Font size
WorksheetsPerniagaan
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?
(Pilih 3 jawapan)
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Akta Syarikat 1965
Akta Hak Cipta 1997
Ciri-ciri manakah yang berkaitan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad?
(Pilih 2 jawapan)
Liabiliti terhad
Entiti berasingan
Tidak fleksibel
Mudah dibubarkan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peraturan penubuhan perniagaan milikan tunggal?
(Pilih 3 jawapan)
Berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia
Menjalankan jenis perniagaan yang tidak bertentangan dengan undang-undang
Mendaftarkan perniagaan dalam masa 20 hari dari tarikh perniagaan dijalankan
Pernyataan manakah yang menerangkan penubuhan perkongsian?
Sijil Pendaftaran Perniagaan perlu diperbaharui sebelum membuat sebarang pendaftaran untuk perubahan maklumat perniagaan
Mendaftarkan sebarang perubahan dalam masa 15 hari sebelum tarikh perubahan maklumat dilakukan
Perubahan jenis perniagaan perlulah selaras dengan bilangan rakan kongsi
Maklumat pemilik di dalam Borang B perlulah disahkan oleh lembaga pengarah
Gambar di atas menunjukkan sebuah pemilikan perniagaan.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan proses penubuhan perniagaan itu?
(Pilih 2 jawapan)
Permohonan secara dalam talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online SSM
Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan borang PNA 42
Perniagaan hanya boleh didaftarkan menggunakan nama tred
Membuat permohonan mendaftar nama perniagaan dengan menggunakan Borang D
Perkara manakah yang perlu dilakukan oleh sesebuah syarikat persendirian yang ingin menukarkan pemilikannya menjadi perkongsian liabiliti terhad (PLT) ?
(Pilih 2 jawapan)
Mengadakan mesyuarat agung tahunan
Menyediakan penyata kewangan
Menerbitkan suatu pemberitahuan dalam surat khabar
Mendapat persetujuan daripada semua pemiutang
Borang manakah yang perlu digunakan untuk carian nama penubuhan syarikat sendirian berhad?
Borang PNA 42
Borang 13A
Borang 9B
Borang 6C
Apakah tanggungjawab peniaga setelah memperoleh Sijil Pendaftaran Perniagaan?
Menyimpan sijil
Mempamerkan sijil
Mencetak kad perniagaan
Memulakan perniagaan
Apakah tanggungjawab perniagaan perkongsian sekiranya terdapat rakan kongsi meninggal dunia?
Memperbaharui sijil pendaftaran
Mempamerkan sijil pendaftaran
Mendaftar perubahan maklumat perniagaan
Mempamerkan nama perniagaan pada dokumen rasmi
Keadaan manakah yang akan menyebabkan perniagaan perkongsian ditamatkan?
(Pilih 3 jawapan)
Rakan kongsi bankrap
Berhenti berniaga
Berselisih faham
Perintah mahkamah
Apakah rekod transaksi akaun perniagaan di bank?
Keratan cek
Slip bank
Slip pindahan wang
Penyata bank
Antara yang berikut, yang manakah merupakan dokumen perniagaan yang digunakan sebelum urus niaga bermula?
(Pilih 2 jawapan)
Invois
Senarai harga
Surat tanya
Borang pesanan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen perniagaan.
-> Dokumen bercetak yang mengandungi gambar yang berwarna dan maklumat tentang semua barang yang dijual
Apakah dokumen tersebut?
Katalog
Senarai harga
Sebut harga
Invois
Apakah dokumen yang akan dihantar oleh peniaga kepada pembeli jika berlaku pembelian secara kredit?
Surat pesanan
Invois
Resit
Nota debit
Maklumat berikut berkaitan dengan sehelai kemeja batik.
Harga katalog RM80
Diskaun niaga 20%
Diskaun tunai:
14 hari - 5%
30 hari - 2%
Jika anda membeli barang itu pada 1 Jun 2019 dan menjelaskan harga barang itu pada 8 Jun 2019, berapakah jumlah yang perlu dibayar?
RM76.00
RM64.00
RM62.72
RM60.80
