Font size
WorksheetsDPE4133 : ASAS KEUSAHAWANAN
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Apakah definisi keusahawanan yang betul?
Satu proses yang menceraikan gabungan antara sumber pengeluaran oleh usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia
Satu proses yang menceraikan gabungan antara sumber pengeluaran oleh peniaga milikan tunggal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia
Satu proses yang menggabungkan sumber pengeluaran oleh usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia
Satu proses yang menggabungkan sumber pengeluaran oleh peniaga milikan tunggal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia
Perkataan "enterpreneur" adalah bahasa (a) yang berasal daripada perkataan bahasa Perancis iaitu "entreprendre" yang bermaksud memikul
Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan sumber dalam keusahawanan?
Tanah
Teknologi
Tenaga Buruh
Rakan Kongsi
Anda ingin memulakan perniagaan sebagai usahawan nurseri . Antara berikut, yang manakah sumber yang perlu anda ada untuk memulakan perniagaan.
(Pilih lebih dari 1 jawapan)
Saya sentiasa mementingkan keuntungan jangka panjang dan menghadapi risiko yang tinggi. Siapakah saya?
Bank Pinjaman
Peniaga Kecil
Usahawan
Syarikat Korporat
Sifat X ialah sentiasa ingin mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Apakah sifat X?
Kreatif
Inovatif
Kritis
Imaginatif
Encik Hamid merupakan seorang usahawan landskap. Beliau telah mencipta sebuah mesin pemotong rumput berteknologi hijau yang pertama di dunia. Apakah ciri usahawan yang ada pada En Hamid?
Inovatif
Berdaya saing
Bertanggungjawab
Kreatif
Lahir di Pulau Pinang pada 15 November 1948. Beliau merupakan usahawan kasut yang berjaya menghasilkan sebuah jenama bertaraf antarabangsa bertapak di London, England. Siapakah Beliau?
Antara berikut, yang manakah konsep keusahawanan yang tepat?
Pilih lebih dari 1 jawapan.
Inisiatif berterusan
Mendapat keuntungan
Mengambil risiko dan peluang
Meminimumkan penggunaan sumber
(a) merupakan usahawan yang mempunyai syarikat seperti Maxis, Usaha Tegas dan Astro.
(a) bermaksud cekal dalam menghadapi cabaran dan tidak akan mudah tergugat dengan sebarang masalah yang melanda. Apakah ciri tersebut?
Yang manakah antara berikut merupakan teori keusahawanan mengikut perspektif sosial?
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunan ekonomi.
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status kehidupan
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti.
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperoleh keuntungan dan berkembang
Puan Anis menjalankan perniagaan tanpa mengambil riba.
Berdasarkan pernyataan berikut, apakah persepktif teori keusahawanan yang Puan Anis terapkan?
Muamalat
Akad
Adil
Islam
Apakah kepentingan keusahawanan bagi masyarakat?
(Pilih lebih dari 1 jawapan)
Menawarkan peluang pekerjaan dan kerjaya
Meminimumkan kadar per kapita pengeluaran
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Memenuhi kehendak dan keperluan rmasyarakat
Bilakah tarikh pelancaran Dasar Pembangunan Negara (DPN)?
30 Januari 1990
28 Februari 1991
23 Jun 1995
15 September 1998
Apakah DUA matlamat utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan?
Membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi dan sosio-ekonomi Malaysia
Menumpukan pembangunan sumber manusia, sistem nilai dan etika dan perkembangan teknologi
(a) (DPN) telah menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1991.
Antara berikut, yang manakah penjajah yang memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah di Tanah Melayu?
Belanda
Portugis
British
Jepun
Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971?
Antara berikut, pilih TIGA agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu usahawan pertanian.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
