wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 5

Total questions: 21

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Pilih 3 kenyataan yang betul tentang Institusi Raja di Malaysia.

a)

Ia merupakan salah satu elemen penting dalam pentadbiran negara.

b)

Ia merupakan suatu institusi yang ketinggalan zaman dan tidak dipraktikkan di negara kita.

c)

Ia merupakan warisan turun-temurun yang telah menjadi identiti negara kita.

d)

Ia perlu dihormati oleh semua warganegara Malaysia.

2.

Individu ini merupakan Ketua bagi negara dan menduduki tempat tertinggi dalam tampuk pemerintahan negara. Siapakah individu ini?

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Pengerusi

3.

Tanggungjawab kerajaan ialah _______________. Pilih lebih dari satu jawapan.

a)

menggubal dan melaksanakan dasar negara

b)

memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat

c)

menentukan hala tuju negara

d)

membuat keputusan yang tepat bagi kesejahteraan rakyat

4.

Kuasa dan peranan Sultan di negara kita telah mengalami beberapa perubahan akibat _______________.

a)

pemberontakan di kalangan keluarga diraja

b)

kelemahan peribadi Sultan itu sendiri

c)

campur tangan penjajahan dan pengaruh luar

5.

Institusi Raja yang diamalkan di negara kita telah mengalami 3 bentuk perubahan. Perubahan tersebut ialah __________ .

a)

sistem pemerintahan pada zaman kerajaan Melayu Awal

b)

sistem pemerintahan pada masa kini

c)

sistem pentadbiran semasa pemerintahan British

d)

sistem pemerintahan semasa perang Jepun

6.
  1. Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan.
  2. Sultan berkuasa mutlak.
  3. Semua keputusan pentadbiran terletak di tangan Sultan.


Apakah jenis sistem pemerintahan ini?

a)

sistem pemerintahan pada zaman kerajaan Melayu Awal.

b)

sistem pentadbiran semasa pemerintahan British.

c)

sistem pemerintahan pada masa kini.

7.

Antara berikut yang manakah bukan ciri sistem pemerintahan Sultan di bawah pentadbiran British?

a)

Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran negara.

b)

Sultan berperanan sebagai ketua negeri.

c)

Sultan merupakan Ketua agama Islam dan Ketua adat-istiadat dalam negeri sendiri..

8.

Bilakah jawatan Yang di-Pertuan Agong diperkenalkan?

a)

Semasa pentadbiran kerajaan British di Malaysia.

b)

Semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

c)

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

9.

Jawatan apakah di dalam sistem pentadbiran negara yang dipilih melalui proses pilihanraya?

a)

Perdana Menteri

b)

Presiden Negara

c)

Yang di-Pertuan Agong

10.

Siapakah yang mengurus pentadbiran negeri di Malaysia?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Sultan

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri

11.

____________________ melambangkan kekuasaan raja terhadap kerajaan dan segala jajahan takluknya.

a)

Derhaka

b)

Dirgahayu

c)

Daulat

12.

Raja hanya akan dianggap berdaulat selepas ditabalkan dalam istiadat pertabalan rasmi.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Rakyat yang ingkar kepada perintah dan arahan raja dianggap ___________________.

a)

daulat

b)

derhaka

c)

dirgahayu

14.

Apakah yang dimaksudkan oleh konsep Waadat? Pilih lebih daripada 1 pernyataan.

a)

Raja memerintah secara adil dan saksama.

b)

Rakyat memberi kesetiaan kepada raja.

c)

Rakyat tidak diberi kebebasan bersuara.

d)

Raja berhak digulingkan jika berlaku zalim.

15.

Berapa buah negeri di Malaysia yang masih mengamalkan institusi Raja sehingga kini?

a)

14

b)

7

c)

9

16.

Negeri manakah yang menggunakan gelaran 'Sultan' di dalam institusi Raja di Malaysia? Pilih lebih daripada 1.

a)

Kedah

b)

Negeri Sembilan

c)

Pahang

d)

Selangor

17.

Pemerintah institusi raja di negeri Perlis menggunakan gelaran _________________ ?

a)

Sultan

b)

Raja

c)

Yang di-Pertuan Besar

18.

Negeri-negeri yang tidak mengamalkan institusi raja ialah __________________. Pilih lebih daripada 1.

a)

Kedah

b)

Pulau Pinang

c)

Melaka

d)

Sabah

19.

Institusi Raja di negara kita boleh dihargai dengan cara berikut. Pilih lebih daripada 1.

a)

Menamakan bangunan dengan nama Sultan dan Permaisuri

b)

Mengisytiharkan Bandar Diraja.

c)

Mengamalkan konsep daulat dan derhaka.

d)

Menyambut Hari Keputeraan Sultan.

20.

Negara-negara di Asia yang masih mengamalkan Institusi Raja ialah______________________.

a)

Brunei, Jepun dan Thailand

b)

Malaysia, Brunei dan Filipina.

c)

Indonesia, Jepun dan Taiwan.

21.

Antara berikut, yang manakah cara kita menunjukkan kesetiaan kepada Raja?

a)

Menyambut hari keputeraan Sultan setiap tahun.

b)

Menggantung gambar Sultan di setiap rumah.

c)

Mengibarkan bendera penuh semasa berkabung atas kemangkataan sultan.