WorksheetsBab 3: Zaman Prasejarah
Total questions: 11
Worksheet time: 7mins
Apakah nama lain bagi Zaman Paleolitik?
Zaman Batu Baru
Zaman Batu Awal
Zaman Batu Lama
Zaman Batu Pertengahan
Antara berikut kegiatan manakah yang membezakan Zaman Logam dengan zaman sebelumnya?
Pertanian
Pemburuan
Penternakan
Perdagangan
Zaman X berlaku dalam tempoh masa 2.5 juta tahun hingga 8000 SM. Mereka menggunakan peralatan daripada batu dan tulang binatang. Apakah Zaman X?
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Paleolitik
Zaman Haobinhian
Antara berikut, yang manakah aktiviti yang dilakukan oleh manusia di Ban Chiang, Thailand?
Pembuatan logam
Pertanian
Memburu binatang
Perdagangan
Antara berikut, yang manakah ciri kehidupan manusia Zaman Logam yang tidak terdapat pada Zaman Neolitik?
Tinggal di dalam gua
Tinggal di lembah sungai
Tinggal di persisiran pantai
Tinggal di kawasan tanah tinggi
Antara berikut, yang manakah susunan yang betul bagi peringkat Zaman Prasejarah?
Zaman Neolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Paleolitik, Zaman Logam
Zaman Neolitik, Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Logam
Zaman Mesolitik, Zaman Paleolitik, Zaman Logam, Zaman Neolitik
Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam
Apakah alatan yang digunakan oleh manusia pada ZAman Mesolitik ketika memburu binatang?
Kayu
Batu
Panah
Tulang haiwan
Gambar menunjukkan tempat diadakan upacara ritual di Gobekli Tepe, Turki pada Zaman Prasejarah. Apakah Zaman Prasejarah tersebut?
Zaman Logam
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Paleolitik
Apakah kesan kemunculan organisasi sosial pada Zaman Neolitik?
Perkongsian hidup dilakukan dengan baik
Aturan kehidupan yang lebih baik terbentuk
Penyelesaian masalah dilakukan dengan baik
Pembahagian kerja dapat dibahagikan dengan saksama
Apakah maksud budaya megalit yang dipercayai oleh masyarakat Zaman Prasejarah?
Batu besar yang digunakan sebagai dinding untuk tempat tinggal
Lukisan yang dilukis di dalam gua untuk dijadikan bukti wujudnya Zaman Prasejarah
Batu besar yang tersusun rapi dipercayai mempunyai kaitan dengan amalan kepercayaan dan ritual
Lukisan yang di lukis oleh masyarakat Zaman Prasejarah yang dipercayai memberi kuasa
Bagaimanakah manusia Zaman Prasejarah berkomunikasi?
Lukisan tembikar
Lukisan pada patung
Lukisan gua
Lukisan pada alatan memburu
