wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKBBBK: SYAIR BIDASARI

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Maksud rangkap pertama Syair Bidasari ialah ..........

a)

Mengisahkan pemerintahan seorang raja.

b)

Mengisahkan pemerintahan seorang raja di desa Negeri Kembayat.

c)

Mengisahkan pemerintahan seorang raja di desa Negeri Kembayat yang dikuasai pemerintah yang kejam.

d)

Mengisahkan pemerintahan seorang raja di desa Negeri Kembayat supaya dapat dijadikan contoh teladan dan dibuat perbandingan.

2.

Maksud rangkap kedua Syair Bidasari ialah di sebuah negeri terdapat seorang sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Keadilan baginda telah menjadikan ..............

a)

kedatangan para pedagang.

b)

kedatangan para pedagang dan orang yang tamak.

c)

kedatangan para pedagang dan orang soleh di negerinya semakin ramai.

d)

kedatangan para pedagang dan para pemimpin luar yang semakin ramai.

3.

Maksud rangkap ketiga Syair Bidasari ialah kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda sangat dikagumi. Baginda tidak pernah mengalami kesusahan, namun .........

a)

keadaan itu mungkin akan berkekalan atau sebaliknya.

b)

keadaan itu mungkin akan berkekalan selama-lamanya.

c)

keadaan itu pasti akan berkekalan sehinggalah ke generasi yang seterusnya.

d)

keadaan itu mungkin akan berkekalan atau sebaliknya kerana setiap yang hidup pasti akan mati jua.

4.

Maksud rangkap keempat Syair Bidasari ialah sultan yang bijaksana bertambah berseri setelah ...........................

a)

bertunang. Selang beberapa bulan, merekapun berkahwin.

b)

berkahwin. Selang beberapa bulan, pemaisurinya hamil.

c)

bertunang. Selang beberapa bulan, pemaisurinya melahirkan cahaya mata.

d)

berkahwin. Selang beberapa bulan, pemaisurinya jatuh sakit dan meninggal dunia.

5.

Maksud rangkap kelima Syair Bidasari ialah setelah beberapa tahun memerintah negara dengan gembira dan aman, ...........................

a)

telah berlaku masalah kecil.

b)

telah berlaku masalah dan baginda terpaksa menutup kerajaan.

c)

telah berlaku masalah dan baginda terpaksa meninggalkan tahta kerajaan.

d)

telah berlaku masalah dan baginda terpaksa meninggalkan tahta kerajaan dan mengajak rakyat bersama-samanya melarikan diri.

6.

Maksud rangkap keenam Syair Bidasari ialah pada suatu hari Negeri Kembayat diserang burung geroda yang sangat perkasa hingga ...................................

a)

menyebabkan kemusnahan yang teruk.

b)

menyebabkan Negeri Kembayat tenggelam.

c)

menyebabkan Negeri Kembayat huru-hara dan rakyat berpecah belah

d)

menyebabkan kemusnahan istana raja dan rakyat berjaya memperbaikinya.

7.

Maksud rangkap ketujuh Syair Bidasari ialah Geroda menyerang dengan suaranya yang luar biasa. Keadaan negeri menjadi ....................................................

a)

tenang dan mengkhayalkan.

b)

huru-hara dan rakyat lari menyelamatkan diri.

c)

huru-hara dan sultan menitahkan rakyat bertarung dengan geroda itu.

d)

tenang selepas itu kerana geroda yang ganas terbunuh dek tikaman daripada sultan yang perkasa.

8.

Maksud rangkap kelapan Syair Bidasari ialah di istana rakyat datang menghadap raja. Keadaan huru-hara yang berlaku di luar istana didengari oleh baginda. Baginda dengan tegasnya bertitah untuk .......................

a)

mengetahui perkara yang berlaku di luar istana.

b)

mengetahui keadaan burung geroda setelah dibunuh.

c)

melihat keadaan yang berlaku dan meminta rakyat bersabar.

d)

keluar istana dan melihat keadaan rakyat serta kemusnahan yang berlaku.

9.

Tema Syair Bidasari ialah cabaran yang dihadapi oleh.........

a)

rakyat dan sultan.

b)

rakyat apabila berhadapan dengan musuh.

c)

seorang raja semasa memerintah negara.

d)

seorang raja selepas berkahwin dan keadaan negara yang tidak stabil.

10.

Berikut ialah persoalan yang terdapat dalam Syair Bidasari kecuali .................................................................

a)

kehebatan rakyat sehingga dikagumi oleh sultan.

b)

kehebatan seorang raja yang memerintah negara.

c)

kebijaksanaan dalam memimpin negara.

d)

musibah yang datang tidak dapat diramal.

