang, palembang

d)

Merangin, jambi

28.

Pada tahun bilakah batu bersurat kedukan bukit di temukan?

a)

2019

b)

683 masihi

c)

684 masihi

d)

692 masihi

29.

Apakah isi kandungan batu bersurat kedukan bukit?

a)

Raja (berpangkat "daputra hiyang") menaiki kapal utk mencari kekayaan/sihir "sidhayatra"

b)

Raja jayanash membina taman bunga dan berjanji untuk membahagiakan semua makhluk

c)

Menyeru dewa dan makhluk tinggi lain melindungi sriwijaya dan mengutuk mereka yang tidak setia

d)

Piagam "persumpahan" drpd raja sriwijaya terhadap kerajaan di pulau jawa

30.

Talang tuwo terletak di...

a)

Sungai makuau

b)

Bukit siguntang

c)

Pulau bangka

d)

Palembang

31.

Apakah tarikh batu bersurat talang tuwo?

a)

683 masihi

b)

686 masihi

c)

684 masihi

d)

692 masihi

32.

Talang tuwo terletak di...

a)

Sungai makuau

b)

Bukit siguntang

c)

Pulau bangka

d)

Palembang

33.

Apakah tarikh bagi batu bersurat kota kapur dan karang brahi?


i. 683 masihi

ii. 686 masihi

iii. 2001 masihi

iv. 692 masihi

a)

i dan iii

b)

i dan ii

c)

ii dan iv

d)

iv dan ii

34.

Apakah jenis batu bersurat lain yang dijumpai pada zaman sriwijaya

a)

Gandasuli

b)

Talang tuwo

c)

Kedukan bukit

d)

Kota kapur

35.

Berikut merupakan isi kandungan untuk batu bersurat ...


"Raja jayanash membina taman bunga dan berjanji untuk membahagiakan semua makhluk. Doa agar rakyat beroleh hasil daripada tanaman dan ternakan"

a)

Talang tuwo

b)

Kedukan bukit

c)

Gandasuli

d)

Karang brahi

36.

Apakah jenis tulisan yang di gunakan pada batu bersurat kota kapur?

a)

Jawi

b)

Palava

c)

Sanskrit

d)

Nagiri