wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 5 : Persekutuan Tanah Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dianggap sebagai satu kejayaan orang Melayu.

Antara berikut faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kecuali...

a)

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union

b)

Orang Melayu mengamalkan sikap politik sederhana

c)

UMNO dan Raja-raja Melayu tidak mendesak untuk mencapai kemerdekaan

d)

Penduduk Tanah Melayu sudah bersedia untuk berkerajaan sendiri

2.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah bertepatan dengan kehendak Piagam

Atlantik 1948 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Piagam

tersebut adalah

a)

Tdak menggalakkan penjajahan baru, tetapi negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri

b)

Tidak menggalakkan negara-negara kolonial memberi kemerdekaan negara

c)

Tidak menggalakkan negara-negara kolonial mengawal secara langsung negeri jajahan

d)

Memberi kemerdekaan dengan segera kepada tanah jajahan

3.

Berikut adalah perkara yang dituntut oleh orang Melayu semasa perbincangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kecuali

a)

Menolak semua prinsip Malayan Union

b)

Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union

c)

British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

d)

Meminta dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu

4.

Apakah sebab perundingan Persekutuan Tanah Melayu ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu?

a)

Kemerdekaan tidak akan diberikan

b)

Mahukan negara aman

c)

Tidak disertai oleh wakil orang dagang

d)

Orang dagang tiada hak keistimewaan

5.

Perlembagaan Rakyat 1947 yang dicadangkan oleh Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya meliputi perkara berikut kecuali

a)

Meneruskan konsep Melayu Raya

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu

c)

Kedudukan Singapura dalam Persekutuan

d)

Latar belakang bendera Tanah Melayu

6.

Struktur pentadbiran dalam Persekutuan 1948 telah menunjukkan bahawa

a)

Majlis Raja-raja Melayu bertanggungjawab ke atas sultan neger

b)

wujud pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri

c)

Majlis Eksekutif dan perundangan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi

d)

perlantikan Menteri Besar ditentukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British

7.

Rakyat British di bawah Persekutuan Tanah Melayu 1948 merujuk kepada mereka yang

a)

tinggal dan lahir di Singapura

b)

tinggal dan lahir di Tanah Melayu

c)

tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka

d)

tinggal dan lahir di negeri-negeri Melayu

8.

Pengenalan semula konsep Rakyat Raja dalam Persekutuan 1948 membuktikan bahawa

a)

kuasa mutlak raja-raja Melayu tidak diterima

b)

kedudukan istemewa orang Melayu tidak dilindungi

c)

Tiada perlindungan status quo negeri-negeri Melayu

d)

Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu

9.

Perjanjian bertulis antara British dengan Raja-raja Melayu dalam Persekutuan 1948 dikenali juga sebagai kontrak sosial.

Apakah kontrak sosial tersebut?

a)

Hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan

b)

Hak istimewa rakyat British yang menetap di Tanah Melayu

c)

Hak istimewa orang British yang masih menguasai Tanah Melayu

d)

Hak istimewa kaum imigran di Tanah Melayu

10.

Antara berikut merupakan tuntutan Raja-raja Melayu dalam Perjanjian Persekutuan kecuali

a)

Kuasa raja-raja Melayu dikembalikan semula

b)

Menolak kehadiran pegawai penasihat British

c)

Orang Melayu sebagai Rakyat Raja dilindungi

d)

Hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara