Font size
WorksheetsPENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
Total questions: 40
Worksheet time: 22mins
Zakat dari segi bahasa bermaksud
bersih, suci
berkurang harta
subur, suci, berkat dan berkembang
bertambah suci
Berapa golongankah yang layak menerima zakat
7 golongan
9 golongan
8 golongan
10 golongan
Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak . Berikut merupakan maksud istilah bagi:
Puasa
Solat
Berwudhuk
Zakat
Apakah hukum membayar zakat fitrah?
Wajib
Sunat
Harus
Haram
Berikut merupakan golongan yang layak menerima zakat fitrah kecuali
Al-Gharimin (Orang yang berhutang)
Fisabilillah
Anak yatim
Ibnu Sabil
Pilih hukum yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang betul.
Haji Mustafa membayar zakat fitrah pada 24 Ramadhan
Makruh
Sunat
Harus
Wajib
Pilih hukum yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang betul.
Hakimi membayar zakat fitrah selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
Haram
Sunat
Wajib
Makruh
Antara syarat-syarat wajib menunaikan zakat fitrah ialah....
Hidup pada akhir bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal
Mempunyai lebihan harta
Beragama Islam
Semua diatas
Amil ialah orang yang...
Orang yang menguruskan pungutan zakat
Orang yang membayar zakat
Orang yang memeluk Islam
Orang yang memungut hutang
Hikmah zakat fitrah terhadap individu ialah...
Menjatuhkan ekonomi masyarakat
Menjauhkan nilai-nilai murni
Mengelakkan sikap jaga tepi kain orang
Melahirkan sifat taat kepada perintah Allah
Hikmah pensyariatan zakat kepada penerima zakat ialah...
Membersihkan hati daripada hasad dengki
Sebagai sumber modal
Meringankan bebanan orang yang berhutang
Semua di atas
Aidiladha merupakan sambutan hari raya umat islam yang disambut pada ___________.
10 zulhijjah
11 zulhijjah
11 zulkaedah
10 zulkaedah
Berikut merupakan amalan sunat semasa menyambut hari raya kecuali __________.
Menghidupkan malam raya dengan bertakbir membesarkan Allah dan berdoa.
Mandi sunat hari raya.
Memakai pakaian yang terbaik, bersih dan cantik.
Pergi dan balik dari tempat solat melalui jalan yang sama.
"Makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat hari raya"
Pernyataan di atas merujuk kepada perkara _______________.
sunat Aidilfitri
sunat Aidiladha
wajib Aidilfitri
makruh Aidiladha
Dalam solat sunat hari raya, bertakbir sebanyak (a) kali pada rakaat pertama.
Berikut merupakan kaifiat khutbah hari raya kecuali _________.
disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah selepas selesai solat.
dilakukan selepas solat hari raya.
sunat dimulakan dengan 9 kali takbir pada khutbah pertama.
sunat dimulakan dengan 4 kali takbir pada khutbah kedua.
Berikut merupakan hikmah pensyariatan hari raya kecuali __________.
sebagai tanda bersyukur daripada seorang hamba kepada penciptanya.
melahirkan rasa kegembiraan merayakan hari kebesaran islam.
mengeratkan ukhuwah sesama umat islam.
menunjukkan rasa riak dengan berbaju baru di hari raya.
Pilih padanan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang tepat
*pilihan di sebelah kiri adalah Fardhu Ain dan sebelah kanan adalah Fardhu kifayah
“Rahman bermusafir dan berhenti di sebuah masjid di sebuah kampung 5 minit sebelum waktu Maghrib tiba. Beliau mendapati bahawa tiada seorang penduduk kampung yang datang ke masjid”.
Berdasarkan petikan di atas, yang manakah tindakan paling sesuai perlu diambil oleh Rahman bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah?
Menunggu Jemaah sehingga ada yang datang
Mengetuk pintu setiap ahli penduduk dan mengajak ke masjid
Menunaikan solat Maghrib secara sendirian apabila masuk waktu
Melaungkan azan di pembesar suara dan menunggu sekiranya ada Jemaah yang datang
Fardu Ain bermaksud _____________
perkara yang digalakkan untuk dilaksanakan oleh umat Islam
perkara yang haram dilaksanakan oleh umat Islam
perkara yang wajib ke atas umat Islam untuk melaksanakannya
perkara yang sangat dituntun untuk dilaksanakan oleh sebahagian daripada umat Islam
Hukum melaksanakan perkara fardu ain ialah ____________
Wajib
Haram
Sunat
Harus
Individu yang meninggalkan tuntutan ilmu fardu ain hukumnya
wajib
haram
sunat
harus
Menguruskan jenazah dan __________ adalah contoh tuntutan ilmu fardu kifayah.
mengerjakan haji dan umrah
solat fardu secara berjemaah
berpuasa di bulan Ramadan
mengeluarkan zakat bagi yang mampu
Ilmu berikut adalah contoh ilmu fardu ain kecuali
mempelajari kemahiran menjahit
solat fardu 5 waktu
mempelajari ilmu tajwid
menutup aurat
Antara yang berikut yang manakah bukan kesan penghayatan ilmu fardu ain dan kifayah terhadap masyarakat?
membentuk masyarakat berdisiplin
mendidik masyarakat bertanggungjawab
melatih masyarakat mementingkan diri sendiri
mewujudkan masyarakat saling membantu
Hukum menguruskan jenazah menurut hukum Islam ialah
wajib
fardu ain
fardu kifayah
sunat muakad
Antara adab menziarahi jenazah ialah ________
meletakkan tangan jenazah di dada
membantu keluarga si mati dalam pengurusan jenazah
mengikat dagu jenazah dengan kain
melembutkan sendi-sendi tulang
Apabila menerima berita kematian seseorang muslim, kita disunatkan untuk mengucapkan lafaz ______
Tahlil
Takbir
Tahmid
Takziah
Ketika menziarahi jenazah, kita hendaklah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dalam tempoh _______ daripada tarikh kematian.
1 hari
3 hari
5 hari
7 hari
Solat jenazah dilakukan dengan bertakbir sebanyak _________
2 kali
3 kali
4 kali
5 kali
Ketika solat jenazah perempuan, imam berdiri bertentangan dengan _______________
kepala jenazah
kaki jenazah
dada jenazah
pinggul jenazah
Liang lahad hendaklah dibuat pada dinding kubur sekiranya _____________
tanah keras
tanah lembut
tanah berpasir
tanah berair
Syarat wajib keluarkan zakat harta ialah...
Islam
Baligh
cukup haul
cukup nisab
Zakat haiwan ternakan bagi lembu dan kerbau ialah
30 ekor
40 ekor
50 ekor
60 ekor
Nyatakan jenis-jenis zakat harta yang diketahui
zakat perniagaan
zakat tanaman dan buah-buahan
zakat emas, perak dan mata wang
zakat fitrah
Berikut syarat sah khutbah KECUALI
khutbah disampaikan selepas solat hari raya
rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab
khatib seorang perempuan
berturut-turut antara dua khutbah
Solat sunat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Hari Raya
Solat ini boleh ditunaikan antara 2 rakaat hingga 12 rakaat
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Hari Raya
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Hajat
Berikut merupakan air mutlak KECUALI?
air salji
air teh
air hujan
air mata air
Solat secara berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan kelebihan ... darjat.
25
26
27
28
