wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

karangan spm

Total questions: 31

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan jenis-jenis pendahuluan KECUALI

a)

Pendahuluan jenis definisi

b)

Pendahuluan jenis pendapat tokoh

c)

Pendahuluan jenis persoalan

d)

Pendahuluan jenis formula

2.

Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Fakta

b)

Peribahasa

c)

Lagu

d)

Puisi

3.

Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Suasana

b)

Sejarah

c)

Umum

d)

Puisi

4.

Pilih contoh yang sesuai bagi pendahuluan jenis pendapat tokoh.

a)

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia.

b)

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut.

c)

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia.

d)

‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama.

5.

Pendahuluan jenis ini dimulakan dengan memberi maksud atau takrif terhadap isu atau topik yang menjadi tajuk karangan.


Penyataan tersebut merujuk kepada pendahuluan jenis ...

a)

Pendapat tokoh

b)

Persoalan

c)

Sejarah

d)

Definisi

6.

Berikut merupakan fungsi pendahuluan dalam penulisan karangan KECUALI

a)

Menarik perhatian dan minat pembaca

b)

Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan

c)

Menghuraikan isi karangan

d)

Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

7.

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ?


Apakah jenis pendahuluan tersebut?

a)

Umum

b)

Persoalan

c)

Pendapat tokoh

d)

Fakta

8.

Tikar pucuk tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu,

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.


Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa.


Pendahuluan di atas merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Peribahasa

b)

Suasana

c)

Definisi

d)

Puisi

9.

Pendahuluan jenis ini memerlukan pelajar untuk menyatakan sejarah yang tepat dalam mengaitkan peristiwa sejarah tersebut dengan tajuk karangan. Apakah jenis pendahuluan tersebut?

a)

Fakta

b)

Sejarah

c)

Definisi

d)

Pendapat Tokoh

10.

Pendahuluan karangan terletak pada perenggan yang .....

a)

Kedua

b)

Keempat

c)

Pertama

d)

Ketiga

11.

Tajuk karangan: Masalah keracunan makanan dalam kalangan murid semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Apakah Tema yang sesuai untuk tajuk di atas.

a)

Obesiti

b)

Kebuluran

c)

Makanan

d)

Teknologi

12.

Tajuk karangan: Rakyat Malaysia ialah berbilang bangsa.

Huraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Apakah unsur tugasan-tugasan atau kehendak soalan dalam soalan karangan ini?

a)

kebaikan-kebaikan

b)

kesan-kesan

c)

inisiatif-inisiatif

d)

langkah-langkah

13.

Berikut ialah karangan berformat khusus kecuali ___________.

a)

laporan

b)

berita

c)

rencana

d)

surat kiriman

14.

Surat kiriman tidak rasmi boleh ditulis kepada _____________ .

a)

pengarah syarikat

b)

abang

c)

guru

d)

ketua kampung

15.

Tujuan surat rasmi adalah seperti berikut kecuali _______________ .

a)

membuat aduan

b)

membuat permohonan

c)

meminta kebenaran

d)

menambah kenalan

16.

Karangan jenis laporan bermula dengan _______________ .

a)

alamat

b)

nama pengirim

c)

tajuk

d)

tarikh

17.

Karangan jenis berita bermula dengan ________________ .

a)

nama & alamat

b)

tempat & tarikh

c)

masa & tarikh

d)

nama penulis

18.

Alamat pengirim surat rasmi ditulis di sebelah ____________ surat.

a)

atas kanan

b)

bawah kanan

c)

atas kiri

d)

bawah kiri

19.

Jika anda menulis surat kepada kakak , kata panggilan untuk dalam surat itu ialah ________________ .

a)

kakak

b)

kakakku

c)

kakanda

d)

kekanda

20.

Tarikh surat rasmi ditulis ______________________ .

a)

sebaris dengan alamat penerima

b)

sebaris dengan alamat pengirim

c)

sebaris dengan baris akhir alamat penerima

d)

sebaris dengan baris akhir alamat pengirim

21.

Pilih ayat tema yang paling tepat bagi gambar berikut.

a)

Amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

b)

Terdapat banyak cara pengamalan gaya hidup sihat.

c)

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu gaya hidup yang sihat

d)

Sesungguhnya minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan hidup kini

22.

Kerangka karangan kesimpulan bagi tajuk ini ialah


"Langkah-langkah untuk mencegah Jenayah"

a)

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membendung kejadian jenayah.

b)

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengenal mangsa

c)

Pemasangan litar tertutup di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi

d)

Sentiasa berhato-hati ketika berada di rumah

23.

Apa yang tidak patut ada di muka hadapan laporan?

a)

Nama

b)

Gambar Selfie

c)

Nombor pelajar

d)

Nama dan Kod subjek

24.

Apa fungsi penulisan laporan?

a)

Untuk merekod dan mendokumentasi kajian

b)

Mengisi masa lapang

c)

Untuk naik gaji

d)

Cikgu suruh

25.

Apa itu format dalam penulisan?

a)

Langkah-langkah keselamatan

b)

Pelengkap hidup saya

c)

Garis panduan penulisan

d)

Format laptop tu ke?

26.

Apakah perkara yang terdapat pada judul halaman sesuatu laporan?

a)

Nama penyelidik

b)

Tajuk laporan

c)

Tarikh laporan

d)

Masalah yang ditemukan

27.

Berikut merupakan persamaan karangan syarahan, ucapan dan taklimat, kecuali:

a)

disampaikan di hadapan audiens

b)

mempunyai informasi

c)

mempunyai juri pertandingan

d)

mempunyai tempoh masa

28.

Pengenalan karangan syarahan dimulakan dengan

a)

kata alu-aluan

b)

Isi karangan

c)

Penutup karangan

d)

Kata sapaan

29.

Karangan syarahan yang gramatis mestilah mempunyai

a)

isi, contoh, ungkapan menarik

b)

isi, huraian, contoh, kesan, ungkapan menarik, isi penjelasan

c)

isi, ungkapan menarik, isi penjelasan

d)

isi, huraian, isi penjelasan

30.

Ungkapan menarik merujuk kepada

a)

maksud perkataan

b)

lirik-lirik lagu

c)

lawan perkataan

d)

hasil susunan ayat-ayat indah yang memberi sesuatu nilai...

31.

Kenal pasti ungkapan menarik di bawah.

a)

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mestilah mengamalkan sikap yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing kerana semangat kerjasama dapat menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam kalangan kita.

b)

Contoh aktiviti kokurikulum ialah menyertai aktiviti badan beruniform.

c)

Tahukah anda bagaimana bumi ini terbentuk?

d)

Pada masa ini, semakain ramai remaja yang suka membuang masa.