11.

Apakah persoalan yang betul tentang Syair Bidasari?

a)

Tanggungjawab rakyat dan negaranya.

b)

Keadilan seorang pemerintah

c)

Kasih sayang dan cinta akan pemerintah.

d)

Kehebatan rakyat dan pemerintah menguasai bencana.

12.

Syair Bidasari berbentuk ..............

a)

terikat

b)

tidak terikat

c)

tidak terhad

d)

bebas

13.

Berikut kenyataan yang betul tentang bentuk Syair Bidasari, kecuali

a)

terdiri daripada lapan rangkap.

b)

bilangan kata antara tiga hingga lima patah perkataan.

c)

mempunyai enam baris dalam setiap rangkap.

d)

terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata dalam setiap baris.

14.

Rima akhir syair ini ialah ............................

a)

abab kecuali rima akhir rangkap ketiga syair iaitu aaaa.

b)

aaaa kecuali rima akhir rangkap ketiga syair iaitu aaba.

c)

abaa kecuali rima akhir rangkap ketiga syair iaitu aaaa.

d)

aabb kecuali rima akhir rangkap ketiga syair iaitu aaba.

15.

Berikut ialah unsur bahasa yang tepat tentang Syair Bidasari kecuali..............................

a)

hiperbola. Contohnya, entah pada esok dan lusa.

b)

repetisi. Contohnya, beberapa bulan beberapa hari.

c)

simile. Contohnya , mendengar gempar seperti perang.

d)

bahasa istana . Contohnya sultan, baginda, puteri, permaisuri, takhta, bertitah.

16.

Berikut unsur bunyi beserta contoh dalam Syair Bidasari kecuali .....................................................

a)

asonansi. Perulangan vokal a . Contohnya, sangat tiada merasai susah

b)

aliterasi. Perulangan konsonan m. Contohnya, membawa diri ke mana-mana.

c)

asonansi. Perulangan vokal e. Contohnya, beberapa bulan beberapa hari.

d)

aliterasi. Perulangan konsonan u. Contohnya, baginda duduk bersuka-sukaan.

17.

Berikut nilai yang terdapat dalam Syair Bidasari, kecuali ......

a)

tanggungjawab

b)

kebijaksanaan

c)

kesederhanaan

d)

kasih sayang

18.

Berikut ialah pengajaran yang perlu diambil perhatian dalam Syair Bidasari kecuali ......................

a)

kita hendaklah berasa bangga menjadi seorang pemimpin.

b)

Kita perlulah bijak dalam membuat sebarang tindakan.

c)

kita hendaklah bersikap adil dalam memimpin sesebuah organisasi

d)

kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain dalam ahli keluarga dan sesama manusia.

19.

Berdasarkan Syair Bidasari, nyatakan dua ciri pemerintah yang amat dikagumi.

a)

Dua ciri pemerintah yang amat dikagumi ialah amanah dan jujur.

b)

Dua ciri pemerintah yang amat dikagumi ialah berani dan prihatin. Selain itu bersikap selalu mengambil berat.

c)

Dua ciri pemerintah yang amat dikagumi ialah gagah perkasa dan bijaksana. Selain itu keadilan baginda menyebabkan semakin ramai pedagang dan orang soleh datang ke negerinya.

d)

Dua ciri pemerintah yang amat dikagumi ialah amanah dan jujur. Selain itu pemimpin perlu jujur ketika bertutur agar tidak menyinggungkan perasaan rakyat.

20.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan terhadap sesebuah negara sekiranya pemimpin mengamalkan corak pemerintahan yang salah?

a)

Pada pendapat saya, kesan-kesannya ialah negara akan menjadi kucar -kacir akibat sistem pentadiran yang lemah.

b)

Pada pendapat saya, kesan-kesannya ialah negara akan menjadi kucar -kacir akibat sistem pentadiran yang lemah. Selain itu ekonomi negara akan merosot dan rakyat miskin.

c)

Pada pendapat saya, kesan-kesannya ialah negara akan runtuh kerana sistem pentadiran yang goyah. Selain itu bidang pertanian negara mula merosot. Di samping itu, kepercayaan rakyat turut tergugat. Akhir sekali rampasan kuasa akan berlaku.

d)

Pada pendapat saya, kesan-kesannya ialah negara akan menjadi kucar -kacir akibat sistem pentadiran yang lemah. Selain itu ekonomi negara akan merosot apabila kurang kepercayaan daripada pelabur luar. Di samping itu, keamanan dan kesejahteraan rakyat turut tergugat.