Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

M5 - HKR111AB

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan zakat dari syarak?

a)

Mengeluarkan keseluruhan harta kepada yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah cukup haul dan cukup nisabnya.

b)

Mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah cukup nisabnya cukup haulnya.

c)

Memberikan sebahagian harta atau hak milik masyarakat kepada orang yang terpilih, mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.

d)

Memberikan sesuatu harta kepada sebahagian golongan tertentu, mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut syarat2 yang telah ditetapkan.

2.

Apakah hukum mengeluarkan zakat kepada orang yang bekemampuan dan cukup hartanya untuk dikeluarkan zakat setiap tahun?

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Wajib

d)

Fardhu Kifayah

3.

Di bawah merupakan hikmah berzakat KECUALI...

a)

Satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT

b)

Satu amalan jihad melalui harta benda.

c)

Menambahkan perasaan dendam dan hasad dengki.

d)

Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.

4.

Jenis-jenis zakat terbahagi kepada 2 bahagian iaitu...

a)

Zakat "Fitrah" dan Zakat "Tubuh Badan"

b)

Zakat "Maliah" dan Zakat "Badaniah"

c)

Zakat "Maliah" dan Zakat "Harta Benda"

d)

Zakat "Thahiriah" dan Zakat "Bathaniah"

5.

Manakah antara berikut merupakan zakat yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan?

a)

Zakat Badan

b)

Zakat Maliah

c)

Zakat Harta Benda

d)

Zakat Kepala

6.

Manakah antara berikut merupakan syarat wajib Zakat Fitrah?

a)

Islam, Baligh dan Berakal

b)

Islam, Baligh dan Mempunyai Harta

c)

Islam, Merdeka dan Mempunyai Harta Lebih

d)

Islam, Merdeka, Baligh dan Mempunyai Harta Benda

7.

Apakah hukum membayar Zakat Fitrah selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri?

a)

Harus

b)

Wajib

c)

Afdhal

d)

Haram

8.

Manakah antara berikut, BUKAN syarat bagi Zakat Harta.

a)

Sempurna Milik

b)

Merdeka

c)

Cukup Haul

d)

Cukup Khusus

9.

Berapakah kadar yang wajib dikeluarkan zakat bagi EMAS?

a)

18 miskal

b)

19 miskal

c)

20 miskal

d)

21 miskal

10.

Berapakah kadar yang wajib dikeluarkan zakat bagi PERAK?

a)

100 dirham

b)

200 dirham

c)

300 dirham

d)

400 dirham

11.

Berapakah nisab minimum bagi pengeluaran Zakat Binatang Ternakan seperti Kerbau?

a)

25 ekor kerbau

b)

30 ekor kerbau

c)

35 ekor kerbau

d)

40 ekor kerbau

12.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 267 yang bermaksud : "wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..." Ayat ini menunjukkan tentang...

a)

Zakat Ternakan

b)

Zakat Wang dan Perniagaan

c)

Zakat Emas dan Perak

d)

Zakat Biji2an dan Buah2an

13.

Di bawah merupakan golong-golongan yang berhak menerima zakat KECUALI...

a)

Al-Riqab

b)

Amil

c)

Muallaf

d)

Anak Yatim

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Ibnu Sabil"?

a)

Mereka yang berjuang demi kepentingan menegakkan Islam.

b)

Mereka yang kehabisan belanja untuk meneruskan perjalanan yang bertujuan baik.

c)

Mereka yang mempunyai harta tetapi sekadar dapat menampung separuh keperluannya sahaja.

d)

Mereka yang tiada mata pencarian atau mempunyai hasil pendapatan yang tidak sampai separuh keperluan asas.

15.

Manakah antara berikut merupakan perbezaan di antara Zakat dan Sedekah?

a)

Zakat boleh dilakukan oleh orang lelaki sahaja manakala sedekah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

b)

Zakat boleh dibuat dalam pelbagai bentuk manakala sedekah adalah dalam bentuk yang tertentu sahaja.

c)

Zakat mempunyai masa-masa tertentu manakala sedekah boleh dilakukan bila-bila masa.

d)

Zakat yang diutamakan ialah zakat yang tersembunyi manakala sedekah mempunyai jumlah yang telah ditetapkan.