wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM BAB 10

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah tarikh kemerdekaan negara? (Buku teks m/s 234)

a)

30 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

16 September 1960

2.

"Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan"

Takrif kemerdekaan tersebut adalah mengikut

(Buku teks m/s 234)

a)

Kamus Oxford

b)

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

c)

Kamus Dewan

d)

Akhbar Utusan Melayu

3.

"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"

Siapakah yang menyatakan maksud kemerdekaan seperti di atas?

(Buku teks m/s 234)

a)

Nelson Mandela

b)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

c)

Rashid Rida

d)

Mahatma Gandhi

4.

"Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya"

Definisi kemerdekaan ini dinyatakan oleh

(Buku teks m/s 235)

a)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

b)

Soekarno

c)

Tun Fuad Stephens

d)

Tunku Abdul Rahman

5.

"Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun"

Maksud kemerdekaan di atas adalah menurut (Buku teks m/s 235)

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

c)

Tun Temenggong Jugah anak Barieng

d)

Tun Fuad Stephens

6.

Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk untuk mencipta lagu kebangsaan. Apakah nama lagu kebangsaan negara kita?

(Buku teks m/s 236)

a)

Terang Bulan

b)

Inilah Barisan Kita

c)

Negaraku

d)

Demi Negara

7.

Lagu kebangsaan negara berasal daripada lagu

(Buku teks m/s 236)

a)

Terang Bulan

b)

Negaraku

c)

Tanggal 31

d)

Jalur Gemilang

8.

Siapakah yang mencipta reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 236)

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Yaacob Abdul Latiff

c)

Mohamed Hamzah

d)

S. E. Jewkes

9.

Bunga apakah yang dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan?

(Buku teks m/s 236)

a)

Bunga raya

b)

Bunga teratai

c)

Bunga mawar

d)

Bunga orkid

10.

Gambar di atas menunjukkan bendera British diturunkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British. Apakah nama bendera British?

(Buku teks m/s 238)

a)

Malayan Union

b)

God Save The Queen

c)

Union Jack

d)

Great Britain

11.

Gambar di atas menunjukkan upacara sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Di manakah sambutan tersebut berlangsung?

(Buku teks m/s 240)

a)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Putrajaya

c)

Padang Banda Hilir, Melaka

d)

Padang Kelab Selangor

12.

Negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan setelah merdeka iaitu _______________________ menjadi ketua utama negara.

(Buku teks m/s 242)

a)

Yang di-Pertuan Besar

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Sultan

d)

Gabenor

13.

Bagaimanakah rakyat memilih kerajaan dan pemerintah di bawah sistem demokrasi berparlimen?

(Buku teks m/s 242)

a)

bermusyawarah

b)

perbincangan

c)

pilihan raya

d)

perhimpunan

14.

Siapakah yang dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

(Buku teks m/s 242)

a)

Dato Abdul Razak Hussein

b)

Sardon Jubir

c)

Tahir Abdul Majid

d)

Tunku Abdul Rahman

15.

Mengapakah Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) termeterai?

(Buku teks m/s 243)

a)

Bantuan pendidikan

b)

Bantuan pertahanan

c)

Bantuan ekonomi

d)

Bantuan kewangan

16.

Di bawah PBB, negara kita terlibat dalam misi pasukan pengaman di

(Buku teks m/s 243)

a)

Croatia

b)

Canada

c)

Congo

d)

Chile

17.

Siapakah yang menganggotai pertubuhan Komanwel?

(Buku teks m/s 243)

a)

Negara-negara Asia yang pernah dijajah

b)

Negara-negara yang pernah diserang Jepun

c)

Negara-negara bekas jajahan British

d)

Negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan British

18.

"Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik"

Pernyataan di atas merujuk kepada

(Buku teks m/s 244)

a)

Rancangan Buku Hijau

b)

Rancangan Buku Merah

c)

Rancangan Buku Putih

d)

Rancanan Buku Kuning

19.

Penyata Rahman Talib memberi penenkanan kepada bahasa _________________ sebagai bahasa pengantar di sekolah.

(Buku teks m/s 245)

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Melayu dan Inggeris

d)

Melayu dan Mandarin

20.

Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa

(Buku teks m/s 245)

a)

Agama Islam sebagai agama persekutuan

b)

Hak istimewa orang Melayu terjamin

c)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

d)

Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan

21.

Apakah fungsi Jabatan Penerangan?

(Buku teks m/s 245)

a)

Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

b)

Mengkaji semula sistem pendidikan negara

c)

Menyampaikan maklumat peristiwa di dalam dan luar negara

d)

Membangunkan infrastruktur di luar bandar

22.

Antara berikut, yang manakah lambang negara selain lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan?

(Buku teks m/s 247)

I. Jata Negara

II. Menara Berkembar Petronas

III. Kereta Api Tanah Melayu

IV. bunga kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat jinsiyyah dan wataniyyah.

Siapakah tokoh yang memberikan definisi tersebut?

a)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

b)

Rashid Rida

c)

Mahatma Ghandi

24.

Nelson Mandela menentang Dasar ____________ yang menindas di Afrika Selatan

a)

Aparteid

b)

Bumi hangus

c)

Jahiliyyah

d)

Pembangunan

25.

Tokoh berikut merupakan tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir.

a)

Rashid Rida

b)

Sayyid Jamal al Din

26.

Temenggung Jugah merupakan pemimpin Sarawak dari parti

a)

UMNO

b)

PESAKA

c)

SAKA

d)

SYAITAN

27.

Siapakah tokoh tersebut yang merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama?

a)

Tun Fuad Stephens

b)

Temenggung Jugah

c)

Tun Mahadhir

28.

