WorksheetsTRIAL KELANTAN PAI 2020
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Orang yang berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur kepada Allah
Apakah gelaran bagi orang yang mengamalkan sifat di atas?
Musyrik
Murtad
Munafik
Fasik
Pilih pernyataan yang benar mengenai kesan perbuatan Riddah
Haram menerima harta pusaka dari waris beragama Islam
Tidak boleh menziarahi keluarga yang beragama Islam
Boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam
Putus hubungan kekeluargaan dengan keluarga Islam
Pilih jawapan yang tepat mengenai prinsip Ahli Sunnah Waljamaah
Mengharuskan perkahwinan Mut'ah
Berpegang teguh dengan hadis dhoif
Berpegang kepada prinsip Salafussoleh
Menghukum walaupun tiada bukti yang sohih
Antara yang berikut yang manakah bukan rukun taubat?
menginsafi balasan Allah
menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
Berhenti melakukan maksiat dengan segera
Berazam tidak mengulangi lagi kesalahan
- DILAKUKAN SELEPAS BERMALAM DI MUZDALIFAH
- DILAKUKAN SELEPAS TENGAH MALAM 10 ZULHIJJAH
- BERLANJUTAN SEHINGGA TERBENAM MATAHARI 13 ZULHIJJAH
Pernyataan di atas merujuk kepada waktu untuk melakukan ibadah
wukuf di Arafah
Bermalam di Mina
Bermalam di Muzdalifah
Melontar di Jamrah Aqabah
Antara berikut yang manakah benar dengan kadar akikah bagi anak lelaki dan anak perempuan
Dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan
Seekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan
Seekor kambing bagi anak lelaki dan dua ekor kambing bagi anak perempuan
Dua ekor kambing bagi anak lelaki dan dua ekor kambing bagi anak perempuan
Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat tidak dipenuhi semasa akad nikah ialah ________
zihar
fasakh
lian
khuluk
Pilih pernyataan yang benar mengenai tujuan dibenarkan melihat bakal isteri?
mengelakkan penipuan
memuaskan nafsu
mengikut adat
memuaskan hati ibu bapa
Antara yang berikut yang manakah syarat sah korban ?
I Binatang yang cukup umur
II Menghadapkan binatang ke arah kiblat
III Binatang sihat dan tidak cacat
IV Disembelih oleh orang Islam
I II dan III
I III dan IV
I II dan IV
II III dan IV
- MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN BANTUAN
- MEMBERI PELUANG KEPADA UMAT ISLAM YANG MENGEMBANGKAN EKONOMI
- MEMBERI JAMINAN KEPADA ORANG YANG MEMBERI HUTANG
Pernyataan di atas merujuk kepada _________
Hikmah sewa
Hikmah gadaian
Syarat saham
Hikmah hutang
Berikut adalah dasar-dasar pentadbiran Khulafak ar-Rasyidin
I Khalifah merupakan ketua negara
II Kahlifah mendapat keistimewaan
III Undang-undang negaar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
IV Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin
I II dan III
I II dan IV
II III dan IV
I III dan IV
Apakah Institusi yang ditubuhkan Oleh Kerajaan Umaiyah bagi mengurus semua pendapatan dan perbelanjaan negara?
Istana khalifah
Bank Negara
Baitul Hikmah
Baitul Mal
Pilih pernyataan yang benar mengenai Sheikh Muhammad Abduh
Berasal daripada keluarga bangsawan
Pernah menjadi mufti Kerajaan Arab Saudi
Meninggal dunia di Iskandariah, Mesir
Memperoleh Ijazah daripada Universiti Darul Ulum
Perkara berikut adalah bukti kecintaan para khalifah Kerajaan Abbasiyah terhadap ilmu
kecuali.
menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab
mengenakan cukai kepada penulis-penulis cukai
memberi hadiah kepada Kerajaan Rom berupa kitab perubatan dan falsafah
menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan
Tujuan utama lmam al-Bukhari membuat saringan dan kajian terhadap hadis yang
diperolehi daripada ulama-ulama hadis untuk _________
membetulkan bacaan hadis
memastikan kesahihan suatu hadis
mengetahui isi kandungan hadis
meneliti kehidupan perawi-perawi hadis
Bagaimanakah cara kita beriltizam dengan sunnah Rasulullah?
I Bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah Rasulullah.
II Melakukan sesuatu sunnah dengan penuh tanggungjawab.
III Mengamalkan sunnah mengikut masa dan tempat .
IV Mengikut segala sunah Rasulullah samada dalam perbuatan,perkataan, hukum, sikap dan pandangan.
I II dan III
I III dan IV
II III dan IV
I II dan IV
Perkara berikut merupakan perbuatan tidak beradab dengan Rasulullah SAW kecuali.
Mengasihi para sahabat baginda.
Tidak mentaati perintah baginda.
Bercakap-cakap ketika menziarahi makam baginda.
Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut.
Antara yang berikut,manakah yang tidak benar mengenai amalan sedekah.
Senyuman merupakan satu sedekah.
Sedekah ialah amalan yang mulia.
Bersedekah barang yang telah digunakan.
Bersedekah akan mendapat pahala daripada Allah
- Ikhlas dalam pemberian
- Memberi barangan yang disayangi
-x
Pernyataan di atas mengenai adab memberi hadiah dan sedekah.
Antara yang berikut, manakah yang tepat mengenai X ?
Barangan yang berharga.
Niat kerana Allah.
Pujian daripada orang ramai.
Tidak mengungkit semula barang yang diberi.
Manakah yang berikut mengenai ciri mauizatul hasanah dalam berdakwah?
I Kata-kata nasihat yang baik
II Menunjukkan teladan yang baik
III Kata-kata yang melunakkan hati
IV Mengamalkan semangat kerjasama
I II dan IV
II III dan IV
I dan II
II dan III
