Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tasawwur Islam: Bab 12 Hiburan Menurut Islam

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Semua yang berikut adalah konsep hiburan dalam Islam KECUALI

a)

Selari dengan hukum syarak

b)

Meliputi aspek iman dan akhlak

c)

Mempertingkatkan mutu hiburan

d)

Memenuhi tuntutan fitrah manusia

2.

Antara berikut yang manakah BUKAN adab dan etika hiburan Islam?

a)

Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

b)

Menghasilkan hiburan yang selari dengan nilai akhlak Islam

c)

Mengetahui batasan manusia dalam berhibur

d)

Menghasilkan karya hiburan asli

3.

Hiburan dalam Islam merujuk kepada sesuatu perkara yang dapat ____________ dan ___________ hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak

a)

Menghiburkan

b)

Menyedihkan

c)

Menggembirakan

d)

Berdukacita

4.

Semua yang berikut ialah kesan tidak mengamalkan adab dan etika berhibur menurut Islam KECUALI

a)

Menggalakkan maksiat

b)

Masyarakat berdisiplin

c)

Masyarakat leka dengan hiburan

d)

Masyarakat mengabaikan ibadah wajib

5.

Berikut ialah adab-adab dan etika sesebuah persembahan nyanyian KECUALI

a)

Penampilan artis yang sopan dan beradab

b)

Berpakaian menutup aurat dan kemas

c)

Hiasan yang bersesuaian dan sederhana

d)

Mengandungi unsur-unsur merosakkan akidah

6.

Berikut merupakan garis panduan nyanyian yang dibolehkan dalam kehidupan KECUALI

a)

Nyanyian yang seni katanya baik

b)

Persembahan yang tidak melalaikan

c)

Bercampur antara lelaki dengan perempuan

d)

Nyanyian yang meningkatkan keimanan

7.

Nyanyian yang dibolehkan dalam Islam ialah yang tidak bertentangan dengan _______ Islam

a)

Akidah

b)

Ibadah

c)

Akhlak

d)

Feqah

8.

Hiburan dalam Islam boleh membentuk peribadi yang baik

a)

Betul

b)

Salah

9.

Islam membenarkan lelaki dan perempuan berhibur dengan hiburan yang bertentangan dengan konsep hiburan dalam Islam

a)

Salah

b)

Betul

10.

Islam membenarkan manusia berhibur kerana ia adalah fitrah insan

a)

Salah

b)

Betul

11.

Hiburan dalam Islam ialah yang sederhana dan tidak melampaui batas

a)

Betul

b)

Salah

12.

Hiburan yang mementingkan adab dan etika berhibur boleh membentuk peribadi seseorang yang berakhlak _______

a)

Terkeji

b)

Terpuji

13.

Hiburan yang boleh melalaikan daripada melakukan solat adalah __________ kerana ia bertentangan dengan adab dan etika hiburan

a)

Diharuskan

b)

Dibenarkan

c)

Dilarang

d)

Disuruh

14.

Nyanyian yang dibolehkan ialah yang tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan ajaran dan nilai-nilai Islam

a)

Betul

b)

Salah

15.

Pihak penganjur perlu menyediakan tempat persembahan sahaja dan tidak memerlukan tempat untuk solat

a)

Salah

b)

Betul

16.

Kumpulan yang membuat persembahan hendaklah berpakaian menutup aurat dan tingkah laku yang tidak melampaui batas

a)

Salah

b)

Betul

17.

Hiburan yang mengamalkan adab dan etika berhibur menurut Islam dapat memperlihatkan kebaikan dan keindahan ajaran Islam kepada orang bukan Islam

a)

Salah

b)

Betul

18.

Mengamalkan adab berhibur menurut Islam dapat menghindari sebarang perkara yang negatif

a)

Betul

b)

Salah

19.

Hiburan ialah sesuatu yang dapat menghiburkan hati seseorang selari dengan kehendak syarak

a)

Salah

b)

Betul

20.

Hiburan dalam Islam menjurus kepada kebaikan sekiranya dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan

a)

Betul

b)

Salah