WorksheetsTatabahasa Modul 1
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Guru besar : Yang Berhormat Dato’ Azhar Jamaluddin akan merasmikan temasya sukan pagi esok.
Penolong kanan : ______________ dijangkakan sampai di sekolah kita pukul _________________?
Kami ... apakah
Beliau ... berapa
Awak ... siapakah
Mereka ... bagaimana
Roslan dan kawan-kawannya berasa takut untuk mandi di sungai itu kerana arusnya sangat _________ dan berbahaya.
laju
kuat
deras
pantas
Orang ramai_______ di Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan persembahan istimewa artis tersohor Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
bertarik-tarik
bersesak-sesak
berlumba-lumba
berlonggok-longgok
Jalan raya ke kampung halaman saya memang ___________ serta menyukarkan orang ramai yang ingin ke sana.
beralun
berbeza
berlecah
berombak
Guru besar selalu berpesan, “Amalan menabung harus dipupuk ____________ diri murid-murid _____________ kecil lagi.”
di ... dari
ke ... daripada
dalam ... sejak
pada ... daripada
Semua pegawai dan staf sokongan ______________ bekerjasama supaya Program Kayuhan Amal yang dirancang berjalan dengan lancar.
akan
telah
mesti
mahu
Pemuda itu berjalan ke pondok hentian bas sambil ______________ beg yang besar kerana dia hendak melancong ke Pulau Langkawi.
menggalas
menjinjing
membimbit
menjunjung
Yang Berhormat Ahmad Faizal Azumu _____________ atas perkenan Sultan Perak untuk beliau terus melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar negeri Perak.
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung kasih
memohon perkenan
Se_____________ anggota bomba dari Balai Bomba Bagan Datuk telah bergegas ke Kampung Tiang Darat untuk memadamkan kebakaran kebun kelapa.
orang
pasukan
gugusan
gerombolan
"Sementara masih bekerja, simpanlah sebahagian gaji kamu itu untuk masa tua,” pesan Haji Ramli kepada anak-anaknya.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Gejala vandalisme dalam kalangan murid-murid di negara Malaysia semakin menjadi-jadi dan harus dibendung segera.
Pilih perkataan sinonim bagi dibendung.
diatasi
disiasat
dipulihkan
ditamatkan
Sungai berdekatan kilang itu tercemar akibat pembuangan sisa toksik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pilih perkataan antonim bagi tidak bertanggungjawab.
amanah
prihatin
toleransi
berhemah
Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kata Salimah kepada Badariah, “Ya, novel yang berharga dua puluh ringgit itu saya sudah berikan kepada Fitri.”
Benarkah novel yang berharga RM20.00 itu awak telah berikan kepada Fitri?
Siapakah yang telah memberikan novel yang berharga RM20.00 itu kepada Fitri?
Mengapakah novel yang berharga RM20.00 itu awak sudah berikan kepada Fitri?
Adakah kamu sudah membelikan novel yang berharga RM20.00 itu kepada Fitri?
Pilih ayat yang betul.
Mangsa kemalangan yang dibawa ke hospital itu tinggal bergadai nyawa.
Nurul Arisha menerima sejambak bunga-bungaan segar daripada tunangnya.
Buku atur cara temasya sukan yang berwarna unggu itu ialah untuk tetamu khas.
Rancangan berbalas pantun itu telah dirakamkan di Konti Mini Perak FM semalam.
Pilih ayat yang betul.
I. Di antara acara permainan yang akan dipertandingkan ialah catur dan sahibba.
II. Mural pada dinding bangunan sekolah kluster itu dipenuhi dengan mutiara kata.
III. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi perkhemahan unit beruniform itu.
IV. Semua peserta pertandingan bicara berirama itu akan memperolehi sijil penyertaan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kata Cikgu Wafdi kepada Cikgu Zaleha, “Saya akan ambil tindakan terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah sebentar lagi.”
Murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah akan dikenakan tindakan sebentar lagi oleh Cikgu Wafdi.
Sebentar lagi Cikgu Wafdi dan Cikgu Zaleha akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah.
Cikgu Wafdi mengingatkan Cikgu Zaleha supaya mengambil tindakan terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah selepas ini.
Cikgu Wafdi memberi jaminan kepada Cikgu Zaleha bahawa beliau akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah sekejap lagi.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (lebih dari satu jawapan yang betul)
Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.
Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampungnya.
Penulis itu berjaya merebut hati para pembaca dengan gaya bahasanya yang indah.
Asri ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenangi dahulu.
Pengawas sekolah yang dilantik telah berjanji akan menjalankan tugas dengan dedikasi.
Pilih perkataan sinonim bagi berjanji.
berbohong
berkata
berikrar
bertegas
Air yang bertakung merupakan tempat yang paling sesuai untuk nyamuk aedes bertelur.
Pilih perkataan sinonim bagi bertakung.
mengalir
bergenang
berlalu
berkembang
Swee Mei _________ menjawab soalan Peperiksaan Awal Tahun Bahasa Melayu Penulisan itu kerana masanya hampir tamat.
haru-biru
gundah-gulana
resah-gelisah
kelam-kabut
