wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pantun Alam Remaja Tingkatan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap pertama Pantun Alam Remaja?

a)

anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu di rumah.

b)

ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak masih kecil.

c)

adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama

d)

pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

2.

Apakah tema bagi Pantun Alam Remaja?

a)

Nasihat yang dijadikan panduan kepada masyarakat agar mereka sentiasa melakukan kebaikan

b)

Sindiran terhadap segelintir masyarakat yang mengamalkan sikap negatif

c)

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

d)

masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi

3.

Yang manakah merupakan bentuk Pantun Alam Remaja?

a)

terdiri daripada 10 hingga 11 bilangan patah perkataan

b)

Terdiri daripada tujuh rangkap

c)

membpunyai pembayang

d)

terdiri daripada 18 hingga 20 suku kata

4.

Pilih gaya bahasa yang betul dalam Pantun Alam Remaja.

a)

Imej alam- tanjung, saga, daun, emas

b)

Personifikasi- bijak bertemu dengan jauhari

c)

Imej alam- ikan, buah sintang, buah senikul

d)

Peribahasa - Besar Hati

5.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja kecuali

a)

Kesyukuran

b)

Kasih sayang

c)

Tanggungjawab

d)

Keberanian

6.

Apakah maksud rangkap ketujuh Pantun Alam Remaja?

a)

ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang suka berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.

b)

kepulangan ibu bapa menghilangkan rasa takut dan risau anak-anak di rumah.

c)

anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu pulang cepat ke rumah.

d)

adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

7.

Pengajaran manakah yang benar berdasarkan Pantun Alam Remaja?

a)

Kita mestilah berbudi bahasa kepada setiap orang.

b)

Kita mesti bersikap rendah diri apabila berada di tempat orang.

c)

Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap keluarga.

d)

Kita mestilah bersikap rasional dalam setiap tindakan.

8.

"ketakutan dan kerisauan anak-anak akan hilang setelah melihat ibu bapa pulang ke rumah".


berikut merupakan maksud Pantun Alam Remaja bagi rangkap?

a)

rangkap 7

b)

rangkap 2

c)

rangkap 5

d)

rangkap 1

9.

Antara persoalan dalam pantun ini ialah...

a)

Tanggung jawab ibu bapa memberi kasih sayang kepada anak-anak.

b)

Pemberian hadiah dapat menggembirakan anak-anak.

c)

Ciri-ciri ibu bapa yang baik.

d)

Anak-anak sentiasa risau dan cemas semasa ketiadaan ibu bapa di rumah.

10.

Berikan maksud baris "tidak terkata besarnya hati, melihat ibu sudah pulang"

a)

Hatinya sangat besar apabila melihat ibu pulang

b)

Gembira sehingga tidak boleh bercakap melihat kepulangan ibunya.

c)

Hatinya sangat gembira apabila melihat ibunya pulang

d)

Perasaannya sangat gembira

11.

Berikan contoh imej alam dalam pantun ini...

a)

itik

b)

ranting

c)

ayam kinantan

d)

rumput

12.

'Elok rupanya kumbang jati' merupakan contoh

a)

simile

b)

inversi

c)

metafora

d)

peribahasa

13.

'Besar hati' merupakan contoh...

a)

simile

b)

inversi

c)

metafora

d)

peribahasa

14.

'tidak terkata besarnya hati' Pengulangan vokal 'a' merupakan..

a)

aliterasi

b)

inversi

c)

asonansi

d)

simile

15.

'hanyut batang berlilit kumpai' Pengulangan konsonan 't' merupakan....

a)

aliterasi

b)

inversi

c)

asonansi

d)

simile

16.

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun ini ialah...

a)

kasih sayang

b)

bertanggungjawab

c)

baik hati

d)

hormat-menghormati

17.

Pengajaran-pengajaran daripada pantun ini...

a)

Kita mestilah menyayangi anak-anak kita

b)

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak kita

c)

Kita mestilah bersikap pemurah terhadap ahli keluarga

d)

Kita mestilah menghormati jiran tetangga kita

18.

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya seorang anak menunjukkan tanda sayang mereka kepada ibu bapa...

a)

menolong ibu bapa mereka di rumah

b)

memberi hadiah semasa hari jadi mereka

c)

menghantar ibu bapa kita ke rumah orang-orang tua apabila mereka tua nanti

d)

belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya

19.

Berdasarkan pantun alam remaja yang telah kamu pelajari, apakah yang di beli oleh ibu penyair ?

a)

Makanan dan Minuman

b)

Baju dan Seluar

c)

Barang Keperluan

d)

Barang Masakan

20.

Dibawa itik pulang petang,

Dapat di rumput bilang-bilang,

Melihat Ibu sudah pulang,

Hati cemas menjadi hilang.


Apakah gaya bahasa yang digunakan bagi ayat yang di gariskan ?

a)

Peribahasa

b)

Responsi

c)

Repetisi

d)

Aliterasi