WorksheetsUlangkaji Ting 1 : Ilmu & Maruah Diri
Total questions: 25
Worksheet time: 9mins
Ilmu ibarat ________ yang menyuluh kehidupan.
lampu
cahaya
tongkat
cermin mata
Umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu fardhu 'ain sebagai asas untuk menjalani kehidupan berlandaskan syariat. Pilih dua contoh ilmu fardhu 'ain yang betul.
ekonomi
tauhid
sains
akhlak
Apakah tujuan mempelajari ilmu fardhu kifayah?
menjalani kehidupan berlandaskan syariat
meningkatkan keteguhan iman
memelihara kemaslahatan umat Islam
menambah kelebihan pada diri sendiri
- tidak malu bertanya
- memuliakan dan menghormati guru
- beramal dengan ilmu yang dipelajari
Pernyataan di atas merujuk kepada _______ ?
Kewajipan menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
Kepentingan beradab ketika menuntut ilmu
Kelebihan orang yang berilmu
Berikut merupakan adab menuntut ilmu, kecuali ______
mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
memohon doa dan keredhaan daripada ibubapa
menjauhi maksiat dan kemungkaran
niat menuntut ilmu ikhlas kerana ibu
Berikut merupakan kepentingan beradab ketika menuntut ilmu, kecuali ______
mudah melakukan kebaikan dan ketaatan
hidup menjadi huru-hara
berjaya dalam hidup
mendapat ganjaran pahala
Pilih dua akibat tidak beradab ketika menuntut ilmu.
mudah terpengaruh dengan perkara negatif
ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan Allah
susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
ilmu yang dipelajari membawa kebaikan kepada diri
Antara berikut, yang manakah bukan kelebihan orang yang berilmu?
menjadi contoh teladan dalam masyarakat
rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT
dipermudahkan baginya jalan ke syurga
Allah SWT meninggikan darjat orang yang berilmu
Apakah hukum menuntut ilmu agama?
wajib
sunat
harus
makruh
Maksud menjaga maruah ialah usaha memelihara diri daripada _____________ dan perkara yang boleh mencemarkan _______ diri, keluarga dan masyarakat.
melakukan suruhan Allah SWT, nama baik
melakukan perkara berfaedah , kehormatan
melakukan larangan Allah SWT , kehormatan
melakukan maksiat, nama baik
Apakah hukum menjaga maruah diri?
wajib
sunat
harus
makruh
Kata-kata Saidina Umar bin al-Khattb yang bermaksud : " kemuliaan seorang mukmin terletak pada ketakwaannya, agama pada nilai dirinya dan maruah pada _____ ."
agamanya
akhlaknya
hartanya
ilmunya
Maksud transeksual : lelaki atau perempuan yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi.
Menurut satu hadith Rasulullah SAW, apakah kesan buruk terhadap golongan tersebut?
memiliki peribadi yang kasar
dilaknat oleh Rasulullah SAW
terdedah kepada unsur-unsur negatif
tidak mendapat ketenangan hidup di dunia
Antara berikut, pilih dua cara menjaga maruah diri dari aspek pakaian yang betul.
kemas dan bersih
mencolok mata
menyerupai pakaian agama lain
menutup aurat
Berikut merupakan cara menjaga maruah diri dari aspek percakapan yang betul, kecuali _____
tidak memungkiri janji
bermanis muka ketika bercakap
mengadu domba
bercakap perkara yang berfaedah
Pilih dua cara menjaga maruah diri dari aspek tingkah laku yang betul.
mematuhi adab dan undang-undang jalan raya
membuang sampah merata-rata
vandalisme
menggunakan media sosial dengan berhemah
1.Menundukkan pandangan
2.Menahan diri daripada menyakiti orang lain
3.Menjawab salam
4.Menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran
Perkara-perkara di atas merujuk kepada __
hak diri
hak jalan
hak rakan
hak keluarga
Perkara di bawah merujuk kepada akibat tidak menjaga maruah diri, kecuali ____
jiwa tidak tenang
disayangi Allah SWT
mendapat azab di akhirat
dibenci oleh masyarakat
Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :
Alia memakai baju berlengan pendek yang ketat dan berkongsi gambarnya itu di 'instagram' miliknya.
wajib
haram
Nyatakan pandangan anda bagi situasi di bawah :
Yana menulis di status 'whatsapp' nya tentang guru yang dia tidak suka dan menggunakan perkataan yang tidak elok.
Yana seorang yang bermaruah
Yana tiada maruah dari aspek tingkah laku
Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :
Zikri sering berkata-kata lucah dan mencarut apabila dia tidak puas hati pada gurunya.
wajib
haram
makruh
Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :
Aqil adalah seorang murid lelaki. Namun, dia suka memakai baju kurung dan jubah kakaknya, malah dia bermekap seperti seorang perempuan.
wajib
haram
makruh
Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :
Suraya membela seekor kucing. Dia memastikan makanan dan air kucingnya sentiasa cukup. Malah dia akan membawa kucingnya ke klinik haiwan sekiranya kucingnya itu sakit.
wajib
makruh
harus
Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :
Mia sentiasa menjaga batas pergaulannya dengan kawan lelaki. Contohnya, Mia tidak bergurau senda keterlaluan dengan kawan lelakinya, dia juga tidak akan duduk dekat dengan kawan lelakinya untuk mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak baik.
wajib
haram
makruh
Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :
Maisarah memakai 'skirt' panjang sampai buku lali, baju berlengan panjang, tudung labuh menutup dada dan stokin melebihi atas buku lali.
wajib
makruh
harus
haram
