NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Situasi di bawah menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
"Memberikan petunjuk atau petanda aras berkaitan sejauh mana pekerja mampu bekerjasama untuk melaksanakan kerja dengan berkesan"
Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks di atas?
Prestasi pasukan
Keperluan pekerja
Pemberian insentif yang munasabah
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaranl
Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan dokumen dalam pengurusan sumber manusia
- dokumen yang mengandungi ringkasan tugas dan tanggungjawab pekerja terhadap sesuatu tugas.
- isi kandungan mengandungi tugas-tugas utama , tujuan sesuatu tugas dan cara sesuatu kerja dilakukan.
Apakah dokumen yang perlu dirujuk?
Deskripsi tugas
Rekrut pekerja
Permohonan pekerjaan
Latihan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
- Memastikan tidak berlaku lebihan
- Aktiviti menganalisis keperluan sumber manusia dalam organisasi
- Mengkaji analisis kerja untuk memenuhi keperluan kerja yang perlu dipenuhi.
Apakah peranan yang dimainkan oleh Pengurus Sumber Manusia?
Pengawalan
Kepimpinan
Perancangan
Pengorganisasian
Pernyataan di bawah adalah mengenai Puan Khadijah
"Puan Khadijah telah menggunakan kenderaan syarikat bertujuan untuk menghantar anaknya ke sekolah tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat."
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Khadijah?
Rasuah
Pecah amanah
Salah guna aset syarikat
Ingkar arahan tanpa sebab kukuh
Berikut adalah satu aspek dalam pengelolaan sumber manusia.
"Encik Abu merupakan graduan lepasan universiti dalam bidang Sains Komputer. Beliau telah diambil bekerja oleh sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi di Nilai, Negeri Sembilan dan ditempatkan di bahagian Jabatan Animasi."
Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam perniagaan yang mampan dalam situasi di atas?
Struktur organisasi
Penyelesaian masalah
Penempatan pekerja dan fasiliti
Standard prosedur operasi tugas
Antara berikut, manakah merupakan faedah yang diberikan oleh majikan kepada seseorang pekerja?
Gaji asas
Elaun
Upah
Kemudahan perubatan
Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pekerja.
"Pihak pengurusan telah melantik Encik Jamil sebagai Pengarah Projek bagi Syarikat Miri Berhad. Syarikat Miri Berhad telah mendapat projek pembinaan jalan raya dari kerajaan Sarawak dengan nilai tender sekitar RM20 juta. Encik Jamil bertanggungjawab melantik dan memberi kelulusan kepada pihak kontraktor yang dipilih untuk melakukan kerja-kerja pembinaan. Beliau telah menetapkan bagi setiap kontraktor yang dilantik perlu memberikan 2% komisen kepada beliau sebagai hadiah atau sumbangan peribadi."
Apakah jenis kesalahan yang berkait dengan petikan di bawah?
Rasuah
Pecah amanah
Ponteng kerja
ingkar arahan tanpa sebab kukuh
Situasi di bawah menunjukkan pelbagai kemahiran kebolehkerjaan bagi seorang calon pekerja
"Kepelbagai ujian diperlukan untuk menilai personaliti dan kebolehan calon daripada pelbagai aspek penting yang memenuhi kehendak bakal majikan
Berdasarkan kenyataan di atas, apakah kemahiran kebolehkerjaan yang digunakan untuk memilih pekerja?
Berpengalaman
Kelayakan yang bersesuaian
Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan
Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan jenis carta struktur organisasi bagi syarikat ABC.
Struktur organisasi ini sering diamalkan dalam kebanyakan syarikat pembinaan
Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan struktur organisasi yang paling sesuai.
Fungsi
Wilayah
Matriks
Pelanggan
Antara berikut, manakah butiran yang akan mengurangkan gaji bersih yang diterima oleh pekerja?
Bonus tunai
Biasiswa pendidikan
Pinjaman perumahan
Elaun kerja lebih masa
