NEW
Font size
WorksheetsModul e-CAT(SKM10) Bab 4: Dikurniakan Oleh Roh Kudus
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1.Ungkapan biasa seperti terima kasih,maaf dan tolong tidak perlu diterapkan dalam keluarga.
Setuju
Tidak Setuju
2.Frasa 'Adven' berasal dari frasa Latin iaitu 'Adventus' yang bererti kepulangan Sang Juruselamat.
Setuju
Tidak Setuju
3.Apabila menerima hadiah daripada ibu bapa sempena ulangtahun anda,tiada keperluan bagi anda untuk mengucapkan terima kasih.
Setuju
Tidak Setuju
4.Mengikuti Misa Kudus adalah suatu tempoh masa yang sangat membosankan berbanding memegang telefon bimbit sambil 'game' atau melayari FB,IG dan sebagainya.
Setuju
Tidak Setuju
5.Semasa anda menerima sakramen penguatan Roh Kudus akan menganugerahkan anda hadiah yang istimewa iaitu keteguhan iman kepada Yesus.
Setuju
Tidak Setuju
6.Sakramen Penguatan mestilah diterima oleh seorang Katolik sebelum dia menerima Sakramen Komuni Suci.
Betul
Salah
7.Frasa Yunani iaitu 'Parousia' bererti kedatangan yang dipusatkan terhadap kedatangan Kristus sebagai Mesias dan Raja.
Betul
Salah
8.Terdapat empat sifat utama bagi Gereja Katolik iaitu Satu,Kudus,Katolik dan Apostolik.
Betul
Salah
9.Daud telah mengalahkan Goliat hanya dengan menggunakan anak panah yang telah dicelup dengan racun yang berbisa.
Betul
Salah
10.Roh Hikmat merupakan satu daripada sembilan kurnia Roh seperti yang tertulis dalam Kitab Yesaya 11:1-2.
Betul
Salah
11.Dengan iman saya pasti lulus cemerlang atas bantuan Roh Kudus, walaupun tanpa mentelaah pelajaran.
Setuju
Tidak Setuju
12.Sifat takwa adalah kurnia Roh Kudus, maka seorang yang takwa hidup tanpa takut kepada Tuhan.
Setuju
Tidak Setuju
13.Kurnia Roh Kudus tentang pengetahuan ialah untuk membezakan antara yang benar dengan yang palsu.
Setuju
Tidak Setuju
14.Apabila anda menerima tujuh kurnia Roh Kudus semasa Penguatan maka anda tidak perlu lagi memohon pertolongan daripada Mesias sebaliknya hanya perlu mengandalkan diri sendiri,.
Setuju
Tidak Setuju
15.Sakramen Karisma telah memberikan saya kurnia pengertian dan kebijaksanaan. Maka untuk mencari pacar saya tidak memerlukan nasihat daripada ibu bapa.
Setuju
Tidak Setuju
16.Indulgensi adalah penghapusan siksaan sementara di hadapan Allah bagi dosa-dosa yang telah diampuni.
Setuju
Tidak Setuju
17.Rencana penyelamatan Allah dinyatakan melalui Alkitab. Oleh itu, kita boleh abaikan Alkitab dalam kehidupan kita seharian.
Setuju
Tidak Setuju
18.Uskup Emeritus John Lee Hiong Fun-Yit Yaw merupakan mantan uskup bagi Keuskupan Kota Kinabalu. Beliau telah bersara pada tahun 2010.
Betul
Salah
19.Kasih Allah ialah kasih 'Eros' iaitu kasih yang tidak bersyarat terhadap semua makhluk ciptaan-Nya.
Betul
Salah
20.Gereja Katolik didasari oleh tiga unsur utama iaitu Kitab Suci,Tradisi Suci dan Magisterium(ajaran gereja).
Setuju
Tidak Setuju
