wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Air muka

a)

Perasaan seseorang

b)

Wajah atau nama yang bagus

c)

Sifat seseorang

d)

Perbuatan yang baik

2.

Bagai aur dengan tebing

a)

Seseorang yang tidak dapat dipisahkan

b)

Hubungan yang tidak dapat diputuskan

c)

Sikap membantu antara satu sama lain

d)

Pertelingkahan

3.

Berat tulang

a)

Rajin

b)

Sombong

c)

Beradab

d)

Malas

4.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

a)

Orang yang hidup susah

b)

Orang yang bercucuk tanam pada awal pagi

c)

Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja

d)

Orang yang berasa sedih

5.

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

a)

Memberikan bantuan kepada orang lain

b)

Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain

c)

Berusaha bersungguh-sungguh

d)

Membuat kebaikan kepada orang lain

6.

Pilih ayat yang salah berdasarkan peribahasa tersebut.

a)

Aimil berasa kecil hati kerana telah mendapat pujian daripada Cikgu Manan

b)

Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya

c)

Walaupun Nenek Limah bongkok udang tetapi dia masih mampu bekerja.

d)

Ali membuat latihan Fizik sambil mendengar radio ibarat sambil menyelam minum air

7.

Pilih ayat yang salah berdasarkan peribahasa tersebut.

a)

Sawah padi yang luas seperti lautan itu kepunyaan Haji Embung.

b)

Pada minggu lalu keluarganya terlibat dalam kemalangan; semlaam mereka kecurian pula. Beginilah kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.

c)

Wajah kedua-dua adik-beradik kembar itu serupa benar. Inilah yang dikatakan jauh panggang dari api

d)

Walaupun kemalangan itu sangat dahsyat, namun pemandu kereta itu masih dapat diselamatkan. Inilah yang dikatakan sebelum ajal berpantang mati.

8.

Pilih ayat yang salah berdasarkan peribahasa tersebut.

a)

Bertanyalah kepada orang yang arif tentang hokum agama ini, kerana jauhari juga yang mengenal manikam.

b)

Walaupun gadis itu daripada keluarga berdarjat, namun dia selalu beramah-ramah dengan kami. Dia tahu bahawa jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.

c)

Kita mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Bak kata orang, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

d)

Apabila saya melawat ke kawasan rekreasi yang terkenal itu, barulah saya mengetahui bahawa keadaan di situ didengar ada di pakai tidak

9.

Pilih ayat yang salah berdasarkan peribahasa tersebut.

a)

“Darah baru setampuk pinang sudah hendak menjadi penglima,” kata orang yang mengamuk itu kepada Hang Tuah.

b)

“Saya maafkan kamu. Saya pun pernah berbuat salah seperti itu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?” kata Radha.

c)

Perangai Arid memang teruk. Hanya kerana kesalahan kecil sahaja, dia sanggup menjadi kambing hitam

d)

Saya ragu-ragu akan kata-katanya yang lemak manis dia hanya bertanam tebu di bibir.

10.

Pilih ayat yang salah berdasarkan peribahasa tersebut.

a)

Walaupun Mak Lijah sudah tua, tetapi dia gemar bersolek. Inilah yang dikatakan sarang tebuan jangan dijolok.

b)

Pihak polis percaya bahawa Kmaran Cuma menjadi kambing hitam dalam kes penculikan anak hartawan itu, sedangkan penculik sebenarnya masih bebas.

c)

Tiada gunanya kamu menyesali perbuatanmu itu. Sekarang asi sudah menjadi bubur.

d)

Menyesal saya menceritakan kisah yang terkandung dalam buku itu kepadanya, kerana Dania sudah membacanya. Inilah yang dikatkan orang buta diberi bersuluh