wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT 23 AL A'RAF(ALLAH PENGAMPUN SEGALA DOSA)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikan maksud ayat وأن لم تغفرلنا ?

a)

jika Engkau tidak mengampuni kami

b)

Jika Engkau mengazab kami

c)

Jika Engkau marah kepada kami

2.

Keampunan bermaksud ___________________

a)

memohon hajat kepada Allah SWT

b)

memohon ganjaran kepada Allah SWT

c)

memohon rezeki kepada Allah SWT

d)

memohon ganjaran kepada Allah SWT penghapusan dosa oleh Allah SWT kepada hamba yang berdosa

3.

Antara yang berikut adalah langkah-langkah untuk mendapat keampunan Allah SWT kecuali

a)

menyesal atas kesalahan yang dilakukan

b)

memohon ganjaran kepada Allah SWT

c)

cepat berputus asa

d)

mengaku kesalahan

4.

Antara sebab untuk mendapat kasih sayang daripada Allah SWT adalah ______________

a)

bangga diri dengan apa yang dilakukan

b)

bertaubat tetapi melakukan semula dosa

c)

berasa diri tidak melakukan dosa

d)

mengakui dosa yang dilakukan

5.

Siapakah golongan yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT walaupun mereka terpelihara daripada dosa?

a)

Jin

b)

Malaikat

c)

Anbia'

d)

Manusia

6.

Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya yang

a)

berdoa

b)

memohon keampunan sambil lewa

c)

beristighfar

d)

bertaubat dengan bersungguh -sungguh

7.

لَنَكونَنَّ مِنَ

a)

الخسِرينَ

b)

النّاصِحينَ

c)

الخالِدينَ

d)

الظّالِمينَ

8.

Para Nabi sentiasa bertaubat walaupun mereka

a)

Alim

b)

Maksum

c)

Fathonah

d)

Mulia

9.

Jelaskan maksud وَتَرحَمنا

a)

Dan menzalimi kami

b)

Dan memuliakan kami

c)

Dan merahmati kami

d)

Dan merugikan kam

10.

Apakah maksud maksum

a)

Terpelihara daripada dosa besar

b)

Terpelihara daripada dosa kecil

c)

Terpelihara daripada malapetaka

d)

Terpelihara daripada sebarang dosa dan maksiat

11.

Orang yang mendapat keampunan Allah ialah orang yang

a)

rugi

b)

tenang

c)

sejahtera

d)

beruntung

12.

Pilih yang manakah bukan cara mendapat rahmat daripada Allah SWT ?

a)

Berlaku adil hanya kepada diri sendiri sahaja

b)

Melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan sempurna

c)

Berkasih sayang sesama anggota keluarga dan masyarakat

d)

Membelanjakan harta di jalan Allah SWT ketika senang atau susah

13.

Kalimah قالا merujuk kepada ..?

a)

Rasulullah SAW

b)

Manusia

c)

Nabi Adam dan Hawa

d)

Malaikat

14.

Berikut adalah ciri-ciri kejadian malaikat kecuali

a)

Hamba Allah yang diciptakan daripada Nur

b)

Hamba Allah yang kadang-kadang beriman dan kadang-kadang ingkar

c)

Tidak berjantina

d)

Makan dan minum

15.

Berikut adalah sebab-sebab manusia segera disuruh bertaubat kecuali

a)

manusia tidak tahu masa ajal akan tiba

b)

agar taubat tidak diterima Allah

c)

dosa yang banyak menyukarkan manusia bertaubat

d)

supaya diri bersih dari dosa

16.

Taubat seseorang manusia tidak akan diterima Allah.Pilih yang berkaitan

a)

Taubat orang yang sedang nazak

b)

Taubat yang tidak ikhlas

c)

Taubat Nasuha

d)

Taubat yang tidak bersungguh

17.

Manakah yang bukan hikmah taubat

a)

Allah menyayangi orang yang bertaubat

b)

Allah memberikan ganjaran syurga

c)

Allah memberikan ketenangan jiwa pada pentaubat

d)

Allah SWT murka kepda mereka

18.

Antara berikut manakah merujuk kepada salah faham tentang taubat

a)

segera taubat bila melakukan kesalahan

b)

sentiasa beristighfar

c)

Menunggu hari tua untuk bertaubat

d)

meninggalkan maksiat bersungguh-sungguh

19.

Manakah pengajaran ayat yang tepat daripada kefahaman ayat 23 Al A'raf

a)

Kita hendaklah sentiasa bertaubat.

b)

Kita hendaklah segera memohon keampunan kepada Allah agar disayangi Allah

c)

Memohon taubat amalan mulia.

d)

Allah sayang orang yang bertaubat

20.

Ucapan berikut manakah yang tepat untuk memohon keampunan kepada Allah

a)

لا اله الا الله

b)

استغفار

c)

استفغر الله العظيم الدي لا اله الاهوالحى القيوم واتوب اليه

d)

سبحان الله