wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Total questions: 73

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah pemimpin tempatan menentang British?

a)

Menjaga keamanan negara.

b)

Menjaga kepentingan daripada dikuasai oleh orang Barat.

c)

Mengelakkan British menguasai perdagangan rempah

d)

Mengelakkan British menguasai negara.

2.

Campurtangan British di Tanah Melayu menyebabkan beberapa tokoh atau pemimpin tempatan menentang kedatangan British ke daerah mereka. Siapakah antara tokoh tersebut?


I Rentap

II Penghulu Dol Said

III Dato' Maharaja Lela.

IV Dato Kelana Sungai Ujong.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II,III dan IV

3.

Apakah kesan campurtangan British dalam adat resam tempatan

a)

Adat resam semakin lenyap.

b)

Adat resam tempatan dicampur dengan Barat.

c)

Penduduk dipaksa menerima nilai Barat.

d)

Menyulitkan penduduk tempatan untuk mengamalkannya.

4.

Apakah tujuan dasar penaklukan British?

a)

Menambahkan tanah jajahan

b)

Menguasai ekonomi tempatan.

c)

Mengukuhkan kedudukan politik.

d)

Menyebarkan budaya British.

5.

Mengapakah pelaksanaan sistem Barat telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan ?

a)

Menyulitkan penduduk tempatan.

b)

Terdapat pelbagai peraturan.

c)

Peraturan yang bertentangan dengan amalan tradisi.

d)

Penduduk dipaksa menerima sistem tersebut.

6.

Mengapakah Penghulu Dol Said menentang British?

a)

Tindakan British memasukkan Naning ke dalam Melaka.

b)

Enggan menghantar hasil beliau ke Melaka.

c)

British mahu menawan Naning.

d)

British mahu merampas kuasanya

7.

Apakah faktor kejayaan British dalam percubaan kali kedua untuk menawan Naning?


I Dol Said tidak mendapat bantuan luar.

II Biritsh membawa tentera yang lebih ramai.

III Dol Said tidak mendapat sokongan pengikutnya.

IV British menawarkan pencen lumayan kepada Dol Said.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

8.

Nyatakan faktor yang menyebabkan James Brooke melakukan serangan ke atas beberapa buah daerah di Sarawak.

a)

Keengganan pemimpin di Sarawak menyerahkan daerah mereka kepada British.

b)

Daerah-daerah tersebut mempunyai kepentingan.

c)

James Brooke ingin menguasai daerah - daerah tersebut.

d)

Daerah tersebut dipimpin oleh nasionalis tempatan.

9.

James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang pada tahun 1853


Berdasarkan maklumat di atas mengapakah James Brooke bertindak sedemikian?

a)

Mengurangkan pengaruh pemimpin tempatan.

b)

Membalas serangan penduduk tempatan.

c)

Menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.

d)

Mendapatkan hak memunggut cukai.

10.

Apakah tindakan yang diambil oleh British apabila Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang?

a)

Menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang.

b)

Membunuh Rentap

c)

Menangkap dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Rentap

d)

Membakar perkampungan Rentap

11.

J.W.W. Birch , Residen Perak telah dibunuh pada November 1875 di ..

a)

Pasir Mas.

b)

Pasir Salak.

c)

Pulau Gaya.

d)

Tanjung Agas.

12.

Penentangan pelaksanaan pelbagai peraturan SBUB


X

Merupakan pembesar Tambunan


Siapakah X?

a)

Syarif Masahor

b)

Mat Salleh

c)

Rentap

d)

Dol Said

13.

Penjajahan British telah ditentang hebat oleh tokoh-tokoh tempatan, namun perjuangan mereka tidak dapat menumpaskan penjajah tersebut. Mengapakah keadaan ini berlaku?

a)

Kurang disiplin dan mudah berputus asa.

b)

Kekurangan ilmu dan senjata moden.

c)

Tidak terdedah kepada peperangan moden.

d)

Terpedaya dengan helah dan tipu daya British.

14.

Mayat Tok Janggut telah diarak di seluruh pekan Kota Bahru sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah kaki ke atas.