Siapakah penulis lirik lagu Negaraku?

a)

Siti Nurhaliza

b)

Saiful Bahri

c)

Mohamed hamzah

d)

AC Mizal

29.

Lagu kebangsaan negara kita, Negaraku berasal dari lagu negeri __________ iaitu Terang Bulan.

a)

Perak

b)

Johor

c)

Pulau Seychelles

30.

Siapakah pereka bentuk bendera negara kita?

a)

Saiful Bahri

b)

Mohamed Hamzah

31.

Siapakah pereka bentuk Stadium Merdeka?

a)

S.E. Jewkes

b)

Duke Wellington

c)

James Brooke

d)

J.W.W Birch

32.

Baju __________ merupakan sejenis pakaian dari Kedah yang diubah suai untuk menteri

a)

Muskat

b)

Cekak Musang

c)

Blazer

d)

Kebarong

33.

Siapakah pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka?

a)

Dato Abdul Razak

b)

H.S.Lee

34.

Di manakah permulaan sambutan malam merdeka didakan pada 30 Ogos 1957?

a)

Padang Kelab Selangor

b)

Stadium Merdeka

c)

Stadium Negara

35.

Siapakah yang mengetuai perbarisan 300 pemuda pada malam pemasyuran kemerdekaan negara?

a)

Ismail Bontak

b)

Sardon Jubir

36.

Siapakah yang menurunkan bendera Union Jack pada malam ambang merdeka 1957?

a)

Tahir Abdul majid

b)

Ismail Bontak

37.

Siapakah yang mewakili Quenn Elizabeth II semasa detik pemasyuran kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957?

a)

Duke of Gloucester

b)

Duke of Wellington

38.

Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan MERDEKA semasa pengisytiharan Merdeka?

a)

7 kali

b)

6 kali

c)

3 kali

d)

13 kali

39.

Siapakah yang melaungkan azan sejurus Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan MERDEKA?

a)

Ustaz Hassan Azhari

b)

Syeikh Murtadza

c)

Jamaluddin al-Afghani

40.

Tokoh tersebut merupakan Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Tanah Melayu. Siapakah beliau?

a)

Sir Donald MacGillivary

b)

Sir Henry Gurney

c)

Duke of Wellington

41.

Siapakah yang berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan?

a)

Parlimen

b)

Dewan Undangan Negeri

42.

Siapakah yang berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat Negeri?

a)

Parlimen

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

YDP Agong

d)

Kerajaan

43.

Siapakah yang memengang jawatan Menteri Luar yang pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato Abdul Razak Hussein

c)

H.S. Lee

44.

Komanwel adalah pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh negara merdeka yang pernah dijajah oleh

a)

British

b)

Amerika Syarikat

c)

Perancis

d)

Eropah

45.

Di manakah lokasi ibu pejabat PBB ?

a)

New York

b)

London

c)

Kuala Lumpur

d)

Jakarta

46.

Negara kita merupakan anggota PBB yang ke

a)

82

b)

88

47.

Malaysia pernah menyertai misi pengaman PBB di negara

a)

Congo

b)

Laos

c)

Indonesia

48.

Siapakah yang telah mengasaskan Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu?

a)

Maarof Zakaria

b)

Tan Sri Zeti Aziz

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sir R.O. Winsted

49.

Bank Tempatan terawal ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur ialah

a)

Kwong Yik bank

b)

Mercantile Bank

c)

Bank Negara

d)

Malay National Bank

50.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terawal telah dibina di bandar

a)

Johor Bahru

b)

Kuala Lumpur

51.

Jabatan tersebut merupakan LIDAH RASMI KERAJAAN untuk menerangkan falsafah, Dasar dan Wawasan negara.

a)

Jabatan Penerangan

b)

Jabatan Perdana Menteri

c)

Jabatan Kerja Raya

52.

_________ merupakan KUASA TERTINGGI yang menentukan sesebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa luar.

a)

Kedaulatan

b)

Kerajaan

53.

______________ ialah kawasan yang mempunyai SEMPADAN untuk membentuk PTM.

a)

Wilayah Pengaruh

b)

Kedaulatan

54.

______________ ialah institusi mengurus dan MENTADBIR negara.

a)

Kerajaan

b)

Kedaulatan

55.

Berikan takrif perkataan " Merdeka "?

a)

Kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa

b)

Kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri

c)

Hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran

d)

Sejenis Pentadbiran jajahan Empayar British

56.

Berdasarkan gambar berikut,berikan pandangan Kemerdekaan berdasarkan tokoh Rashid Rida?

a)

Kemerdekaan perlu merangkumi politik,ekonomi, dan moral

b)

Kemerdekaan beerti bebas selama-lamanya

c)

Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat

d)

Merdeka bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati

57.

Kemerdekaan sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara kita.Tumpuan acara adalah di______?

a)

Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka

b)

Stadium Shah Alam dan Kelab Lumba Kuda

c)

Bandar Hilir Melaka dan Dataran Merdeka

d)

Sultan Abdul Samad dan Masjid Bandar

58.

Pada tahun 30 Mei 1957,Apakah yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja - raja Melayu digunakan sebagai simbol negara?

a)
b)
c)
d)
59.

Semasa bendera Union Jack diturunkan,sebuah lagu turut didendangkan bersama - sama dengan bendera tersebut,namakan lagu itu?

a)

Kings and Queens

b)

Queen of Hearts

c)

Terang Bulan

d)

God Save The Queen

60.

Apakah kesan Kemerdekaan terhadap Negara kita dari segi Politik?

a)

Penyertaan dalam Blok Sterling

b)

Pengamalan Sistem Raja Berpelembagaan

c)

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu(PBB)

d)

Pembangunan Luar Bandar