wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kimia Tingkatan 4 - Garam

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

GARAM ialah suatu sebatian yang terbentuk apabila ION HIDROGEN daripada ASID digantikan dengan ION _________________ atau ION ___________________.

a)

logam, ammonium

b)

karbonat, nitrat

c)

hidroksida, manganat (VII)

d)

klorida, iodida

2.

Garam (a)   ialah garam yang larut di dalam air pada suhu bilik.

3.

Garam (a)   ialah garam yang tidak larut di dalam air pada suhu bilik.

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam tak terlarutkan?


(Anda boleh tick lebih daripada 1 jawapan)

a)

Argentum klorida

b)

Plumbum(II) klorida

c)

Natrium nitrat

d)

Kalsium sulfat

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam tak terlarutkan?

a)

Barium sulfat

b)

Natrium karbonat

c)

Kalsium klorida

d)

Ammonium karbonat

6.

Rajah menunjukkan susunan radas bagi pemanasan Garam X. Apabila X dipanaskan, baki yang terhasil berwarna perang apabila panas dan bertukar menjadi kuning apabila sejuk. Apakah X?

a)

Plumbum(II) karbonat

b)

Zink karbonat

c)

Kuprum(II) nitrat

d)

Zink oksida

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam terlarutkan?

a)

Barium sulfat

b)

Kalsium sulfat

c)

Kalsium klorida

d)

Argentum klorida

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan garam terlarutkan?

a)

Barium sulfat

b)

Kalsium sulfat

c)

Kalsium klorida

d)

Argentum klorida

9.

Garam tak terlarutkan disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak balas (a)   .

10.

Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR ?

a)

Semua garam karbonat larut dalam air

b)

Semua garam klorida larut dalam air

c)

Semua garam nitrat larut dalam air

d)

Semua garam sulfat larut dalam air

11.

Rajah menunjukkan penyediaan larutan garam melibatkan tindak balas Bahan X dengan asid sulfurik cair. Bahan X ialah ____________________.

a)

Ammonia

b)

Kuprum(II) karbonat

c)

Hidrogen klorida

d)

Natrium klorida

12.

Ketulan kalsium bertindak balas dengan air suling seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Larutan yang diperolehi boleh dineutralkan dengan menambah ___________________.

a)

larutan ammonia

b)

magnesium

c)

ferum(II) hidroksida

d)

asid hidroklorik

13.

Seorang pelajar ingin menyediakan sejenis garam dengan mengalirkan Gas X ke dalam larutan ammonia seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Gas X ialah _________________.

a)

hidrogen

b)

nitrogen

c)

karbon monoksida

d)

sulfur trioksida

14.

Antara larutan akueus yang berikut, yang manakah akan menghasilkan mendakan hijau apabila ditambah ke dalam larutan natrium karbonat?


(Anda boleh tick lebih daripada 1 jawapan)

a)

Ferum(II) nitrat

b)

Kromium(III) etanoat

c)

Magnesium klorida

d)

Zink sulfat

15.

Rajah menunjukkan ujian bagi menguji kehadiran sejenis gas.

Pemerhatian yang diperoleh ialah:

i) kertas litmus biru menjadi merah

ii) gas berwarna perang terbebas

Gas yang terbebas ialah__________________.

a)

nitrogen dioksida

b)

hidrogen klorida

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

16.

Antara yang berikut, yang manakah adalah satu garam terlarutkan

a)

Ferum(II) Klorida

b)

Argentum Klorida

c)

Kalsium Sulfat

d)

Plumbum (II) Sulfat

17.

Pemanasan oksida P menghasilkan suatu hasil tindak balas yang bewarna perang semasa panas dan bewarna kuning semasa sejuk

a)

Plumbum

b)

Magnesium

c)

Argentum

d)

Zink

18.

Pernyataan manakah yang betul tentang garam

a)

Garam ialah sebatian ion yang terhasil apabila ion H+ daripada suatu asid digantikan dengan ion logam

b)

Garam ialah sebatian ion yang terhasil apabila ion H+ daripada suatu bes digantikan dengan ion logam

c)

Garam ialah sebatian kovalen yang terhasil apabila ion H+ daripada suatu asid digantikan dengan ion logam

d)

Garam ialah sebatian kovalen yang terhasil apabila ion OH- daripada suatu bes digantikan dengan ion logam

19.

Plumbum (II) Klorida dapat disediakan dengan mencampurkan

a)

Plumbum (II) Sulfat kepada asid hidroklorik

b)

Plumbum(II) oksida kepada asid hidroklorik

c)

Plumbum(II) Karbonat kepada asid hidroklorik

d)

Larutan plumbum (II) nitrat kepada asid hidroklorik

20.

Pasangan bahan kimia yang manakah antara berikut paling sesuai digunakan untuk menyediakan barium sulfat dalam makmal?

a)

Barium klorida dan plumbum(II) sulfat

b)

Barium nitrat dan asid sulfurik cair

c)

Barium kromat(II) dan larutan kalium sulfat

d)

Barium karbonat dan asid sulfurik cair

21.

Antara berikut, yang manakah kaedah yang paling baik untuk menyediakan natrium Sulfat?

a)

Menambahkan natrium hidroksida kepada asid sulfurik cair

b)

Menambahkan logam natrium kepada asid sulfurik cair

c)

Menambahkan larutan natrium nitrat kepada larutan zink sulfat

d)

Menambahkan natrium karbonat kepada asid sulfurik

22.

Suatu larutan X ditambah kepada plumbum(II) nitrat dan mendakan putih dihasilkan. Larutan X mungkin

a)

Asid sulfurik

b)

Asid hidroklorik

c)

Kalium iodida

d)

Barium nitrat

23.
Yang manakah sesuai untuk menyediakan garam zink nitrat?
a)
zink dan asid sulfurik
b)
zink oksida dan asid nitrik
c)
zink dengan larutan argentum nitrat
d)
zink klorida dan asid nitrik
24.

Persamaan berikut menunjukkan tindak balas untuk mendapatkan garam sulfat terlarutkan.

H2SO4 + Y → garam sulfat + H2O

Apakah Y?

a)

Kalsium oksida

b)

Barium hidroksida

c)

Kalium hidroksida

d)

Plumbum (II) oksida

25.
Namakan asid yang menghasilkan garam kalium klorida.
a)
asid hidroklorik
b)
asid sulfurik
c)
asid nitrik
d)
asid fosforik
26.
Apakah hasil bagi tindak balas di bawah?
MgCO3 dicampurkan dengan HNO3 menghasilkan Mg(NO3) dan .....
a)
gas hidrogen dan air
b)
gas karbon dioksida sahaja
c)
gas karbon dioksida dan air
d)
air sahaja
27.
Garam yang manakah larut dalam air?
a)
Kuprum (II) klorida
b)
Plumbum (II) iodida
c)
Argentum klorida
d)
Merkuri (I) klorida
28.

Berikut ialah kaedah penyediaan garam terlarutkan kecuali?

a)

Tindak balas asid dengan alkali

b)

Penitratan

c)

Pemendakan

d)

Penambahan dengan logam, logam oksida dan logam karbonat secara berlebihan dengan asid

29.

Semua garam di bawah adalah larut kecuali

a)

Na2SO4

b)

KNO3

c)

(NH4)CO3

d)

CaSO4

30.

Pemanasan oksida P menghasilkan suatu hasil tindak balas yang bewarna perang semasa panas dan bewarna kuning semasa sejuk

a)

Plumbum

b)

Magnesium

c)

Argentum

d)

Zink