Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertandingan Tatabahasa Tahun 3 (2020)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Emak membela beberapa ekor _________ di dalam kolam kecil.

a)

ikan

b)

kucing

c)

burung

2.

Rasimi dan Yen Ni tiba di Pusat Sains Negara. _________ melawat ke bahagian pameran sains.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Mereka

3.

Beg plastik itu _________ dengan kemasnya sebelum _________ ke dalam tong sampah.

a)

dibungkus , dijemur

b)

diikat , dibuang

c)

dicuci , dibuang

4.

Ming Hua memakai abah-abah yang diikat dengan tali _________ semasa memanjat tembok itu.

a)

panjang

b)

pendek

c)

pantas

5.

Kakak Anis berbasikal di taman yang _________ dengan rumahnya.

a)

rapat

b)

hampir

c)

-

6.

Udara di atas bukit sungguh _________.

a)

riuh

b)

halus

c)

nyaman

7.

Ming Jun memberikan nasihat tentang bahaya elektrik _________ Jothan.

a)

oleh

b)

untuk

c)

kepada

8.

_________ lakukan aksi yang berbahaya.

a)

Sila

b)

Jangan

c)

Jemput

9.

Mengapakah nasi goreng ini _________ pedas?

a)

tidak

b)

bukan

c)

-

10.

Bunga Malai _________ pada leher tetamu sebagai tanda penghormatan.

a)

dikarangkan

b)

dikancingkan

c)

dikalungkan

11.

Cef Wan memilih _________ yang terbaik untuk menyediakan makanan tradisional itu.

a)

turun-temurun

b)

gasing-gasing

c)

rempah-ratus

12.

_________ terpakai dikumpulkan oleh Hanif untuk dikitar semula.

a)

Penari-penari

b)

Barang-barang

c)

Burung-burung

13.

Encik Velu membeli dua __________pisang emas di pasar malam.

a)

biji

b)

sikat

c)

tandan

14.

Ikan Gelama itu membesar dengan _________.

a)

jernihnya

b)

cepatnya

c)

cantiknya.

15.

Bantal _________ ini hadiah Puan Linda kepada Puan Amnika.

a)

kekisi

b)

kekuda

c)

kekabu

16.

Pilih ayat tunggal.

a)

Adik Imran mencuci mangkuk sambil menyanyi.

b)

Encik Tan menjaga keluarga dengan baiknya.

c)

Puan Maria menjahit baju untuk anak buahnya.

17.

Anding seorang doktor haiwan. Beliau bertugas di __________________________.

a)

Klinik Haiwan Mulia

b)

klinik Haiwan Mulia

c)

klinik haiwan mulia

18.

Puan Yasmin _________ buah-buahan untuk dijadikan jus.

a)

mengisar

b)

memotong

c)

mengukus

19.

Muzik yang mengiringi persembahan itu sangat _________.

a)

nyaman

b)

cergas

c)

rancak

20.

Tanah perlu di___________ sebelum menanam anak pokok.

a)

pijak

b)

gembur

c)

siram

21.

Varuni ____________ sayur-sayuran dari kebunnya di pasar tani.

a)

membeli

b)

memberi

c)

menjual

22.

Fanly menutup lauk-pauk itu dengan tudung saji _________ tidak dihinggapi lalat.

a)

kerana

b)

supaya

c)

tetapi

23.

Bakul ini diperbuat _________________ kotak minuman.

a)

pada

b)

daripada

c)

dari

24.

Terdapat sebuah pondok di __________ dua batang pokok.

a)

sebelah

b)

antara

c)

tepi

25.

Emak Ravin membeli __________ dari Warung Wangi di tepi jejantas.

a)

lauk-pauk

b)

rempah-ratus

c)

kuih-muih

26.

_________ , ambil barang ini dan letakkan di sana!

a)

Nah

b)

Aduh

c)

Wah

27.

_________ , gambar itu tiba-tiba terjatuh!

a)

Wah

b)

Eh

c)

Hai

28.

___________ Jega ternampak sarang tebuan itu?

a)

Di manakah

b)

Berapa

c)

Apakah

29.

_________ kita perlu berwaspada ketika membonceng motosikal?

a)

Siapakah

b)

Bilakah

c)

Mengapakah

30.

Pak Cik Haikal memakai __________ semasa bekerja di reban.

a)

kasut getah

b)

penyapu lidi

c)

paip getah