NEW
Font size
WorksheetsSTPM PENGAJIAN AM SEM 1 2018
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I Mempunyai identitinya tersendiri
II Mempunyai penduduk yang tetap
III Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?
Majoriti mudah Majlis Parlimen
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong; dan Majlis Raja-Raja
Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.
Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
Kuat kuasa undang-undang
Percantuman wilayah
Pendaftaran
Masukan
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
Khalwat
Mengamalkan ajaran sesat
Tidak berpuasa pada bulan Ramadan
Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
diluluskan oleh Majlis Parlimen
disahkan oleh Badan Kehakiman
diwartakan sebagai Warta Kerajaan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
rombakan kabinet
kematian Setiausaha Dewan Negara
kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
perletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat
Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?
I Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
Ill Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?
I Proses kerja yang jelas
II Tahap keilmuan yang tinggi
Ill Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
IV Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk
meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar
menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan
mengekalkan kerenah birokrasi dalam prosedur kerja
melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara
* Bayaran sewaan kuaters guru
* Bayaran denda kerana kesalahan lalu lintas
Penerimaan bayaran di atas dikategorikan sebagai
hasil bukan cukai
terimaan bukan hasil
bayaran perkhidmatan
hasil Wilayah Persekutuan
* Menjadi pemangkin perubahan dalam aspek penyampaian di sektor awam dan swasta
* Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian
Tugas di atas dilaksanakan oleh
Unit Inovasi Khas
Unit Kerjasama Awam Swasta
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak ialah
menyeragamkan pentadbiran
menyelaraskan aktiviti ekonomi
memudah cara pelaksanaan projek pembangunan
meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta
Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukan kerajaan persekutuan kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya dan bilangan penduduk?
Perbendaharaan
Majlis Kewangan Negara
Pihak Berkuasa Tempatan
Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri
Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui
peningkatan bilangan kakitangan
pemudahcaraan proses dan prosedur kerja
perwujudan jabatan dan agensi yang baharu
pengurangan masa operasi penyampaian perkhidmatan
Yang manakah kesan kewujudan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar?
Kos operasi kerajaan dikurangkan
Penswastaan perkhidmatan awam diperluas
Waktu urusan di pejabat-pejabat kerajaan dipendekkan
Urusan orang ramai dengan agensi awam dan swasta dipermudah
