NEW
Font size
WorksheetsSistem Respirasi - Biologi
Total questions: 18
Worksheet time: 36mins
Persamaan berikut menunjukkan respirasi anaerob dalam sel otot. Apakah S?
Air
Etanol
Asid laktik
Karbon dioksida
Apakah yang berlaku pada struktur X dan Y semasa menarik nafas?
X - Bergerak ke bawah dan ke dalam; Y - Mengecut
X - Bergerak ke atas dan ke keluar; Y - Mengecut
X - Bergerak ke bawah dan ke dalam; Y - Mengendur
X - Bergerak ke atas dan ke keluar; Y - Mengendur
Apakah tisu yang menyokong struktur X?
Tulang
Rawan
Kitin
Otot
Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem respirasi seekor serangga. Yang manakah antara berikut proses yang berlaku di X?
Osmosis
Resapan
Resapan berbantu
Pengangkutan aktif
Antara berikut yang manakah merupakan persamaan yang betul bagi respirasi di dalam sel?
Glukosa --> Asid Laktik + Tenaga
Glukosa --> Karbon Dioksida + Asid Laktik + Tenaga
Glukosa + Oksigen --> Karbon Dioksida + Air + Tenaga
Glukosa + Oksigen --> Karbon Dioksida + Etanol + Tenaga
Rajah menunjukkan sistem respirasi seekor serangga. Antara bahagian berlabel A, B, C dan D di manakah berlakunya pertukaran gas?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan keratan memanjang alveolus dan kapilari darah. Apakah tekanan separa oksigen di R, S dan T ?
R - Tinggi;
S - Rendah;
T - Tinggi
R - Rendah;
S - Tinggi;
T - Rendah
R - Tinggi;
S - Rendah;
T - Rendah
R - Rendah;
S - Tinggi;
T - Tinggi
Aras oksigen dalam darah seorang pendaki gunung jatuh di bawah aras normal semasa mendaki gunung. Proses manakah yang berlaku dalam sistem respirasinya untuk mengembalikan aras oksigen ke normal?
I - pH darah menurun
II - Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat
III - Otot interkosta mengecut dan mengendur dengan lebih lambat
IV - Otot respirasi mengecut dan mengendur dengan lebih cepat
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku. lndividu tersebut akan menyedut lebih oksigen untuk mengoksidakan asid laktik.
Di manakah pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam badan?
Sel otot
Jantung
Peparu
Hati
Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji respirasi anaerob dalam yis. Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas kimia yang berlaku?
Glukosa + oksigen → karbon dioksida + air + tenaga
Glukosa → karbon dioksida + air + tenaga
Glukosa → karbon dioksida + etanol + tenaga
Glukosa → asid laktik + air + tenaga
Yang berikut adalah masalah yang dihadapi oleh seorang perokok.
- Laringitis ialah satu kesan menghisap rokok
- Ia menyebabkan pertuturan menjadi susah dan menyakitkan
Apakah yang menyebabkan ini berlaku?
Tar
Karbon monoksida
Nikotin
Haba dari asap rokok
Rajah menunjukkan insang ikan. Antara bahagian P, Q, R dan S yang manakah tempat berlaku kadar pertukaran gas yang paling tinggi?
P
Q
R
S
Antara pernyataan berikut, yang manakah menghuraikan apa yang berlaku semasa menghembus nafas?
Isipadu rongga toraks berkurangan
Isipadu rongga toraks bertambah
Diafragma tidak berubah
Diafragma diturunkan menjadi leper
Rajah menunjukkan pokok padi di sawah padi. Apakah produk respirasi di P dan Q?
P - Asid laktik dan oksigen; Q - Asid laktik dan karbon dioksida
P - Karbon dioksida dan air; Q - Etanol dan karbon dioksida
P - Asid laktik dan karbon dioksida; Q - Karbon dioksida dan air
P - Etanol dan karbon dioksida; Q - Karbon dioksida dan air
Seorang atlet berlari dalam acara 100 meter. Pada urutan manakah berlakunya perubahan-perubahan ini?
S, R, Q, P
R, S, P, Q
Q, P, R, S
S, Q, R, P
