WorksheetsSTPM PENGAJIAN AM SEM 1 2017
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.
Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum.
Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum.
Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
Perlembagaan tidak boleh dipinda.
Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.
Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan.
Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?
Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara
Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap
Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan
Peguam Negara
Perdana Menteri
Ahli Suruhanjaya
Ketua Hakim Negara
Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
I Ketua negara dipilih dalam pilihan raya.
II Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit.
III Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat.
IV Rakyat perlu memilih wakil Kawasan mereka ke Dewan Rakyat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?
Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi.
Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai.
Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya.
Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
Membuat kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya
Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
Mengadili petisyen pilihan raya
Yang manakah pernyataan yang benar tentang tugas Jemaah Menteri?
Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara
Menggubal dasar gaji, elaun, dan kemudahan kakitangan kerajaan
Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan
Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?
Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya.
Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh cabinet.
Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh ahli politik.
Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas.
Projek yang dibina oleh Majlis Daerah hendaklah diluluskan oleh
Majlis Kewangan Negara
Dewan Undangan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada negeri?
I Hasil daripada lombong
II Kutipan cukai pendapatan
Ill Terimaan mengenai bekalan air
IV Bayaran-bayaran daripada Mahkamah Persekutuan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tujuan utama penubuhan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah untuk
mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran negara
meningkatkan kecekapan pentadbiran pada peringkat masing-masing
menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
mengelakkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri.
Kerajaan Negeri X mengemukakan permohonan meminta Kerajaan Pusat menyemak bayaran royalty minyak.
Yang manakah pihak yang sesuai membincangkan perkara di atas?
Kabinet
Parlimen
Majlis Kewangan Negara
Majlis Perancangan Negara
Kerajaan mempergiat usaha untuk meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan swasta bagi menambah baik tahap tadbir urus.
Yang manakah strategi untuk mencapai hasrat di atas?
Memperkenalkan dan mempromosi program pembaharuan bagi jentera pentadbiran
Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam
Mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah menangani rasuah
Memperkemas struktur organisasi dari semasa ke semasa
Yang manakah sistem penyampaian yang menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan terhadap jabatan kerajaan?
I Kerenah birokrasi yang berbentuk hierarki kompleks
II Kelulusan sesuatu projek dibuat secara tender terbuka
III Memperkenalkan perkhidmatan sampingan dalam talian
IV Masa menunggu untuk berurusan di kaunter jabatan tidak konsisten
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
