wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan

Total questions: 25

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

________ peraduan diadakan bersempena menyambut Bulan Kemerdekaan.

a)

Pelbagai

b)

Berbagai

c)

Separuh

d)

Beribu

2.

Cikgu Siti sentiasa mengingatkan _________ muridnya supaya rajin mengulangkaji pelajaran di rumah.

a)

tiap

b)

setiap

c)

kedua

d)

setengah

3.

Adik menikmati beberapa ___________ durian dengan berselera sekali.

a)

ulas

b)

ruas

c)

batang

d)

tangkai

4.

Encik Lim mengikat kerusi rotan yang rosak itu dengan ________ rotan.

a)

sepotong

b)

seketul

c)

seurat

d)

seulas

5.

Dua ______ rumah kedai di kawasan pekan tersebut telah hangus dijilat api dalam satu kebakaran lewat malam tadi.

a)

biji

b)

deret

c)

bidang

d)

rumpun

6.

__________ orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang melanda pada tengah malam tadi.

a)

Ratus

b)

Beratus

c)

Ratus-ratus

d)

Beratus-ratus

7.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Para pelajar-pelajar

b)

Para pelajar

8.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Sesetengah baju

b)

Setengah-tengah baju

9.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Semua orang guru

b)

Semua guru

10.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Kedua orang anak

b)

Kedua-dua orang anak

11.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Beberapa ekor kucing

b)

Berapa-berapa ekor kucing

12.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Semua dokumen

b)

Semua dokumen-dokumen

13.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Berbagai jenis

b)

Berbagai-bagai jenis

14.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Tiap hari ke sekolah

b)

Tiap-tiap hari ke sekolah

15.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Bertahun-tahun lamanya

b)

Bertahun lamanya

16.

Tandakan penggunaan kata bilangan yang betul

a)

Lima buah rumah-rumah

b)

Lima buah rumah

17.

Tulis jawapan yang betul:

Perselisihan faham antara Ali dengan Abu tidak akan berlaku sekiranya (kedua-dua, berdua-dua) pihak bertolak ansur.

(a)  

18.

Tulis jawapan yang betul:

Kerajaan telah menjalankan (pelbagai-bagai, berbagai-bagai) kempen bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan tempatan.

(a)  

19.

Tulis jawapan yang betul:

Ceramah itu akan diadakan selama (satu jam setengah, satu setengah jam).

(a)  

20.

Tulis jawapan yang betul:

Lisa membantu neneknya menjual kuih di gerainya pada (tiap, setiap) hari minggu.

(a)  

21.

Tulis jawapan yang betul:

(Keempat, Keempat-empat) orang calon temu duga itu berkumpul di bilik temu duga seawal pukul 8.00 pagi lagi.

(a)  

22.

Tulis jawapan yang betul:

Raju mendapat tempat (tiga, ketiga) dalam pertandingan memancing anjuran Kelab Rakan Muda itu.

(a)  

23.

Tulis jawapan yang betul:

(Semua, semua-semua) murid diwajibkan hadir semasa aktiviti kokurikulum diadakan.

(a)  

24.

Tulis jawapan yang betul:

(Para, Para-para) ibu bapa dikehendaki masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat ringkas.

(a)  

25.

Tulis jawapan yang betul:

Hampir (setengah, sesetengah) daripada pekerja di syarikat itu berbangsa Melayu.

(a)