WorksheetsCTU152 - AKHLAK DALAM PERADABAN ISLAM
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
Perkembangan peradaban Islam dikategorikan kepada beberapa fasa yang utama. Pilih fasa yang betul.
Fasa Pertama - Zaman Kegemilangan dan Keemasan Islam yang berhasil membina tamadun agung di dunia
Fasa Kedua - Kemerdekaan dicapai melalui konsep Negara-Bangsa, namun pemikiran semakin terjajah
Fasa Moden - Zaman kejatuhan negara-negara Islam ke tangan penjajah.
Fasa Pascamoden - Zaman Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat RA.
Apakah kaitan antara agama, akhlak dan peradaban?
Agama menjadi teras akhlak dan akhlak membentuk identiti dan hala tuju peradaban
Kelangsungan peradaban ditentukan oleh sikap masyarakatnya
Agama membentuk keunikan peradaban dan peradaban melahirkan akhlak dan nilai murni
Ketiadaan agama dan akhlak menjadikan sesuatu peradaban menjurus ke arah kerosakan.
Nabi Muhammad SAW merupakan ikutan terbaik (USWATUN HASANAH) dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agung, Baginda meletakkan akhlak sebagai batu asas dalam membentuk negara Islam yang bersepadu. Perkara ini turut diakui oleh orang Barat.
Betul
Salah
Mengapakah AKHLAK amat penting dalam pembinaan peradaban Islam?
Akhlak membina diri insan menjadi seorang yang tunduk & patuh kepada perintah & larangan Allah SWT.
Akhlak mendorong manusia memiliki sifat dalaman yang suci dari segi peribadi dan personaliti luaran.
Akhlak menjadikan manusia berpewatakan dan berketerampilan hebat.
Akhlak menjamin kekayaan yang banyak dan jawatan yang tinggi
Manusia perlu mengetahui setiap perkara yang baik untuk dilakukan dan perkara yang buruk untuk dijauhi dan dihindari dalam membina peradaban yang unggul.
Namun, akal manusia adalah terbatas untuk mengetahui apa yang baik dan buruk
Justeru, akal sudah cukup untuk mentadbir alam tanpa perlu kepada agama
Agama berperanan membimbing akal agar alam ditadbir mengikut pertimbangan Syarak
Tanpa akhlak, manusia akan menuruti nafsu dalam memilih perkara baik atau buruk
Dalam Islam, akhlak tidak hanya melibatkan hubungan manusia dengan manusia yang lain. Namun, ia juga melibatkan
Hubungan manusia dengan Pencipta
Hubungan manusia dengan alam ciptaan
Hubungan manusia dengan dirinya sendiri
Hubungan manusia dengan jin dan syaitan
Apakah maksud AL-MITHAQ?
Perjanjian roh manusia dengan Allah bahawa mereka mengakui Allah sebagai tuhan
Perjanjian manusia dengan manusia yang lain untuk meminjam wang
Perjanjian manusia dengan jin untuk memohon bantuan mereka
Perjanjian roh manusia dengan Allah bahawa mereka akan berbuat baik di dunia
Adakah AKHLAK sama dengan moral dan etika?
Tidak. Akhlak mesti melibatkan akidah dan syariat Allah
Ya. Ia berbeza dari sudut ejaan sahaja
Tidak sama. Etika & moral tiada manfaat atau mudarat di akhirat
Tidak. Akhlak pasti membentuk peribadi yang baik. Etika & moral tidak membentuk peribadi yang baik
Mengapakah EKSTREMISME wujud dalam kalangan umat Islam hari ini?
Mempunyai penyakit hati seperti dengki, dendam dan busuk hati
Kedangkalan dalam memahami ajaran Islam sebenar
Terlalu taksub dan tiada sifat bertoleransi dengan fahaman yang dianuti
Terpengaruh dengan rakan, kumpulan dan persekitaran
Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh umat Islam agar mereka mampu menghindari EKSTREMISME dalam beragama?
Mengamalkan sikap tasamuh atau toleransi
Mengganggotai pertubuhan bukan kerajaan
Bertapa di dalam gua selama sebulan
Mengangkat senjata untuk memerangi golongan yang tidak sependapat
Kesemua perkara berikut perlu dilakukan oleh umat Islam agar mereka mampu menghindari EKSTREMISME dalam beragama, kecuali?
Bersederhana dalam kepercayaan dan amalan
Menghayati kepentingan perpaduan umat Islam
Menghormati pandangan yang tidak sama dengan kita
Memutuskan persahabatan dengan golongan yang tidak bersefahaman dengan kita
Apakah contoh EKSTREMISME AGAMA dalam kalangan umat Islam kini?
Mengahwini empat orang isteri
Menyertai kumpulan terroris untuk membunuh orang awam
Memberikan gelaran kafir dan bid'ah kepada orang lain
Menjauhi rakan kerana bau badannya busuk
Fahaman ini menolak bahawa semua nabi menyeru kepada satu agama, sebaliknya menganggap bahawa masing-masing membawa agama yang berbeza daripada Tuhan yang sama. Menurut fahaman ini, semua agama termasuk Hindu, Buddha, Kristian dan Konfucius adalah agama-agama yang datang dari Tuhan yang sama.
Ini adalah fahaman Pluralisme Agama
Ini adalah fahaman Pluralistik Agama
Ini adalah fahaman Pluraliti Agama
Ini adalah fahaman Plural Agama
PLURALISME AGAMA merupakan salah satu ancaman kepada Peradaban Islam dan Umat Islam. Apakah maksud Pluralisme Agama?
Kewujudan pelbagai agama dalam sesebuah tamadun
Keyakinan bahawa semua agama adalah sama, tiada beza dan menuju kebenaran yang satu
Toleransi dengan agama lain yang wujud dalam sesebuah negara
Penganut agama lain berhak diberikan layanan yang sama rata untuk mengamalkan agama dengan tenang
Apakah faktor yang menyebabkan fahaman PLURALISME AGAMA mudah sekali dianuti oleh masyarakat Muslim kini?
Kejahilan masyarakat terhadap ajaran Islam sebenar
Fahaman ini disebarkan secara halus melalui media sosial
Fahaman ini dinormalisasikan menerusi filem dan drama
Kelemahan undang-undang dan penguatkuasaan
Dua contoh isu semasa yang melanda umat Islam iaitu EKSTREMISME dan PLURALISME menunjukkan bahawa:
Umat Islam perlu mengamalkan akhlak yang seimbang dan sederhana
Umat Islam tidak boleh terlalu keras sehingga mengabaikan akhlak dan syariah
Umat Islam tidak boleh terlalu longgar sehingga meleburkan akidah sendiri
Umat Islam perlu mengamalkan toleransi dan bertolak ansur dalam semua aspek
PLURALISME AGAMA menunjukkan bahawa akhlak yang mengabaikan akidah boleh dianggap sebagai sikap toleransi yang tepat.
Betul
Salah
EKSTREMISME AGAMA menunjukkan bahawa akhlak yang mengabaikan Syariah merupakan kepincangan dalam mengamalkan agama Islam.
Betul
Salah
