WorksheetsBAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 3600secs
Keropok ikan itu perlu disimpan di dalam tin yang kedap udara agar tidak.........................
lembuk
lembut
empuk
lemau
Kami banyak memperoleh pengetahuan.................... lawatan itu.
di
dari
dengan
daripada
Cikgu Fatimah sedang ..................... dulang yang berisi medal semasa perhimpunan sekolah.
menatang
menjinjing
menggalas
mengandar
Udara di ........................... Bukit Bendera, Pulau Pinang nyaman dan dingin.
sudut
hujung
puncak
penjuru
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betu.
Naskhah lama itu menggunakan lontar sebagai kertas.
Pertandingan lontar peluru akan bermula pada minggu hadapan.
Aiman lontar puntung rokok ke dalam longkang.
Pengawas itu lontar kata-kata indah semasa menyampaikan syarahan.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Raju menuntun basikalnya kerana rantai basikalnya terputus dalam perjalanan.
Emak tidak membeli rantai emas itu kerana terlalu mahal.
Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.
Petani itu menyangkut bajunya pada rantai pokok.
Pilih ayat yang betul.
Saya suka membeli barang di Pusat Beli-belah Giant.
Ahli Pergerakan Puteri Islam akan melawat rumah orang tua-tua.
Demi untuk negara, kami rela berkorban.
Artis jelita itu dilahirkan di Sarawak pada tahun 70an.
Pilih ayat yang betul.
Pengetua itu memperakui salinan sijil SPM muridnya.
Sepinggan kuih dihidangkan oleh Mak Cik Jamah kepada tetamu.
Anak-anak Puan Lee baik belaka.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa.
Pilih peribahasa yang sesuai.
Amalan ketika menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang telah diamalkan sejak dahulu lagi masih diamalkan pada masa ini kerana amalan itu...................
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kenal pasti kesalahan bahasa dan tulis jawapan yang betul.
Pertandingan Permainan Tradisional adalah terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah Indah.
(a)
Susun semula perkataan di bawah mengikut pola ayat yang betul.
Frasa Nama + Frasa Nama
itu berbaju saya lelaki melayu yang abang
(a)
Susun semula perkataan di bawah mengikut pola ayat dasar yang betul.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
merdu undangan suara sangat penyanyi itu
(a)
Anak-anak perlu diberi ...................... tentang kepentingan pengurusan kewangan sejak kecil.
terdedah
didedahkan
pendedahan
mendedahkan
Pilih peribahasa yang sesuai.
Mak Minah menasihati anaknya agar menyimpan sebahagian daripada gajinya untuk persediaan masa kecemasan.
sediakan payung sebelum hujan
sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Budak-budak itu berlari.................. setelah terlempar sarang tebuan ketika bermain di taman permainan.
lalu-lalang
gopoh-gapah
simpang-siur
lintang-pukang
Pilih ayat yang betul.
Beberapa orang pelajar membuat eksperimen sains di bawah pengawasan guru.
Pelajar-pelajar itu saling berkejaran tanpa menghiraukan amaran guru mereka.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran daripada guru.
Gejala buli perlu ditangani secara serius oleh semua-semua pihak.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Sukan panjat tembok baik untuk kesihatan.
Kecederaan lama yang dialaminya masih belum baik lagi.
Muhammad Daud mencapai prestasi yang baik dalam Sukan Olimpik.
Anak penghulu kampung ini sememangnya amat dikenali sebagai gadis yang berbudi baik.
Kenal pasti kesalahan bahasa dan tulis jawapan yang betul.
Soniah akan menukar cadar di bilik tidurnya dan bilik tidur anaknya tiap minggu.
(a)
Kenal pasti kesalahan bahasa dan tulis jawapan yang betul.
Puan Wong akan memilih cara memasak yang sihat seperti mengukus dengan memanggang.
(a)
Kenal pasti kesalahan bahasa dan tulis jawapan yang betul.
Kempen itu diadakan demi untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang aspek kesihatan.
(a)
