wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ingat semula

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang akan berlaku jika daun-daun pokok itu disentuh dengan jari?

a)

Daun-daun pokok ini akan gugur

b)

Daun-daun pokok ini akan menjadi kering

c)

Daun-daun pokok ini akan menguncup

d)

Daun-daun pokok ini akan mengeluarkan bau busuk

2.

Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?

a)

Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.

b)

Tumbuhan tidak mempunyai kaki.

c)

Tumbuhan tidak membiak.

d)

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

3.
Mengapakah proses fotosintesis penting bagi manusia dan haiwan?
Why is photosynthesis important to humans and animals?
a)
Menghasilkan karbon dioksida yang diperlukan oleh haiwan untuk  pernafasan.  
Produces carbon dioxide which is required by animals for breathing
b)
Menghasilkan sumber air.    
Produces sources of water
c)
Membebaskan oksigen untuk pernafasan    
Releases oxygen which is required for breathing
d)
Menyerap cahaya matahari    
Absorb sunlight
4.

Yang manakah kegigian haiwan karnivor?

a)
b)
c)
5.

Berudu mempunyai organ pernafasan yang berbeza dengan induknya, katak. Berudu hidup di dalam air dan bernafas melalui...

a)

Kulit lembab

b)

Spirakel

c)

Peparu

d)

Insang

6.

Haiwan manakah yang boleh bernafas melalui kulit lembab dan peparu ?

a)
b)
c)
d)
7.

Bagaimanakah cara penyu melindungi telurnya?

a)

bertelur dengan banyak dan menimbuskannya dengan pasir

b)

bertelur banyak di dalam air

c)

bertelur banyak dan mengeramkan telurnya

d)

bertelur banyak dan menyeliputi lendir busuk pada telurnya

8.

Bagaimanakah cara pembiakan haiwan ini?

a)

Bertelur

b)

Melahirkan anak

9.

Vertebrata adalah haiwan yang mempunyai

a)

tulang belakang

b)

nyawa

c)

kaki

d)

mata

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?

a)

Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.

b)

Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.

c)

Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan

d)

Tahap kepanasan sesuatu bahan.

11.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

12.

Rajah menunjukkan gelas A dan B yang sukar dipisahkan. Ahmad meletakkan beberapa ketul ais ke dalam gelas A dan dapat memisahkan kedua-dua gelas selepas beberapa minit. Apakah inferens yang menjelaskan situasi ini?

a)

Gelas A mengecut apabila disejukkan dengan ais.

b)

Gelas A mengembang apabila disejukkan dengan ais.

c)

Kedua-dua gelas A dan B mengecut.

d)

Kedua-dua gelas A dan b mengembang.

13.
Apakah maksud tenaga ?
a)
Keupayaan melakukan kerja
b)
kebolehan melakukan kerja
c)
Kelebihan melakukan kerja
d)
Kepentingan melakukan kerja
14.
Apakah tenaga yang terhasil berdasarkan gambar rajah ?
a)
Tenaga Kimia
b)
Tenaga kinetik
c)
Tenaga Keupayaan
d)
Tenaga elektrik
15.

Apakah yang dimaksudkan dengan litar elektrik lengkap?

a)

Litar yang menyimpan arus elektrik dengan banyak

b)

Litar yang menghalang arus elektrik melaluinya

c)

Litar yang boleh mengalirkan arus elektrik

d)

Litar yang tidak dapat menyalakan mentol

16.

Litar manakah yang akan menyalakan mentol paling cerah?

a)
b)
c)
d)
17.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili komponen elektrik tersebut?

a)
b)
c)
d)
18.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang sifat cahaya di atas?

a)

Cahaya bergerak lurus

b)

Cahaya boleh dibiaskan

c)

Cahaya boleh diserakkan

d)

Cahaya boleh dipantulkan

19.

Mengapakah pensel kelihatan bengkok?

a)

Cahaya menembusi air

b)

Cahaya boleh dibengkok

c)

Cahaya bergerak lurus

d)

Cahaya dibiaskan

20.

Faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah


i. saiz objek

ii. kedudukan sumber cahaya

iii. kedudukan objek

iv. orientasi objek

a)

i dan iii

b)

i dan ii

c)

ii dan iv

d)

ii dan iiii

21.
Apakah yang dimaksudkan dengan jirim?
a)
Jirim ialah bahan yang mempunyai jisim.
b)
Jirim ialah objek yang mempunyai jisim, mmenuhi ruang dan boleh dilihat.
c)
Jirim ialah objek yang memenuhi ruang yang diisi.
d)
Jirim ialah pepejal 
22.
Embun yang terbentuk dihujung rumput pada setiap pagi adalah hasil daripada proses....
a)
Peleburan
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Kondensasi
23.
Embun yang terbentuk dihujung rumput pada setiap pagi adalah hasil daripada proses....
a)
Peleburan
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Kondensasi
24.

Graviti bumi ialah daya yang menarik semua objek ke arah Bumi

a)

Betul

b)

Salah

25.

Masa yang diambil oleh Bumi untuk membuat peredaran lengkap mengelilingi Matahari adalah selama 365 1/4 hari atau satu tahun.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Sebahagian besar permukaan bumi dilitupi oleh _____ yang bersifat air yang masin.

a)

laut

b)

sungai

27.
Kesan putaran Bumi pada paksinya ialah ............................................ 
a)
Perubahan kedudukan bangunan
b)
Perubahan keadaan cuaca dan angin
c)
Perubahan panjang dan kedudukan bayang-bayang
d)
Perubahan emosi dan tingkahlaku manusia
28.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

29.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

30.

Apakah maksud kestabilan?

a)

Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya

b)

Struktur yang kuat binaannya

c)

Struktur yang tidak berubah bentuk apabila dikenakan daya

31.

Mengapakah zirafah mengangkangkan kakinya apabila minum?

a)

Untuk mengurangkan berat badannya

b)

Untuk meningkatkan kestabilannya

c)

Untuk memastikan kuantiti air yang diminum adalah banyak

d)

Untuk mengelakkan kakinya daripada patah

32.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan amalan penggunaan bahan lestari?

a)

Meneroka sumber bahan yang baru

b)

Mengitar semula bahan

c)

Mencari bahan yang mahal harganya

d)

Menggunakan bahan yang tidak kukuh

33.

Bagaimana ingin mengetahui bahawa sesuatu objek itu berkarat?

a)

Terdapat lapisan berwarna coklat-coklat taik lembu

b)

Terdapat lapisan berwarna perang kemerah-merahan

c)

Terdapat lapisan berwarna biru kebiruan

d)

Terdapat lapisan berwarna kehitaman

34.

Rajah menunjukkan baju hujan. Sumber asas bahan untuk membuat baju hujan ialah....

a)
b)
c)
d)
35.

Apabila bahan P dan Q dikeluarkan daripada air, di dapati bahan P basah manakala bahan Q tidak basah. Apakah ciri fizikal yang dikaji dalam aktiviti ini?

a)

Kebolehan terapung dalam air

b)

Keupayaan menyerap air

c)

Kekenyalan

d)

kebolehan penembusan cahaya

36.

Sifat bahan berasid, beralkali atau neutral boleh diuji menggunakan .......................

a)

kertas litmus

b)

kertas biasa

37.

Warna kertas litmus akan berubah dari biru kepada merah. Perubahan ini menunjukkan ?

a)

bahan berasid

b)

bahan beralkali

c)

bahan neutral

38.

Bentuk tenaga yang terhasil apabila televisyen dihidupkan adalah......

a)

tenaga bunyi + tenaga cahaya

b)

tenaga elektrik + tenaga cahaya

c)

tenaga bunyi + tenaga cahaya

39.

Antara yang berikut, yang manakah biji benihnya dipencarkan oleh angin?

a)
b)
c)
d)
40.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses pencaran?

a)

Pengekalan spesies tumbuhan

b)

Hubungan makanan antara tumbuhan

c)

Saling bergantung antara hidupan

d)

Cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya