wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB1:WARISAN NEGARA BANGSA

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu kecuali

a)

Raja

b)

Rakyat

c)

Wilayah pengaruh

d)

Hamba

2.

Apakah tujuan rakyat Kerjaan Srivijaya menjalankan upacara persetiaan dan meminum air sumpah?

a)

Menghormati raja

b)

Melahirkan kesyukuran

c)

Membuktikan kesetiaan

d)

Mematuhi undang-undang

3.

Apakah asas yang membolehkan Srivijaya muncul sebagai empayar yang terkenal?

a)

Ciri negara bangsa

b)

Kekayaan hasil bumi

c)

Kebijaksanaan pemerintah

d)

Pusat pengembangan agama

4.

Bagaimanakah pemerintahan beraja KMM diperkukuhkan?

a)

Kesetiaan rakyat

b)

Undang-undang bertulis

c)

Lambang kebesaran raja

d)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

5.

Apakah persamaan dalam peranan kerajaan kerajaan Alam Melayu yang berikut?


  1. Funan
  2. Champa
  3. Kedah Tua
a)

Mengasaskan Kerajaan Islam

b)

Menentang kuasa barat

c)

Mewariskan ciri negara bangsa

d)

Mewarisi sistem pemerintahan Melaka

6.

Senarai berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa bangsa kerajaan Alam Melayu


# Raja

# Undang-undang

# Wilayah pengaruh

# rakyat


Apakah fungsi Raja dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Tonggak kerajaan

b)

Pengasas kerajaan

c)

Penyebar tamadun

d)

Kesetiaan rakyat

7.

Kesultanan Johor-Riau meneruskan usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh KMM. Bagaimanakah usaha tersebut dilakukan?

a)

Mengukuhkan ekonomi

b)

Menekankan kepentingan Islam

c)

Memajukan kegiatan persuratan

d)

Menjalinkan hubungan diplomatik

8.

Apakah peranan golongan rakyat?

i. Taat setia kepada sultan

ii. Kukuhkan ekonomi

iii. Menjalankan pentadbiran

iv.Mematuhi undang-undang

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Selainkan melaksanakan penaklukan, apakah strategi perluasan empayar Melaka?

i. Naungan

ii. Perjanjian

iii. Kerjasama

iv. Perkahwinan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

10.

Maklumat berikut menjelaskan maksud kedaulatan.


"Lambang kekuasaan tertinggi sultan"


Apakah kepentingan konsep tersebut dalam perkembangan KMM?

a)

Menjamin pentadbiran yang cekap

b)

Perlaksanaan undang-undang yang adil

c)

Ikatan pemerintah dengan yang diperintah

d)

Hak mutlak sultan mengawal rakyat dan wilayah

11.

Apakah kesan pelaksanaan undang-undang berikut kepada KMM?


  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-Undang Laut Melaka
a)

Kedudukan raja bertambah kukuh

b)

Hak rakyat mendapat perlindungan

c)

Melaka muncul sebagai kerajaan unggul

d)

Melaka menjalinkan hubungan dengan China

12.

Apakah kepentingan lambang berikut?


  • Adat istiadat
  • Nobat
  • Cap Mohor


i. identiti kerajaan

ii. Keistimewaan sultan

iii. Lambang kemakmuran

iv. Kesetiaan golongan rakyat

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

13.

Apakah peranan Bendahara dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan?


i. Ketua pentadbir

ii. Penasihat sultan

iii.Ketua protokol istana

iv. Panglima angkatan laut

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

14.

Senarai berikut berkaitan dengan bukti keunggulan KMM.


  • Sistem pentadbiran cekap
  • Undang-undang tersusun


Apakah kesan yang dibawa oleh keunggulan tersebut?

a)

Pengukuhan ekonomi

b)

Kemasyuran kerajaan

c)

Peluasan jajahan takluk

d)

Kelahiran idea negara bangsa

15.

Apakah tugas Temenggung dalam KMM?

a)

Menjadi duta

b)

Menjadi ketua hakim

c)

Mengetuai Angkatan Tentera Laut

d)

Menjaga keselamatan kota Melaka

16.

Undang-Undang Laut Melaka menyatakan keperluan melaksanakan percukaian yang sistematik dan adil.


Apakah kepentingan peruntukan tersebut pada kerajaan Melaka?

a)

Mewujudkan keharmonian

b)

Mengurangkan kadar jenayah

c)

Menjamin kemakmuran

d)

Mematuhi arahan nakhoda

17.

Selain menjelaskan peranan nahkoda, apakah kepentingan Undang-Undang Laut Melaka kepada ahli pelayaran?

a)

Hukuman jenayah

b)

Peranan pembesar

c)

Tatacara pelayaran

d)

Peraturan dalam urus niaga

18.

Dalam Kesultanan Melayu Melaka, hubungan antara pemerintah dan rakyat dikaitkan melalui konsep.

a)

Daulat

b)

Wadah

c)

Naungan

d)

Negara Bangsa

19.

Tulah amat ditakuti oleh rakyat Melaka. Bagaimanakah mereka dapat menghindarkan diri daripada ditimpa tulah?

a)

Memelihara keamanan

b)

Tidak menghormati raja

c)

Mengeratkan perpaduan rakyat

d)

Tidak derhaka kepada raja

20.

Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat penting dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Melahirkan identiti

b)

Mengukuhkan ekonomi

c)

Menjamin kesejahteraan

d)

Melaksanakan undang-undang adil