Mengapakah mayat Tok Janggut dilakukan sedemikian rupa?

a)

Menunjukkan kekejaman pihak British.

b)

Supaya rakyat tempatan takut dan hormat kepada mereka.

c)

Tok Janggut benar-benar menaikkan kemarahan British.

d)

Amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

15.
Rentap - Sarawak
Mat Salleh - Sabah
Mengapakah penentangan tersebut berlaku
a)
Pencerobohan kawasan
b)
penghapusan sistem perhambaan
c)
Peningkatan kemasukan imigran
d)
paksaan membayar ufti
16.
Dialog.
A: Tok British minta cukai
B: Berapa banyak?
A: Satu persepuluh daripada hasil kita
B : Jangan bayar walau sedikit pun
Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?
a)
menduduki naning
b)
Membunuh Dol Said
c)
Merampas hasil penduduk
d)
Memulau wilayah naning
17.
Buah pala dari Makasar
Jatuh sebiji ke dalam dulang
Diberi pencen kepada pembesar
Jawatan diwarisi turut hilang
Bagaimanakah pembesar di Perak berusaha untuk mengembalikan hak mereka?
a)
Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis
b)
Menghapus sistem pemilikan hamba
c)
Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional
d)
Berjuang untuk menolak campurtangan barat
18.
British telah memperkenalkan sistem birokrasi barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
a)
kegiatan ekonomi tradisional terjejas
b)
pengaruh golongan agama merosot
c)
pemimpin kehilangan kuasa
d)
Tanah pribumi dirampas
19.
Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?
a)
Menghormati sultan
b)
mengekalkan kuasa sultan
c)
kesetiaan rakyat kepada sultan
d)
kuasa mutlak berada di tangan sultan
20.
Dato Bahaman
Tok Gajah
Imam Rasul
Di atas adalah pembesar tempatan.Mengapakah mereka menentang British?
a)
Pembinaan balai polis
b)
Pencabulan Perjanjian
c)
Pengenalan perdagangan bebas
d)
Pelaksanaan pendidikan sekular
21.
Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke 20
a)
Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan
b)
Pembentukan negara yang merdeka
c)
penubuhan syarikat kerjasama
d)
Pemelihara tradisi bangsa
22.
Majalah guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu.
Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?
a)
menghargai warisan bangsa
b)
memperjuang hak wanita
c)
memajukan bidang kesusasteraan
d)
mengekalkan nilai murni masyarakat
23.
Akhbar berikut digunakan oleh Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930an
Al Imam
Neracha
Saudara
Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut
a)
peranan golongan pembesar
b)
mengkritik kelemahan raja
c)
penghapusan amalan perhambaan
d)
menggalakkan pendidikan Inggeris
24.
Pada awal abad ke 20, kegiatan berpersatuan Sabah tidak menonjol. mengapakah keadaan tersebut berlaku?
a)
Halangan kepada pemerintah
b)
kelemahan sistem perhubungan
c)
menghadapi masalah kewangan
d)
Perbezaan taraf hidup antara etnik
25.
* Anak Mat Lela Gila
* Putera Gunung Tahan
Novel di atas adalah karya Ishak Haji . Apakah persamaan tema dalam novel tersebut
a)
menghargai warisan bangsa
b)
menghargai sumbangan tokoh
c)
kepentingan pendidikan moden
d)
Cinta akan tanah air
26.
Novel: melur Kuala Lumpur
Pengarang: Harun Aminurrashid
Tahun terbitan: 1930an
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?
a)
mencintai tanah air
b)
memelihara warisan tradisi
c)
kebebasan kaum wanita
d)
perpaduan antara kaum
27.
Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang melayu?
a)
Mengutamakan pemimpin
b)
memelihara warisan tradisi
c)
berani mengkritik penjajah
d)
bekerjasama dengan kaum imigran
28.
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di negeri melayu pada abad ke 20?
I Mengugut pemimpin
II Menyekat kegiatan dakwah
III Menghalang kemasukan risalah
IV Menyekat peluang belajar ke luar negara
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
29.
Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?
a)
Pengenalan pendidikan sekular
b)
pengenalan peraturan tanah
c)
pelucutan jawatan pembesar
d)
pembunuhan penduduk tempatan
30.

