WorksheetsCTU - 263 (Fiqh Awlawiyyat)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud HUKUM SYARAK?
Ketetapan yang termaktub di dalam akta dan perlembagaan
Ketetapan Allah ke atas setiap perbuatan mukallaf
Ketetapan undang-undang terhadap perilaku manusia
Ketetapan manusia kepada tindakan manusia yang lain
Apa sahaja tindak-tanduk dan perlakuan umat Islam, ia tertakluk kepada _________.
Lima hukum Wad'i
Lima hukum Taklifi
Lima hukum Kasbi
Lima hukum Aqli
Pilih maksud kategori hukum yang betul.
WAJIB = mesti dilaksanakan, berdosa jika ditinggalkan
MAKRUH = digalakkan untuk dilakukan
SUNAT = digalakkan untuk ditinggalkan
HARAM = mesti ditinggalkan, berdosa jika dilakukan
Apakah maksud FIQH AWLAWIYYAT?
Mendahulukan kelebihan berbanding kekurangan
Mendahulukan yang lebih utama berbanding yang kurang utama
Mendahulukan kehendak diri berbanding kehendak Allah
Mendahulukan yang kurang utama berbanding yang lebih utama
FIQH AWLAWIYYAT amat penting dalam Pengurusan Islam. Fiqh Awlawiyyat melibatkan proses
Mengetahui dengan tepat keutamaan sesuatu perkara
Mengimbangi secara adil antara dua atau tiga perkara yang berbeza
Memilih yang lebih penting dan terpaksa mengorbankan yang kurang penting
Mempersoalkan keutamaan yang telah ditetapkan Islam
Mengapakah umat Islam perlu mempelajari FIQH AWLAWIYYAT?
Sebagai panduan untuk membeli kereta
Sebagai panduan untuk berumahtangga
Sebagai panduan dalam membuat keputusan yang tepat
Sebagai panduan untuk memilih antara beberapa pilihan yang ada
Pilih perkara yang perlu dilakukan oleh umat Islam berdasarkan kefahaman FIQH AWLAWIYYAT yang betul.
Mendahulukan ibadat wajib sebelum ibadat sunat
Mengutamakan sukan dan senaman berbanding menuntut ilmu
Mendahulukan solat berjemaah berbanding menonton TV
Mengutamakan anime dan mengabaikan kelas agama
Jika berlaku pertembungan antara memelihara nyawa atau memelihara harta, yang manakah yang perlu diutamakan?
Menjaga Nyawa
Menjaga Harta
Menjaga Agama
Menjaga Akal
Di antara kepentingan duniawi seperti mencari harta untuk hidup dengan kepentingan agama atau ukhrawi seperti mencari harta yang halal, yang manakah yang lebih penting untuk diutamakan?
Ali yang bekerja di kilang arak perlu berhenti dan mencari pekerjaan lain
Samad yang bekerja di perbankan konvensional perlu mencari kerja yang tiada kaitan riba
Ali yang bekerja di kilang arak tidak perlu berhenti kerana amat sukar mendapatkan pekerjaan lain
Samad yang bekerja di perbankan konvensional perlu menyara keluarga, dia tidak perlu berhenti kerja
Dalam pengurusan, FIQH AWLAWIYYAT perlu dipraktikkan dengan tepat. Apakah aspek yang perlu diutamakan dalam pengurusan?
Kualiti berbanding kuantiti
Pembangunan insan berbanding pembangunan bangunan
Kerja sekali sekala berbanding kerja berterusan
Mengutamakan bercakap berbanding bekerja
Yang mana lebih utama?
Pengajian Pengurusan lebih utama berbanding Pengajian Islam
Pengajian Islam lebih utama daripada pengajian Pengurusan
Pengajian bisnes lebih utama berbanding pengajian tentang agama
Pengajian agama lebih utama berbanding pengajian bisnes
Yang mana lebih utama?
Solat 1000 rakaat lebih utama daripada menuntut ilmu
Membayar zakat lebih utama berbanding membayar cukai
Berbelanja di shopping mall lebih utama daripada bersedekah
Bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin lebih utama berbanding bersedekah kepada orang lain
Yang mana lebih utama?
Mengerjakan haji setiap tahun berbanding membantu pelajar miskin
Belanja duit untuk membina masjid berbanding melakukan program mengimarahkan masjid
Guna duit masjid untuk kebajikan penduduk setempat berbanding simpan untuk bil api dan air sahaja
Memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk tujuan hiburan berbanding program ilmiah
Yang mana lebih utama?
Mengutamakan maslahah DHARURIYAT berbanding maslahah HAJIYAT
Mengutamakan maslahah HAJIYAT berbanding maslahah DHARURIYAT
Mengutamakan maslahah TAHSINIYYAT berbanding maslahah HAJIYAT
Mengutamakan maslahah DHARIRUYAT berbanding maslahah TAHSINIYYAT
Yang mana lebih utama?
Mengutamakan keperluan mendesak berbanding keperluan yang tidak mendesak
Kepentingan jangkamasa panjang berbanding jangkamasa pendek
Mengutamakan menolak kemudaratan berbanding mencipta kemaslahatan
Mendahulukan kebaikan yang kecil nilainya berbanding menolak kemudaratan yang besar kesannya.
Yang mana lebih utama?
Mengutamakan kebajikan individu tertentu berbanding kebajikan golongan umum
Mengutamakan kebajikan pekerja berbanding keuntungan semata
Mengutamakan kebajikan haiwan berbanding kebajikan manusia
Mengutamakan kebajikan pemimpin berbanding kebajikan rakyat
Pilih keutamaan yang tepat.
Antara kebaikan dan kemudaratan, pilih yang baik dan tinggalkan yang buruk
Antara dua kemudaratan, lakukan yang kurang mudarat dan tinggalkan yang banyak mudarat
Antara dua kebaikan, pilih yang paling banyak manfaat dan tinggalkan yang manfaatnya sedikit sahaja
Antara kebaikan dan kemudaratan, pilih untuk elak mudarat berbanding hasilkan kebaikan
FIQH AWLAWIYYAT: keutamaan sesuatu perkara perlu dinilai daripada pelbagai aspek seperti aspek agama, keutamaan Maqasid Syariah, keadaan, masa, tempat, realiti masyarakat, kesan jangka panjang dan jangka pendek, memberi manfaat kepada jumlah yang banyak atau sedikit, adakah berada pada tahap yakin atau hanya kemungkinan sahaja, yang mana bersifat kekal atau sementara, dan pelbagai lagi aspek lain.
Betul
Salah
Penentuan keutamaan perlulah mengikut pertimbangan Syarak. Jika akal menyatakan bahawa sesuatu perkara itu bermanfaat dari sudut ekonomi/keuntungan tetapi Syarak mengharamkannya, maka ketetapan Syarak perlu diutamakan. Begitu juga jika Syarak menetapkan hukuman kepada sesuatu jenayah, walaupun akal menyatakan ia bakal mengakibatkan ekonomi merudum, maka ketetapan Syarak tetap perlu diutamakan
Betul
Salah
Dalam soal memilih jodoh, Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk memilih kriteria yang lebih utama berbanding kriteria yang lain. Apakah kriteria tersebut?
Harta
Kecantikan
Keturunan
Agama
