wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN : T4 BAB 1- SET A

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan perniagaan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menghasilkan pelbagai produk pengguna.

b)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

c)

Aktiviti mempromosikan barang dan perkhidmatan

d)

Menlibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

a)

Melatih tenaga kerja mahir

b)

Melakukan pertukaran nilai

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak penguna

3.

Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?

a)

Jumlah jualan melebihi jumlah kos stok barang

b)

Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual

c)

Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stock barang

d)

Jumlah kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan

4.

Kedai Ali membeli stok dagangan secara kredit daripada Pembekal Jatidiri. Akta manakah yang dirujuk jika berlaku perlanggaran terma?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Kawalan Bekalan 1973

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

5.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)? (Pilih 2 jawapan)

a)

Contoh OBU ialah Koperasi Nelayan

b)

Menghasilkan produk untuk pasaran umum

c)

Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos sahaja

d)

Bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan percuma untuk ahli

6.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan? (Pilih 3 jawapan)

a)

Dapat menarik pelabur baharu

b)

Mendorong pekerja bekerja lebih keras

c)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Dapat memastikan kelangsungan perniagaan

7.

Persatuan Peniaga Bandar Hijau Lestari menjual barang pada harga di bawah kos. Mengapa?

a)

Untuk mengusir pesaing dari pasaran

b)

Untuk mempromosikan jenama tertentu

c)

Untuk mempromosikan alam sekitar yang bersih

d)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu

8.

Pernyataan manakah yang betul tentang milikan tunggal?

a)

Perniagaan yang didaftarkan di bawah nama seorang individu sahaja.

b)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal oleh beberapa orang

c)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang sahaja

d)

Perniagaan yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan

9.

Apakah kelebihan milikan perniagaan "Butik Aminah", berbanding milikan perniagaan 'Butik Aminah,Buva, Chang? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Beban cukai rendah

c)

Bebas mengurus perniagaan

d)

Keputusan dibuat dengan cepat

10.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.

Encik Nizam membenarkan kawan-kawannya menggunakan namanya dalam satu perniagaan perkongsian.Beliau tidak mengeluarkan sebarang modal.

Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

a)

Rakan kongsi berhad

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi biasa

d)

Rakan kongsi nominal

11.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

FIRMA PERAKAUNAN JAMES DAN ZAID

Manakah yang benar tentang bentuk pemilikan tersebut? (Pilih 2 jawapan)

a)

Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang

b)

Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat

c)

Perniagaan didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

d)

Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

12.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding perkongsian berhad? (Pilih 2 jawapan)

a)

PLT mudah ditubuhkan dan diuruskan

b)

Semua rakan kongsi PLT mempunyai tanggungan terhad

c)

PLT mudah mendapat pembiayaan daripada agensi kerajaan

d)

Hayat PLT berterusan walaupun ada rakan kongsi menarik diri

13.

Maklumat di bawah ini menunjukkan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

KLINIK DR JEYA DAN RAKAN-RAKAN

Keadaan manakah yang menyebabkan bentuk pemilikan tersebut dibubarkan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Rakan kongsi menjadi bankrap

b)

Rakan kongsi menjadi tidak siuman

c)

Rakan kongsi gagal membuat perjanjian bertulis

d)

Salah seorang daripada rakan kongsi membuka klinik sendiri

14.

Mengapakah Encik Mazlan lebih cenderung untuk memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Mudah memindah milik syer

c)

Berhak memilih ahli lembaga pengarah

d)

Dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

15.

Encik AFZAN dan 10 orang rakannya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad. Mengapakah Encik Afzan dan rakan-rakannya menubuhkan bentuk pemilikan yang berkenaan?

a)

Perniagaan mudah dibentuk

b)

Perniagaan mudah diuruskan

c)

Pemilik menghadapi liabiliti terhad

d)

Pemilik membayar cukai pendapatan perseoramgan

16.

Salah satu prinsip koperasi ialah kebebasan autonomi. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan autonomi?

a)

Keanggotaan dalam koperasi adalah secara sukarela

b)

Anggota berhak mendapat pendidikan, latihan dan maklumat

c)

Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi

d)

Anggota berhak bersuara dan memberi pendapat masing-masing

17.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos promosi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

18.

Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?(Pilih 2 jawapan)

a)

Dapat menjamin keuntungan

b)

Risiko perniagaan dapat dikurangkan

c)

Dapat mengelakkan berlakunya konflik

d)

Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

19.

Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar?(Pilih 2 jawapan)

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perundangan dan peraturan kerajaan

20.

Antara yang berikut,manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar? (Pilih 2 jawapan)

a)

Kilang kek

b)

Kedai perabot

c)

Pengeluaran ubat-ubatan

d)

Pengeluaran kereta