Tokoh di atas menentang James Brooke. Apakah tindakan James Brooke yang menyebabkan beliau bangun menentang?

a)

James bertindak menghapuskan Orang Iban

b)

James Brooke merampas wilayah kawasannya

c)

James Brooke membunuh keluarganya

d)

James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang

31.

Apakah tindakan British untuk mendapatkan hasil yang maksimum dari Negeri-Negeri Melayu?

a)

Pengenalan sistem cukai

b)

Pelaksanaan sistem tanaman paksa

c)

Pengambilan buruh dari negara luar

d)

Pelaksanaan dasar ekonomi baharu

32.

Apakah tindakan Linggir apabila pelayarannya dan kaum Iban dihalang oleh James Brooke di Sungai Saribas?

a)

Menguasai saribas

b)

Menguasai Batang Lupar

c)

Menyerang bangunan kerajaan di Kuching

d)

Menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar

33.

Pada 21 Julai 1875 Dato Maharajalela bermesyuarat bersama para pembesar di Durian Sebatang. Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?

a)

Menyingkirkan Sultan Ismail dari takhta

b)

Membunuh J.W.W Birch residen British pertama di Perak

c)

Menyerang Pasir Salak semasa pegawai British memungut cukci

d)

Membantu J.W.W Birch memaksa penduduk Pasir Salak membayar cukai

34.

Penghulu Dol Sad telah meakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833. Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

35.

Apakah akhbar dan majalah yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan idea mereka kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Utusan Melayu

b)

Neracha

c)

Majalah guru

d)

Bulan Melayu

36.

Tokoh di atas merupakan pemimpin persatuan separa politik di Tanah Melayu , iaitu Kesatuaan Melayu Muda (KMM). Apakah matlamat utama KMM?

a)

Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di Semenanjung .

b)

Menjalinkan kerjasama dengan British untuk memperoleh kemerdekaan

c)

Meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu untuk bersaing dengan kaum lain

d)

Bekerjasama dengan British untuk menghalau Jepu dari Tanah Melayu

37.

Majalah Pengasuh yang diterbitkan pada tahun 1918 telah mengetengahkan isu

a)

Pendidikan

b)

Kemerdekaan

c)

Perpaduan kaum

d)

Pembangunan ekonomi Melayu

38.

Gerakan Pan- Islamisme Sedunia merupakan gerakan intelektual Islam yang membangkitkan pemahaman terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat. Siapakah yang memulakan gerakan ini di Tanah Melayu?

a)

Syed Sheikh al- Hadi

b)

Dr Burhanuddin al- Helmy

c)

Ishak Haji Muhammad

d)

Ibrahim Haji Yaakob

39.

Mengapakah Ibrahim Haji Yaakob bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940?

a)

Mencapai kemerdekaan negara

b)

Menyekat kemasukkan orang dagang

c)

Menyekat pengaruh komunis

d)

Menbentuk penubuhan Melayu Raya

40.

SPMU 2018

Perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun

1930-an.

Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?

a)

Menghalau penjajah asing

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Mendapatkan petempatan khas

d)

Menghalang kemasukan imigran

41.

SPM 2017

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menyalurkan bantuan kewangan

d)

Memeterai pelbagai perjanjian

42.

SPM 2017

Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?

a)

Menyekat kedatangan imigran

b)

Mempertahan hak mengutip cukai

c)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

43.

SPM 2017

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

a)

Menyerang Pasir Puteh

b)

Meminta bantuan Siam

c)

Menyekat bekalan makanan

d)

Menghalang laluan kapal dagang

44.

SPM 2017

Gambar ini adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20.

Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?

a)

Membina pusat pendidikan

b)

Membuka kawasan pertanian

c)

Menubuhkan pusat kebudayaan

d)

Memperoleh petempatan khas

45.

SPMU 2017

Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah saranan tersebut?

I Menjalankan aktiviti perniagaan

II Menubuhkan syarikat kerjasama

III Mengasaskan institusi kewangan

IV Melaksanakan penyatuan tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

SPMU 2017

Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

I Pengaruh komunis

II Bantuan ketenteraan

III Pengaruh hasil karya

IV Kedudukan geografi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

47.

