WorksheetsPERIBAHASA MELAYU
Total questions: 30
Worksheet time: 11mins
Berikan peribahasa sama maksud:
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Bapa borek anak rintik
air yang dicencang tidak akan putus
Perangai anak itu kasar seperti bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, ........................................................
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Biduk lalu kiambang bertaut
Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak kata peribahasa ..................................................
Seperti kacang lupakan kulit
Seperti ikan pulang ke lubuk
Berikan peribahasa yang sama maksud:
Seperti cincin dengan permata
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
Seperti pinang dibelah dua
Berikan peribahasa yang sama maksud:
Seperti kacang lupakan kulit
Seperti cacing kepanasan
Seperti ulat lupa akan daun
Ke bukit sama didaki, ....................................
ke lurah sama dituruni
di situ ada jalan
Genggam bara api ................................................
biar sampai jadi debu
biar sampai jadi arang
Kalau tidak dipecahkan ruyung, ......................................
manakan dapat sagunya
tidak akan dapat sagunya
........................................................, lautan dalam jangan diduga.
Kalau kail panjang sejengkal
Kalau tiada kail
.................................., jangan berumah di tepi pantai.
Kalau bimbang dihentam ombak
Kalau takut dilambung ombak
Hujan emas di negeri orang, .................................................................
hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
hujan batu di negeri sendiri
Chong dan Raja dinasihati oleh kaunselor itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.
Seperti cacing kepanasan
Seperti telur di hujung tanduk
Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak kita dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Setiap kali pulang ke kampung, Encik Aiman akan melalui jalan yang berliku-liku seperti ......................
simpang-siur
ular kena palu
Pilih 3 peribahasa yang sesuai dengan berdasarkan situasi berikut:
Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai minat dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berterusan itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaaf-maafan.
bagai langit dengan bumi
seperti anjing dengan kucing
gunting dalam lipatan
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut:
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada masanya bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa. Amalan ini kemudiannya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu membahagikan masa untuk menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain. Segala kerja sekolah yang diberikan akan diselesaikan dengan sempurna dan mereka sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik.
bagai aur dengan tebing
masa itu emas
alah bisa tegal biasa
usaha tangga kejayaan
Peribahasa yang sama maksud:
Gagak pulang ke benua.
Burung terbang dipipiskan lada
Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau
Peribahasa sama maksud:
Alang-alang berdakwat biar hitam
Alang-alang berminyak biar licin
Genggam bara api, biar sampai jadi debu
Peribahasa sama maksud:
Musuh dalam selimut
Api dalam sekam
Gunting dalam kertas
Pilih jawapan yang sesuai:
Sekolah merupakan tempat yang mampu melahirkan modal insan yang akan membangunkan negara. Oleh itu, para pendidik dan pelajar haruslah menjalinkan hubungan yang erat dan bekerjasama ........................... agar matlamat itu menjadi realiti. Selain itu, warga sekolah haruslah berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan yang cemerlang kerana .............................. Namun demikian, setelah menempa kejayaan para pelajar juga janganlah menjadi ............................ kerana kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa jasa dan sumbangan guru.
bagai aur dengan tebing
usaha tangga kejayaan
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
seperti ulat lupa akan daun
Pengurus bank itu telah melakukan kesalahan pecah amanah dan akan didakwa di mahkamah. Dialah yang bertanggungjawab terhadap segala urusan bank tetapi dia pula yang melakukan perbuatan yang keji itu.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Harapkan pagar, pagar makan padi
Walaupun Haziq telah lama tinggal di Australia, sebuah negara yang maju tetapi dia berhasrat untuk kembali ke Malaysia dan menetap di sini walaupun Malaysia tidak semaju Australia.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Jauh perjalanan luas pemandangan
Aliff telah bergelar pelawak yang terkenal. Kini, dia ingin pula menjadi seorang pelakon, namun bakatnya tidak terserlah dalam bidang lakonan malah jenakanya pula tidak lagi mendapat sambutan daripada peminatnya.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Untung sabut timbul, ...........................................
untung batu tenggelam
untung daun melayang
Masuk kandang kambing mengembek, ..................................
masuk kandang singa mengaum
masuk kandang kerbau menguak
Belum duduk, .......................................
sudah terlunjur
sudah rebah
Sekali air bah, ........................................
sekali pasir berubah
sekali pantai berubah
........................................., besarlah keraknya.
Bulat periuk
Besar kuali
Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
Bagai menatang minyak yang penuh
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