SPM 2016

Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?

a)

Membantu perjuangan golongan kiri

b)

Bergabung dengan kuasa Barat lain

c)

Mendapatkan sokongan pembesar

d)

Bekerjasama dengan pihak Jepun

48.

SPM 2016

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.

Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

49.

SPMU 2016

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Bilangan ahli sedikit

b)

Sumber kewangan kurang

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

50.

SPMU 2016

Tokoh berikut adalah pengarang Majalah Guru pada tahun 1920an.

Apakah isu yang dibangkitkan dengan orang Melayu yang dibangkitkan oleh pengarang tersebut?

I Kemunculan golongan radikal

II Pendidikan anak-anak

III Kemunduran ekonomi

IV Pengurangan kuasa pembesar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

51.

SPMU 2016

Jawatan berikut diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut?

a)

Menguasai sumber alam

b)

Memajukan kemudahan asas

c)

Mengekalkan sistem monarki

d)

Mempertahan kuasa pembesar

52.

SPM 2015

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Peluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

53.

SPM 2015

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigran

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

54.

SPMU 2015

Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh?

a)

Kedaulatan negeri terancam

b)

Jawatan Residen dimansuhkan

c)

Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

Kos sara hidup rakyat meningkat

55.

SPMU 2015

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

I Mendapat pendidikan Inggeris

II Menentang pentadbiran Inggeris

III Memperjuangkan kepentingan politik

IV Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

SPM 2014

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan sultan

57.

SPM 2014

Pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British.

Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan sekular

58.

SPMU 2014

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

Kekurangan sumber modal

b)

Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Ketiadaan pemimpin berkebolehan

59.

SPMU 2014

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.

Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

60.

SPM 2013

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.

Mengapakah perjuangan mereka gagal ?

a)

Senjata tidak lengkap

b)

Tenaga tentera kurang

c)

Kemudahan asas kurang

d)

Sokongan pembesar tidak cukup

61.

SPM 2012

Novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

a)

Mencintai tanah air

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Perpaduan antara kaum

62.

SPM 2012

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Memelihara warisan tradisi

c)

Berani mengkritik penjajah

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

63.

SPM 2011

Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.

Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Pembunuhan penasihat British

b)

Peluasan kuasa British

c)

Penawanan Pasir Puteh

d)

Pengunduran tentera Siam

64.

SPM 2010

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?

a)

Mendapatkan bantuan luar

b)

Menolak penguasaan kuasa asing

c)

Menyerah nasib kepada penjajah

d)

Membentuk sistem politik sendiri

65.

SPM 2011

Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British.

Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?

a)

Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis

b)

Menghapuskan sistem pemilikan hamba

c)

Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional

d)

Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

66.

SPM 2011

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Menghadapi masalah kewangan

d)

Perbezaan taraf hidup antara etnik

67.

SPM 2009

Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.

Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

a)

Menduduki Naning

b)

Membunuh Dol Said

c)

Merampas hasil penduduk

d)

Memulau wilayah Naning

68.

SPM 2009

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

b)

Pembentukan negara yang merdeka

c)

Penubuhan syarikat kerjasama

d)

Pemeliharaan tradisi bangsa

69.

SPM 2009

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Memperjuangkan hak wanita

c)

Memajukan bidang kesusasteraan

d)

Mengekalkan nilai murni masyarakat

70.

SPM 2006

Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

Menggalakkan budaya membaca

71.

SPM 2006

Dialog di atas mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah.

Apakah perbezaan tema novel tersebut?

a)

Perpaduan guru

b)

Kebebasan wanita

c)

Penentangan penjajahan

d)

Semangat perjuangan pemuda

72.

SPM 2004

Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat?

I Menguasai daerah mereka

II Mempengaruhi masyarakat tempatan

III Menyelaraskan penggunaan mata wang

IV Memperkenalkan sistem pentadbiran baru

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

73.

SPM 2004

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?

a)

Menggunakan askar upahan

b)

Mempunyai tentera yang terlatih

c)

Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

Mendapat sokongan pembesar tempatan